[iklan] Lelaki Eksistensial - Novel Terbaru Saya





Dengan rendah diri serta rasa kerdilnya saya dalam dunia penulisan ini - saya mengumumkan bahawa buku novel kelima saya (lagi dua dulu terbit DIY - Pengejar Bintang dan Bau Semangat Anak Muda) - iaitu novel yang berjudul Lelaki Eksistensial akan dilancarkan pada 24 Jun, di The Annexe Central Market, pada jam 2 petang (waktu Melayu).

Mengisahkan seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya, dalam kehidupannya mempunyai ramai kekasih yang berlainan gaya dan pemikiran - Fitrana - aktres sinetron gred B Indonesia yang hidupnya dikaburi material, Puspa - seorang gadis hipster vegan yang sentiasa menentang arus serta tidak suka perkara mainstream, Maisara - seorang hijabster yang belajar di institut pengajian tinggi swasta dalam bidang fesyen, meminati Maher Zain dan anak kepada seorang ketua cawangan UMNO, serta Lin, atau Tengku Adlina - anak kepada Tengku Farouk yang memiliki syarikat hartanah terkemuka, meminati dalam bidang penulisan dan membuka syarikat penerbitan buku - Scented Pen Sdn Bhd. Bermula dari seorang penganggur yang hanya memiliki manuskrip novel, kemudian memikat hati Lin dan seterusnya menjadi senang lenang seperti hari ini.

Dengan berpegang kepada lima perkara utama "bagaimana mahu memikat hati wanita dan menjadi kasanova tanpa gagal", dia mengawal semua gadis-gadisnya bagai maharaja mengawal empayarnya. Memegang prinsip "greed is good" - tanpa disedari sebenarnya ia bermula dari kegagalan silam di zaman sekolah - bila cintanya ditolak Sofia, seorang gadis yang sekelas dengannya yang akhirnya disailang oleh kawan baik lelaki ini sendiri.

Cerita ini juga menceritakan tentang bagaimana kejayaan lelaki ini bermula - bertemu dengan Lin di Frinjan, kemudian Lin membantu beliau dalam menguruskan dirinya, menjadi seorang yang stabil dan berjaya. Kemudian ke universiti sebelum berjaya mendapatkan segulung ijazah, sebelum menjadi seorang tutor di universiti - dari situ dia bertemu dengan Puspa, seorang pelajar dalam bidang perfileman. Dari situ bagaimana dia menggunakan imej 'snobbish' untuk memikat Puspa seorang gadis hipster yang non-conformist, lalu menjadi 'teachers pet' beliau. Dan menceritakan bagaimana dia ke simposium seni bagi membincangkan hal ehwal hala tuju seni - tapi dipenuhi hal ehwal skema, lalu melarikan diri ke booth di luar dan bertemu dengan gadis hijabster, Maisara. Dari perkenalan dia dengan Maisara, dia bertemu dengan Pak Ikmal, seorang ketua cawangan UMNO yang mahu membantu Datuk Shaari dalam pemilihan UMNO untuk Majlis Tertinggi. Pak Ikmal meminta dia untuk membantu Datuk Shaari - dia turut membantu. Tetapi - untuk memenangi hati keluarga Maisara - atau untuk cita-cita peribadi sendiri?

Pertemuan dia dengan Fitrana melalui kenalan di Indonesia, lalu menceritakan tentang pengaruh imej visual dalam masyarakat pasca moden, serta bagaimana minda masyarakat dikawal oleh televisyen, majalah hiburan dan internet serta papan-papan iklan. Menceritakan juga tentang pergolakan ideologi dan politik, pergolakan pandangan dan fikrah, juga memberitahu sedikit sebanyak teknik dan taktik dalam memikat hati makwe - walaupun hanya lima cara - dari 3.5 billion cara (ada 3.5 billion wanita seluruh dunia).

Semuanya okay kepada lelaki ini mengawal gadis-gadis dalam situasi terkawal, sehingga suatu hari tiba-tiba Sofia hadir semula dalam hidupnya. Kali ini sebagai pekerja di bawahnya. Segala amuk rasional, serta persoalan-persoalan eksistensial mula dikupas, tentang kenapa curang, kenapa setia, kenapa cinta itu yang lama telah gagal dan kenapa perasaan bergelora tiba kembali bila Sofia muncul.

Sofia, kini isteri kepada seorang Datuk terkemuka, kini hadir membawa suatu hasrat kepada lelaki ini. Perasaan lama yang tersimpan dalam diri selama ini, mampukah ia menolak segala realiti yang ada kini? Kenapa lelaki ini bermain kayu tiga dan siapakah yang dia benar-benar cinta?

