Seorang Arjuna Mahu Bertemu Bunganya.
Zinedine Zidane - 10 minit terakhir sebelum tamat perlawanan terakhir - satu simbolik cinta agung yang gagal.
Pertama kali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan kumpulan penulis Terfaktab kerana memberi saya peluang untuk saya menulis di blog ini. Sebelum saya masuk Terfaktab ini hampir setahun yang lalu, siapalah diri ini. Belum pernah aku bertemu di kedai buku dan ada makwe yang menegur "hey, ini Nami ke?" masa tu. Masa tu jangan mimpilah aku punya novel yang masuk Top 5 sales dalam section Bahasa Malaysia di Kinokuniya. Sebelum aku masuk Terfaktab, aku kosong, kosong, ooohh!
Ya - hubungan saya dan Erica Micheal telah gagal baru-baru ini dan para haters telah menyambut Hari Raya mereka lebih awal sebelum puasa lagi. Seperti Zidane berjalan melewati Piala Dunia di Kota Berlin pada tahun 2006, saya akui ini adalah tusukan dalam hati paling dalam. Ini adalah perkara paling berat yang pernah saya terima sejak kematian arwah Elly, dan arwah Ez baru-baru ni.
Dahulu, nenek saya pernah berkata dengan ibu saya semasa ibu saya mula-mula bercinta, sebelum ibu saya mewarisi kata-kata itu kepada saya. Nenek saya kata "kalau bercinta, jangan masa mula-mula macam tak cukup nasinya, lama-lama macam tak habis bila makan". Maksudnya, jangan masa mula-mula kau punyalah sexcited sampai tak cukup-cukup. Dah call, pastu SMS, dah tu BBM, pastu mention Twitter, pastu komen status Facebook, kalau boleh hari-hari nak update status "sayang kat awak sangat-sangat" tapi bila lama-lama, jangankan mention Twitter ke apa, nak call lima minit pun tak lalu. Nak inform pergi mana pun tak lalu. Hati dah tak ada. Hari ini, saya duduk di dalam tren keretapi memikirkan kata-kata nenek saya ini.
Saya ada didesak oleh beberapa orang supaya memenangi kembali hatinya. Jawab saya, cinta ni umpama burung merpati. Kalau kita kurung dia, kita penjara dia, dan suruh dia berkicau menyanyi untuk kita, kita tak tahu hatinya terseksa. Lebih baik kita lepaskan dia. Dia terbang dan kalau dia kembali, dia sayang kita lah tu. Kalau tak, jaga burung sendiri je lah. (sorry, 18sx).
Adapun begitu, komunikasi amat penting dalam percintaan ni. Even kalau girlfriend kau seorang yang bisu atau pekak sekalipun, kau harus berkomunikasi. Komunikasi ini penting, macam aku tadi kena marah dengan bos aku sebab aku tak beritahu pasal berita yang patut aku cover. Sorrylah, masalahnya BB ni asyik sangkut-sangkut. Esok kalau aku kena tiau aku cakap je benda ni. Yang ni aku tak boleh nak buat apa sangatlah, sebab tanpa komunikasi, kalau kau sekacak Brad Pitt dan awek kau secun Cristine Suzanne sekalipun cinta kau akan gagal. Sekurang-kurangnya beritahu apa perasaan kau. Atau beritahu apa yang kau buat agar tidak ada keraguan di akal fikiran.
Tapi, separah mana pun kau frustrate sebab putus cinta, kau nak sedih lama-lama buat apa. Bak kata Ayam Fared yang pernah berkata dengan aku bila dia jumpa aku masa aku berkabung bila ulangtahun hari arwah Elly meninggal kedua tahun 2010 dulu, "kau nak sedih lama-lama ni umur kau ni bukannya lama macam umur Nabi Nuh yang beratus-ratus tahun tu. Kalau umur kau macam tu bolehlah kau sedih sampai seratus dua tahun."
Jadi, apa yang aku boleh buat ialah walk on - dan seperti seorang arjuna yang mahu mencari bunganya, aku rasa bagus juga kalau aku stay positif. Lagipun, motivasi aku bangun pagi setiap hari nak pergi kerja sekarang cuma satu - aku nak kahwin. Satu perkara yang dua tahun lepas aku fikir aku rasa macam nonsense je nak fikir. Dalam hal ni, aku berterima kasih kepada Erica Micheal sebab banyak betulkan aku dalam segala hal. Dia ada masa aku tengah susah, dan dia pergi masa aku on track menuju apa yang aku nak capai. Terasa ironi juga dia tinggalkan aku pada hari aku dapat tahu buku Lelaki Eksistensial dapat nombor lima penjualan buku tertinggi Kinokuniya.
Aku seperti aku doakan kepada ex-ex aku yang lain - aku doakan dia agar bertemu dengan orang yang baik dan dapat bahagiakan dia. Aku tak kata dalam relationship ni, dia salah aku je betul. Aku pun ada salahnya juga. Kalau dia bertemu dengan orang yang lebih baik dari aku - seperti arwah Ezreen menjaga dia dulu, aku rasa kalau aku tak dapat jaga dia lagi pun, aku berdoa je lah agar Tuhan yang jaga.
