Reasons Why I Should Not Get Married at This Age.
I came out with these ideas while I was driving. Memandangkan sekarang bulan Ramadhan, malas lah aku nak buat artikel berapi api padahal aku sabooo je ni. Dan sebab sekarang bulan Ramadhan jugak la aku sekarang ni sibuk mencari alasan bila raya sampai. Selain persiapan raya, persiapan alasan untuk soalan maut ‘kau bila nak kawen?’ pada hari raya juga harus disiapkan. Seperti biasa, bukan sahaja pada waktu kenduri orang kawen je makcik, pakcik, kawan, sanak saudara dan jiran tetangga kau tanya pasal kawen. Waktu hari raya pun sama. Ok, there you go my senarai alasan for this year.
1. Duit takde – Alasan ni sangat padu tambah tambah lagi kalau kau baru habis belajar atau pun kau ade buat loan dengan PTPTN. Kau boleh keluarkan kalkulator depan orang yang tanya kau bila nak kawen tu dan start buat kira kira depan dia. Diploma RM 15 000, degree RM 30 000, belum campur interest. Tak amik ujrah, so tahun pertama bayar balik RM 75 sebulan sampai tahun ke sembilan. Tahun ke sepuluh start bayar RM200 sebulan sampai tahun bla bla bla sampai orang yang tanya tu berbuih.
Kalau kau takde hutang PTPTN pulak, kau boleh reka reka sendiri hutang untuk menampakkan kau ade banyak hutang. Hutang kredit kad Platinum RM 1 000 sebulan, hutang kereta Myvi kau RM 850 sebulan untuk 7 tahun, hutang beli kondo RM 1 500 sebulan untuk 20 tahun, hutang buat personal loan sebab g melancong kat Eropah tahun lepas RM 500 sebulan. Dan belum termasuk hutang budi lagi. Kau reka je selagi boleh reka padahal hutang tu semua tak logik dengan gaji korang sekarang. Lantak.
Kalau tak berkesan jugak, kau cakap la, duit tu ade tapi tak cukup. Kau cakap la kalau kau nak kawen, kau nak majlis paling grand sekali. Nak naik kete kuda yang ade labu kat belakang macam dalam cite Cinderella, nak baju nikah design by Micheal Ong, nak baju bersanding Vera Wang, pastu nak kawen kat hotel, dekorasi dari pelamin, bilik sampai meja pengantin dengan tetamu semua nak fresh flower warna putih. Pastu goodies bag nak bagi semua tetamu sorang satu ipod touch. Gituh. Pastu sambung lagi dengan persiapan kawen dari A – Z. Dari mandi bunga kat spa, tailor, tukang make up, sure orang yang tanya tu cebik bibir ke kau dan terus turn off.
2. Tak pandai masak – Bila kau duk umah terlentang je tengok tv time mak kau ngah sibuk memasak, mesti mak kau jerit dari dapur “Hoi anak dara tak pandai masak takde orang nak nanti!”. Jadi, gunakan alasan ini. Alasan ini memang padu.
Bila orang tanya kau bila nak kawen, kau boleh jawab ; “Wehhhh aku masak nasik guna dapur gas pun tak pandai wei. Aku pandai guna rice cooker je. Cemane kalau tetibe takde letrik? Cemane kalau umah aku tak rice cooker? Cemane weiiii?”
Pastu kau cakap la kau tak kenal lengkuas, daun kunyit, daun bawang, halia, ketumbar, jintan dan macam macam lagi. Kau memang dilahirkan ke dunia untuk makan je. Lelaki kan nak cari isteri yang pandai masak je. A’ah, memang tujuan utama aku kawen dengan kau sebab nak sumbat makanan kat dalam mulut kau je.
3. Belum bersedia – Selalu je orang bagi alasan belum besedia ni kan? Tapi kali ni, kau bagilah alasan belum bersedia tu beserta hujah hujah yang konkrit. Kalau kau dah keje, kau cakaplah kau keje shift. Balik keje penat, nak tido sampai esok hari, kalau kawen sape nak uruskan rumah dengan suami? Nak masak, basuh kain, lipat kain, kemas rumah. Ingat aku suka sangat la nak memasak untuk orang lelaki hari hari? Dapat pulak suami cerewet yang pesen tak boleh makan lauk recycle. Tengahari kena masak lauk lain, makan malam masak lauk lain. Pastu mesti ade at least 3 lauk, jenuh lah kau. Habis, bila masa aku nak rehat? Bila masa? Tambah tambah lagi bulan puasa, nak kena bangun sahur, nak memasak pepagi. Pehh. Patahlah kuku ai!