Novel ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh pemikir eksistensialis seperti Sartre [sart-r], Camus [kay-my], de Beauvoir [di bee-vuar], Dostoevsky [dos-to-yev-ski], serta penulis-penulis falsafah seperti Slavoj Zizek [sla-voj zi-zek], Mihaly Csikszentmihalyi [mee-hy cheek-sent-me-hy-ee], Niccolo Machiavelli [ni-ko-lo ma-kia-veli] serta penulis-penulis novel seperti JD Salinger [jay-dee Sa-ling-er], Chuck Palahniuk [chak-po-loh-nik], Ridhwan Saidi [ri-du-an sai-di] dan Saifullizan Tahir [sai-ful-li-zan ta-hir]. Untuk menulis novel ini memakan masa 3 bulan dan beberapa hari tanpa tidur. Mungkin kalau dikira balik bolehlah kata hampir 3 minggu tak tidur. Kalau kepala di bantal pun kepala tak tidur juga. Entah, mungkin terlalu resah dengan keupayaan sendiri.

Kadang-kadang bila stuck menulis novel ni, pernah sampai level nak mengakhiri bidang penulisan sebab tak mampu nak cabar kemahuan diri untuk menulis yang terbaik. Sampai berkata dengan diri sendiri, "kalau menulis yang kau mengaku ni passion kau pun kau tak mampu tulis sebaik apa yang aku mahukan, baik terjun PKNS Shah Alam".

By the way cerita ini sebenarnya menceritakan tentang hitam putih kelabu coklat tahi anjing kehidupan. Cerita tentang bagaimana manusia menjalani hidup dengan berpura-pura tanpa berpura-pura. (macam mana tu? Errmm, let me explain - mereka berpura-pura tanpa menyedari mereka tidak berpura-pura untuk berpura-pura, eh? Ha lebih kurang lah). Cerita bagaimana nak mengorat 5-6 orang awek walaupun sebenarnya ada 3,500,000,000 cara untuk mengorat awek sebenarnya.

Cerita ini mungkin tak seskizo "Bayang" atau tak seromantik "Awek Chuck Taylor", tapi cerita ni sekurang-kurangnya ada part skizo dan ada part romantik sebenarnya. Ada cameo dari Hafiz Awek Chuck Taylor juga, selain cameo dari Nizam Bau Semangat Anak Muda. Ada juga cameo dari Erica Micheal (@ericamicheal), Hana The Witch (@hanathewitch), Hawa Othman (@hawayou) dan encik Naim (@shujiokishima). Terima kasih kepada mereka kerana sudi mengcameokan diri dalam novel ini. Dalam novel ini juga ada mempromosi beberapa jenis makanan - walaupun tidak sesarat Rokok Nan Sebatang.

Tentang nama watak lelaki utama ini - sengaja tak diberikan nama untuk kemisterian identitinya - tapi satu je boleh bagi clue. Dia ni datang dari entah mana-mana.

Anyway buku ini sudah boleh dipre-order di Lejen Press dan akan dilancarkan pada 24 Jun 2012 di The Annexe, Central Market jam 2 petang bersama dua lagi buku lain iaitu Timid dari @hnffhshm (penulis Angus, Himself) dan Kasarnova dari @perawand. Buku mereka juga - saya jamin - memang power.

Saya berharap agar anda tolonglah support saya - dan rakan-rakan dengan membeli dan mempromosi buku ini. Sekurang-kurangnya tidur 3 minggu saya akan cover juga dengan tidur yang nyenyak. Mungkin dapat beli air-cooler agar dapat tidur nyenyak pada masa hadapan. Sejak musim panas ni susah benar nak tidur.

p/s: Buku ini ada tips-tips mengorat awek bagi yang single - tapi 5-6 cara je lah, dan tips-tips untuk mempertahankan diri dari dipermainkan lelaki bagi makwe-makwe - tapi 5-6 cara je lah. Lain tu carilah sendiri.




Cover belakang dan sinopsis pendek.

p/s lagi satu: Sebenarnya gua bayangkan mamat ni rupa dia macam Fuad penyanyi Kyoto Protocol. Tengok video ni. Kalau katakanlah novel ni jadi filem ke apa - kalau boleh nak dia ni jadi pelakon watak cerita ni kakakaka!


Ulasan

A berkata…
cerita ttg wan! tapi kenapa RNS tak dibukukan? atau sebenarnya sedang tunggu masa? all the best nami!
Tanpa Nama berkata…
entah dari mana2x. haha..watak wan dlm rokok nan sebatang mmg menarik.
Aprimia ✿ berkata…
fuyoo.
kasanova eh ;)
HAHA
Tanpa Nama berkata…
ape ke lancau punye entry...
Tanpa Nama berkata…
entry paling lancau.haha.looser
Cikya berkata…
Nami.. Nami..

gua nak beli sangat novel yang kau tulis,
tapi kenapa masa jenguk booth Fixi suatu ketika dahulu takde har?

Lani memang boleh order online, tapi tunggu kejap eh, gua nak settle flow cash frozen money,
nak mintak izin shareholder bawak keluar duit labur beli buku kau tulis.

Duhh, lama tak lawat teh tarik gelas besar. Lama tak jenguk terfaktabb.

Hey, kau dah sampai benua mana? Kenya dah jejak? Amazon? Ingat nak list buku kau dalam Kobo lar, berminat tak? :)

btw, tunggu, gua beli jugak. suatu masa. tak lama. tunggu bapak gula approve account bank je.

hoho. All the best and all Hail Nami.

ittaqullah.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.