Sebenarnya aku berhenti menulis Terfaktab bukan kerana aku frustrate dengan cinta aku yang gagal dengan Erica Micheal, tapi aku mahu Terfaktab memiliki penulis yang berkualiti. Ini sebab bila aku dah start bekerja dan sibuk, aku dah tak ada masa untuk menulis entry blog. Reason yang sama juga aku tinggalkan Sokerleaks, dan reason yang sama juga kenapa aku nak tutup Teh Tarik Gelas Besar. Masa muda, student, penganggur, bolehlah tulis blog, kutuk sana kutuk sini, dia sorang je betul. Cakap macam orang mabuk yang bercerita tentang keamanan dunia. Tapi bila aku dah sampai ke alam pekerjaan ni, aku perlu berfikir secara matang dan waras. Aku rasa dah tak betul dah buat benda-benda macam ni.
Tapi aku percaya Terfaktab bukan macam Teh Tarik Gelas Besar. Terfaktab banyak mengubah orang menjadi lebih baik.
Seperti member gua Johan pernah kata, "teenage angst will disappear when you're over 25, if you don't have this when you're under 25, you got no heart. But if you still got this when you're over 25, you got no brain". Aku rasa teenage angst, kemarahan anak muda terhadap autoriti ni semua lama-lama akan hilang bila sampai level kau kena cari makan untuk kau hidup. Benda ni normal, tak bermakna kau ni seorang lalang bandwagon. Tak, kau memang akan jadi macam tu.
Tentang rancangan aku nak kahwin tu, aku teruskan. Dan aku katakan kalau dah sepuluh kali bercinta dengan orang yang lain-lain kalau kau tak belajar something tu, tak tahulah. Aku belajar banyak perkara bila aku bercinta dengan semua ex-ex aku. Ada yang mengajar aku cara kejam dengan mengikis duit ASB aku sampai liao, ada yang mengajar aku supaya cemburu buta adalah perkara paling gila, ada yang mengajar aku yang otak dan fikiran lebih baik dari wang, ada yang mengajar aku bahawa cinta yang sebenar adalah cinta yang tidak bersebab, dan ada yang mengajar aku hidup ini bukan soal diri sendiri sahaja. Aku belajar dengan semua orang. Dan aku tak malu untuk katakan sebenarnya aku ni tak pandai mana jika dibandingkan dengan ex-ex aku, sebab tu mereka ajar aku.
Aku mahu lepas ni bila arjuna bertemu bunganya, aku plan nak tunang dan kahwin teruslah. Kumpul harta dan kumpul keyakinan terhadap keluarga si bunga. Dah tak laratlah nak frustrate ni. Umur aku ni bukannya muda macam Justin Bieber. Aku tak janji dengan si bunga yang dunia cinta ini penuh bahagia semata-mata, tapi aku boleh janji bila kita lalui zaman derita kita akan lalui sama-sama. Yang ni aku janji.
Dan kepada Terfaktab, daripada sebuah blog cinta buatan Malaysia, kini menjadi sebuah syarikat. Sebagai seorang yang pernah menulis dalam blog ini, aku rasa bangga kerana aku pernah sebahagian dari Terfaktab. Kini, tempat aku digantikan oleh orang yang hebat-hebat. Pedo dan Nizam Bakeri, yang novelnya akan menjadi filem di pawagam pada tahun 2013 nanti. Aku, ada orang nak buat Awek Chuck Taylor dalam bentuk teater. Baguslah, masing-masing ada medium dan caranya sendiri.
Satu masa dulu orang kata buku alternatif ni susah nak lawan market buku mainstream. Hari ini aku tengok buku alternatif memberi saingan sengit kepada buku-buku mainstream ni. Pembaca Melayu makin berani untuk mencabar pemikiran mereka membaca buku-buku yang membawa isu yang lebih deep dan thoughtful gitu. Ini adalah satu perkembangan positif, dan aku percaya Kitab Terfaktab juga adalah sebahagian dari revolusi minda orang Melayu pasca DEB ini mula menerima pemikiran alternatif dalam konteks bacaan.
Perginya aku tak bermakna aku tak menulis nanti. Seperti lampu picit yang memerlukan bateri, begitu juga aku - memerlukan inspirasi. Dan menulis dalam bentuk kreatif adalah benda yang paling indah yang pernah aku buat. Dan aku percaya, inspirasi akan datang membawa warna-warna indah, dan percayalah, ini bukan titik akhir dalam aku terus menulis.
Selamat maju jaya kepada Terfaktab, dan semoga aku berbahagia dan bila masuk zaman derita, sekurang-kurangnya ada si bunga mahu terus bersama, dengan kembali membuatkan aku tersenyum lega.
Muchos gracias, Terfaktab. Te siempre estar en mi corazon. Adios.
Ulasan
-badat-
dapat rasakan kematangan dalam entry nami kali ni. :)
goodjob nami. :)
May Allah bless u in whatever u do k..
aja2 fighting!
Kalau kau pergi buatkan kau lebih matang. Jadi. Teruskan. Go on.
Farewell Nami.
Aku nantikan buku-buku kau. Sampailah Bunga Ramona.
Semua.
Aku tunggu next buku kau plak.
dan banyak orang yang sudah bekerja tapi masih berblogging, dan masih lagi boleh buat entri-entri yang berkualiti. lucius, mantot dll.
kalau jobless baru nak buat entri bebanyak, maka jadilah macam abang jayanegara, nak jadi antigov rebel samurai warrior tapi bila buat attack lupa pakai yoroi armor. epicfail! wkwkwkw
rasanya tak terlambat lg nk ckp terima kasih pada nami. sbb tanpa nami sbg penulis terfaktab. takkan saya jumpa blog cinta yg banyak mmbantu diri ini yg kurg ilmu perihal2 cinta.
terima kasih saya ucapkan.