Artikel Pagi

"Nak bercinta, tak perlu rujuk Terfaktab. Waste of time. Just go with the flow. Ada jodoh, ada lah. Takda jodoh, jangan jadi bodoh."

Aku sering nampak quote ini di retweet ramai orang kat Twitter. Ia hanya mampu buat aku tersenyum. Tapi bukan semudah senyuman setuju atau senyuman tak setuju. Senyuman yang ada ialah; 'Yarabbi ada jugak orang macam ni?'

 Ok. Itu senyuman kurang setuju. Mengaku sajalah Aqram.

Sebenarnya aku tak nak bercakap pasal 'bercinta tak perlu rujuk terfaktab'. Ya, dalam mempelajari kehidupan terutamanya hal cinta, tak semestinya kamu semua kena rujuk Terfaktab sahaja. Tapi tidaklah sampai tak perlu rujuk langsung. Setiap orang ada idea dan pandangan tersendiri. Seperti aku, kadangkala aku rujuk pandangan dan nasihat skuad Terfaktab. Kadangkala, rujuk novel dan lirik cinta. Kadangkala rujuk Utusan Malaysia (eh, serius tahu?). Mungkin juga tak salah aku rujuk blog-blog lain sebagai jalan menerima pandangan orang lain. Aku cuma tak rujuk blog Pipiyapong sahaja, sebab aku rasa dia player. Aku tak nak jadi player. Hehehe. Eh?

Berkenaan pula 'just go with the flow' pula. Dulu aku setuju dengan ayat itu. Namun, sebenarnya ia valid untuk sesetengah orang yang ada kehidupan baik. Yang mempunyai kehidupan kurang baik seperti kena buang universiti atau bercinta dengan perompak pam minyak misalnya, takkanlah nak terus ikut flow? Mestilah kena berubah. Kena keluar dari flow dan usaha yang terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Dan akhir sekali berkenaan 'Ada jodoh, ada lah. Takda jodoh, jangan jadi bodoh' pula, aku setuju untuk katakan ia selaras dengan konsep kun fa ya kun. Kalau Tuhan kata jadi, maka jadilah. Cuma, bercinta bukan sekadar kun fa ya kun, bercinta perlu mengejar sesuatu yang lebih baik dari kun fa ya kun..





I will love you till Jannah misalnya..




K.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Bercinta ikut flow flow jadah tu tak valid langsung. For me, benda tu boleh apply bila bahagia je. Kalau dah kena tinggal macam tu je, lagi-lagi time kau sayang sangat kat orang tu, korok mu nak ikut flow flow.
Petak Hitam berkata…
Yang tidak mempunyai kehidupan kurang baik still kehidupan yang baik..huhu salah tulis ni...
AlexiaAqram berkata…
@tanpa nama

kan? aku fikir sebegitu juga

@conundrum

noted that. thanks.
Wadi AR berkata…
ko kawen jela terus aqram
AsyieqiN Rkey berkata…
nak rujuk xnak rujuk tu pilihan..

bagi aku terfaktab nie salah satu medium pendapat...boleh wat sapa2 terfikir apa nak buat utk certain2 situasi cinta nie..

xkan nak membuta tuli go with the flow je?
Rusa berkata…
tapi saya suka pipiyapong kihkihkih
yongpropaghandi berkata…
apa-apa pun dalam dunia nih kena usaha kan?Mana boleh berpegang hanya pada "kalau ada jodoh,ada la",takdir boleh diubahkan? buat apa berpasangan, tp masing-masing tak ada usaha nk memperbaiki hubungan,memaniskan lagi hubungan tu.Bila dah jadi macam tu, mula lah nak salahkan takdir.
Unknown berkata…
Amboi abam aqram bila dah taken ni kemain till jannah. Kahkah
Cikgu Ma berkata…
sedang bersrah tentang jodoh...
AkuBukanLelaki berkata…
'Ada jodoh, ada lah. Takda jodoh, jangan jadi bodoh'

setuju!
Shiqin Sunshine berkata…
hehe, betol2, yg just follow the flow biar kena OK sikit la attitude dan juga OK dalam semua perkara..=)

papepon kalau dah jodoh takkan ke mana, so, tak payah la jd Buduss pg mintak kapel bagai....klu nak kawen takpe...kikiki =p
blog-tips-kurus berkata…
cinta lepas kahwin = > indah.. :-)
matdarts berkata…
Pipi player???? keh3.....
Aing berkata…
rasa aku nk kopi ayat tu post kt fb lah pulak..
kuikui
nazmi berkata…
tanpa terfaktab,konfem ramai kawan kawan aku masih lagi jenis tukar pasangan seminggu sekali.
Nasuha Suhada berkata…
saya rujuk Terfaktab, saya okey.
Unknown berkata…
haish bukan semua flow kene ikot ,
Hakim. berkata…
Aku rasa yang memula up tweet tu emo pasal takde org nak baca blog dia bila dia post entry cintan2. Balik2 terfaktab.



Aku rasa lah.
AlexiaAqram berkata…
@hakim

haha. mungkinlah.

@keli menari

flower.

@nasuha

thanks nasuhaa! :D

@nazmi

cewahhh power baq ang!

@saddlone

sila sila..

@matdarts

tengok rambut lah.

@blog tips kurus

tak semestinya

@norashiqin

betul, attitude tu penting.

@mendatak

OK.

@cikgu ma

sama lah.

@ezan

amboi janganlah kantoikan abang.

@yong

BENAR!

@NA

say tak kisah..

@asyieqin

saya suka FLOWer je

@wadi

rileks dulu..
fatin qurratuaini berkata…
bercinta bukan sekadar kun fa ya kun, bercinta perlu mengejar sesuatu yang lebih baik dari kun fa ya kun..

tak faham.
Komrad J berkata…
Pipiyapong mengajar aku melihat kehidupan dgn cara paling raw
Mungkin latar tempatnya sama dengan aku, jadi pemahamannya lebih mudah aku garap

Cinta?
Aku lebih senang go with the flow atau
If you want it, just fight for it

Jangan hanya duduk mengarang rasa kecewa, falsafah, sajak tanpa penyelesaian

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.