friendzone, babak #2.


Tika panas membahang tengahari tadi, macam biasalah, saya keluar ke mamak. Lepak dengan member ex-sekolah. Bukan apa, tu mamak depan sekolah, nak ambil kembali feeling-feeling kenangan sekolah dulu. Makan lauk sama yang dimakan masa sekolah menengah--nasi ayam di kiosk kecil tepi mamak tulah. Eh berapa kali saya sebut perkataan "sekolah" tadi?

Ah, dalam borak-borak tu ada la tersentuh pasal Friendzone. Maklumlah borak pasal zaman sekolah, tentunya cinta zaman sekolah.

"Aku syok kat dia...tapi dia layan aku ada takde je. Pastu dah ada pakwe, harap aku masih berkawan dengan dia...tuih!"

Saya menyengih. Eh yang kita ni dedua ni pun laki pempuan; asyik lepak sesama, tweet sesama, chat sesama, pi balik event pun sesama, tapi langsung tak ada sesi ngorat-ngorat, hari-hari berdebat siap mencarut-marut sesama sendiri lagi, er, bukan awak pun dah memfriendzone kan saya ke? Haha!

"Taste aku orang yang er...gebu sikit."

Saya tengok badan sendiri yang kerempeng kalah leplep dan kecik kalah Disney. Em. sah le tu. Friendzone.

Tapi honestly, friendzone tu memang best.

Ya, jujur cakap--it's quite good. Jujurnya, friendzone ni tidaklah seburuk yang dinukilkan dalam cerpen-cerpen cinta gagal mahupun biovel blogger termasyhur *koff, koff, Nami*.

Jujur cakap, cinta tu penat. Jujur cakap, saya pun sudah tua. Jujur cakap, apa barang cintan-cintun berkapel-kapel ni, baik kahwin terus. Yalah, dalam nak memikat orang, cukup banyak tenaga kita laburkan. Tabur emosi dan kasih sayang dekat orang yang belum tentu nak balas balik, tak ke penat? Awal-awal seronok la, tapi satu tahap tu penat jugak emosi tu. Lagi-lagi bila emosi kita pulak terabai dek krisis dua hati.

Ya lah, pada satu tahap kita penat dengan cinta. Lagi-lagi asyik gagal macam saya (blergh). Pada satu tahap kita tak perlukan kekasih. Kita perlukan kawan.

Tu la yang best pasal friendzone sebenarnya--seseorang yang totally tak hengennn kat kamu; tapi still boleh lepak-lepak kongsi cerita. Dia cerita pasal kekasih dia ke saya. Saya pula cerita pasal kekasih saya (atau bakal-bakal kekasih gagal, tersungkur di tengah jalan) ke dia. Kami nasihat sesama sendiri. Kami berdebat sesama sendiri. Dan pada benda-benda yang mungkin kekasih tak berani nak tegur sebab nak jaga hati, seorang sahabat boleh direct laser tembak teguran tu tanpa rasa takut. Heh. Dan bak kata encik Hellioz, berkawan dengan orang lain jantina ni memberi kita perspektif baru. Eh bila dia cakap? Oh lupa, Kitab #2 belum keluar lagi. Kitorg je dah baca dulu. Hueheuheu.

Tak pasti macam mana nak explain, tapi persahabatan ala friendzone ni sebenarnya memenuhi satu ruang kosong dalam hati--yang tak boleh difullfill oleh kekasih atau kerja malahan pun, famili. Ada sesuatu pada persahabatan yang membuktikan bahawa manusia tu adalah makhluk yang memerlukan aktiviti bersosial. Buktinya? Cuba sehari tak bercakap dengan member. Gila tak jadinya?

Manusia boleh hidup tanpa bercinta tetapi sukar hidup tanpa berkawan. Mungkin itu juga antara sebab saya tak ada feeling nak berkapel daripada zaman sekolah menengah dulu sampailah masuk U. Sebab ada kawan di sisi dua puluh empat jam. Emosi dan perasaan terjaga sokmo. Apa barang pakwe-makwe SMS comel, gayut dekat telefon, beli couple tees bagai ye dak? Pekena teh tarik dan bubur kacang petang-petang hujan sambil borak politik lebih feel, tahu. Jadi begitulah adanya. Kalau saya terjumpa kawan lain jantina, tapi elok perangai, sesuai sekepala, pada saya, tak semestinya kita kena mengorat. Walaupun tertarik.

Tapi ada yang akan kata "ala cinta tu tak boleh dipaksa, kalau suka macamana?"
Well, percayalah pada konsep jodoh. Soulmate. Ada satu orang yang memang terjodoh untuk kita. Kalau betul member tu dia--I mean, lepas thorough analysis, risik-merisik, stalking (ehem, ini part gua memang terel u kno) serta solat istikharah bagai dan dia memang jodoh kamu--ha, pergilah takel. Tapi untuk populasi manusia selebihnya--kalau dia bukan jodoh-material, perlu ke nak takel flirt bagai?

Simpan jadi member sudah. Takkanlah semua makwe/pakwe hotsetap depan mata kita nak sebat.

Dah tua-tua bangka, matang begini, bezakanlah antara nafsu dan betul-betul cinta. Kalau cinta, layanlah. Kalau sekadar nafsu, tolak je tepi. Kita bukan haiwan primitif , di mana kita hayat kita ni cuma untuk nafsu makan, minum dan mengawan. Sebab itulah saya kurang kecil hati kalau kena friendzone (ok adalah sikit tapi takde la meroyan sangat sampai nak berguling-guling Hindustan turun Genting Highlands). Mungkin dia ditakdirkan untuk jadi member.

Friendship is good. Don't crap it up by falling in love.

Oh itulah saja saya nak tulis. Err, nak letak lirik lagu lama lah, ala-ala Nami. Meh layan lirik dia.

Sangat berkaitan.


Assalamualaikum!

Ulasan

Eyka berkata…
this good and share :)

"Simpan jadi member sudah. Takkanlah semua makwe/pakwe hotsetap depan mata kita nak sebat."

#ohsem..haha:P
= Cik Orked berkata…
trimas untuk entry kali ni..

aku pun dah 2 kali asik kena friendzone ja dgn orang yang sama, n bak kata hang, dah tua2 ni dah malas nak layan suma ni..

ada jodoh dgn dia, ada laa :) insyaAllah
nippongutana berkata…
kalau sepupu/dua pupu yg tertarik sesame sendiri plak nk panggil macamane tu/ relative-zone? :D
Tanpa Nama berkata…
ok. post da lama tapi aku ada rasa nak komen. harhar.

sama la kita. aku pon da penat. 3 kali. 3 kali y memenatkan, bila maripit perasaan suka, dn juga meripitkan perasaan redha dn berserah bila da di-frenzoned-kan..

penat la mainan perasaan mcm ni. smpi skang ak xtau knp Allah hadirkan perasaan cetu kt aku, pada orang2 y xbtol.. jadinya ak amat penat.

skang aku pikir nak kawin je. umo2 begini (padahal tak la tua sangat pon) aku just hope jodoh aku adalah seseorang y dekat dgn jalan Allah dan mampu hormat terima dan sayang aku seadanya sampai syurga.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.