Kang ade family mertua, balik raya kena bergilir gilir, tak boleh balik raya lama lama kat umah. Kena tolong masak rendang, lemang segala tok nenek (dulu sebelum kawen cakap tak pandai masak pun takpe). Pastu raya karang kena pakai baju raya beli kain sekayu (waaa i dont want!), sedondon je satu family dengan sarung kusyen, langsir ape semua. Belum kira duit raya lagi. Anak buah aku aje dah 17 orang, anak buah suami 23 orang, anak sepupu, anak kengkawan. Rabak woi rabak.
Pastu kau tambah lagi, kau cakap la tak bersedia nak jadi isteri orang. Berdasarkan pemerhatian kau, kawan kawan yang dah kawen terus je jadi tak presentable, pakai baju geloboh, kaler baju semua dull je, body tak jaga, lemak terkeluar sana sini. Nak pergi kerja kena nak siapkan diri sendiri dan juga nak siapkan suami skali. Dapat lak laki pesen mengada, kalau iron baju, kat lengan tu nak tajam je sampai tak boleh ade double line, silap haribulan muka kau pulak kena seterika dengan suami sebab tak pandai iron baju. Kau cakap la kau belum bersedia untuk peringkat jadi macam tu. Hidup sendiri pun tak terurus ada hati nak uruskan hidup orang lain.
Belum masuk part nanti kalau dah ade anak, nak anta anak gi nursery ke, montessori ke. Nanti balik sekolah sape nak jemput? Mama keje shift, papa pegi out station kat overseas. Takkan setiap kali papa pergi overseas, mama kena mintak cuti sebab nak anta dengan jemput gi sekolah je? Tetiba je terus mama papa pulak.
4. Suka kaum sejenis – Kalau semua alasan kat atas tak berkesan, aku rasa alasan ni paling berkesan. Mungkin lepas tu kau takkan boleh balik beraya dah.
Terpulang jugak la kat korang nak guna alasan ni ke tak. Kang kalau dah ade orang masuk meminang kau time raya tu, anggap jela jodoh kau dah sampai. Tak gitu?
Ulasan
sama la saya mak abah asyik tanya
**blog bertukar wajah ??? =)
ramai-ramai sila guna alasan ini.TEHEHEHE :D
btw, aku tak tahu la pulak nak komen apa. kakak aku selalu cakap,
"takde jodoh lagi. nak tolong carikkan ke? angah nak yang kaya je."
tamat.,
hahaha
Phew!
Semata sebab taknak kahwin punya hal. Haha
belum masa lahh aku nak ade 'penyemak katil'
hahhhaha
kata orang sharing is caring ye dak...
'bangun pon tengahhari nak kawen acmne?ari2 mengadap fesbuk kang laki kebulo.."
hehe..ok x?
entry yg perfect. blh guna blk raya nanti. tp anne ada 1 tmbhan; tgh study smbl keja, so xde msa nk urus rumah, nak study utk test, exam, kuiz yg tetiba lecturer rasa nk buat, assignment berlambak, project boss bg lg. diri sendiri pn xde masa nk g spa, wat massage segala bagai mcm ner nk lyn suami, nk jaga umah tangga, wtnya dpt hubby yg jenis nk umah kemas selicin-licinnya. naya wei!
hehehe......
also, high five--saya pun tak kenal rempah ratus. cakaplah berapa kali hafal apa natang jintan manis jintan putih bunga lawang, siap pinjam buku library lagi tu nak kenal nama-nama spices. tetap tak leh kenal gak <--sah benak ni.
apapun tak menghalang dari saya memasak. kalau memasak dengan mak dia kasi arahan camni : "Izzie buka botol rempah tu, amik yang bulat-bulat putih dua bijik, panjang-panjang dua bijik, batang kayu dua biji, bintang amik satu patah dua...." gitu.
tahun ni pon orang dok suh cium tangan diorg..
ingat aku budak skola lagi...
padahal kalau umur aku ni beranak, da dapat 2,3 budak kot...acane?