Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

jujur - maaf - menang

Imej
Holaaaaa ! Amboi lama betul tak jumpa. Tadi aku ada twit pasal jujur dalam perhubungan. Jujur ni aku suka nak bahagikan kepada dua. Pertama, jujur kepada pasangan. Kedua, jujur kepada perasaan sendiri. Meh sini aku nak habaq, kalau kita gagal berlaku jujur dengan perasaan sendiri, ada possibility untuk kita tak jujur dengan pasangan pulak nanti. Here we go ! ---------- saling melengkapi. kau dan aku jujur menjalin rasa. [ sumber ] Jujur kepada pasangan ni ramai orang boleh buat, tapi aku tak pasti pulak dengan jujur kepada perasaan sendiri ni. Hampa paham dak jujur kepada perasaan sendiri tu macam mana? Selalunya kalau hampa tak puas hati dengan marka hampa, ada hampa habaq kat depa apa yang hampa tak puas hati tu? Aku rasa, kebanyakannya akan membiarkan saja ia berlalu dibawa angin bayu kan? Takpe, benda kecik je. Small the pieces. Maafkan saja lah. Kan? Gitu kan? Siapa tak ngaku ketiak dia banyak rambut ! Contoh mudah. Marka kau suka raba raba engkau. Tapi

Desperado dan Sikap "Minta Member Tolong Adjas Kawan"

Imej
Satu petang ketika aku sedang minum petang sambil makan goreng sukun dan juga teh ais, aku telah dikejutkan oleh satu message dalam Facebook. "Bro, boleh minta tolong tak?" Gua ni kalau nak kata kaya nak tolong-tolong orang ni tak dapatlah, aku ni pun cukup makan. Ini pun dah semput-semput dah ni. "Ha, nak apa?" balas cara yang pendek dan tak-nak-cerita-panjang. "Aku bukan apa lah, umur aku dah nak lanjut. Aku tak ada girlfriend lagi. Aku tengok kau ni, dalam Facebook, Twitter, ramai je awek tegur kau. Cun-cun pulak tu. Aku nak ada awek jugak, tolonglah member. Pass la sorang. Aku sunyi tak ada teman." Kata-kata ini menyebabkan aku terbazir tiga keping sukun goreng. Mati selera aku bila membaca message ini. Rasa macam nak panjat bangunan PKNS dan terjun sebanyak tujuh kali je bila member aku cakap macam tu. OK, when I was single aku admit aku memang selalunya -- desperado. I keep thinking "life will be great if you have a companion"

Lelaki Dan Sifat Mereka

Imej
Seperti yang korang maklum dari pengumuman di twitter @terfaktab lepas mengenai hasrat kami meningkatkan prestasi semasa penulisan, kami bercadang hendak menyerap penulis baru ke Skuad Terfaktab. Lalu, telah diadakan satu pertandingan penulisan bagi mencari 2 (DUA) penulis baru tersebut. Banyak artikel yang kami terima dari email kami iaitu creativesupport@terfaktab.com , namun hanya beberapa sahaja yang kami berpuas hati kerana kena dengan kriteria kami. Salah satunya adalah dari artikel ini; Pengirimnya mahu merahsiakan identiti. Tak mengapa, kami memang terer simpan rahsia orang. Tak caya tanya Hellioz, salah satu writer kami tu. Apa-apa pun, enjoy this writing. Buat pemilik artikel ini, tahniah sebab anda terpilih ke ' scout-list '. Good luck for next stage ya! -------------------------------------------------------------------------------------------------------- Assalammualaikum. Aku tak pandai menulis. Aku hanya dapat B untuk subjek BM masa SPM dulu. A

Trick Or Treat?

Semua orang kena puji. Setuju? Semua orang suka pengiktirafan. Penghargaan. Ni bukan tips tips nak mengorat awek, tapi indirectly boleh jadi tips untuk mengorat awek. Paham? Ok lets get this shit straight. Kalau nak buat orang rasa dihargai, cuba puji dia. jangan cuba je, buat! Puji la benda benda yang relevan. Untuk perempuan, cakap la harini dia cantik ke, sweet ke et al. Bitches love gratification. So, kalau nampak apa apa perubahan, cuba bagi pandangan positif. Boleh je nak kutuk, ikut la niat kau nak macam mana. Ni memang salah satu cara jilat bontot, tapi kalau kau dengan orang yang kau suka, kau tak rasa happy ke tengok orang yang kau suka happy? Lelaki tak kisah sangat orang puji puji ni. Tapi percayalah. Benda ni boleh bagi semangat kat orang. Sometimes the simplest thing could be the biggest thing to somebody else. Benda ni jugak boleh dijadikan cara untuk memujuk. Yela, perempuan kan kuat merajuk. lulz. So, terpulang la nak trick or treat. Niat masing masing.

The Checkmate (preview)

Imej
Source Naja memegang kotak berbunga itu. Erat. Pondok bas itu menjadi saksi penungguan selama tiga puluh minit dan setengah. Siapa lagi yang ditunggu kalau bukan dia. Akhirnya tiba susuk tubuh yang didambakan jiwa halus si Naja. Semakin lama semakin jelas kelihatan. Berbaju hitam, bersepatu sama rona. “Maaf, lama menunggu?” tanya si empunya badan. Lelaki, umurnya tidak lebih tidak kurang Naja. “Jadi. Seperti dijanjikan, kita main catur.” Kata Naja. Bidak dan tir catur dikeluarkan daripada kotak berbunga tadi. Kristal putih dan hitam buatan Tanah Besar. Khaider dan Naja serentak menyusunnya di atas papan. Serentak, tanpa suara; Naja menjadi tir putih manakala Khaider, hitam. Catur. Permainan penuh tipu daya dan samaran niat. Di mana pemain diumpan dengan ketamakan memakan tir musuh, yang acap kali terbayar dengan kehilangan tir sendiri. Peluang untuk melangkah satu petak ke hadapan disamarkan dengan ikatan perangkap bidak barisan hadapan. ----------------------------

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal - Buku Kedua

Imej
Nakal tapi halal. Frasa ini dipilih bagi menjelas tentang misi skuad Terfaktab yang mahu menengahkan; seronoknya berkahwin. Seronoknya bernikah. Seronoknya lelaki dan perempuan mempunyai ikatan halal menjalinkan perjalanan cinta. Marilah bernikah, buat apa tunggu lama-lama buat dosa kering? Baik nikah, dosa kering jadi pahala barkah. Yummy yummy bak gediks-gediks kata. Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal merupakan buku keluaran kedua dari skuad Terfaktab yang bakal memasuki pasaran pada April ini ketika permintaan buku keluaran pertama Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti turut mendapat sambutan menggalakkan dalam arena penulisan independent. Kehadiran buku kedua ini pasti memeriahkan lagi, atau menambah rasa secara total khusus kepada semua Terfaktab-Lovers yang menyokong Terfaktab hingga ke hari ini. Ye lah, sebelum ni ada orang cakap buku pertama agak nipis, tak puas, klise lah. Ha, sekarang ni amek kau. Kami bagi tebal dan karya padu yang belum tentu ada penulis lain buat kat Mal

Antara garisan

1) Semalam di pusat membeli belah... Seorang perempuan gaya gaya moden, berskirt pendek paras paha. Berjalan dengan lelaki tinggi lampai hitam manis elok rupa. Sesekali kedengaran ketawa manja gadis, di usik jejaka agaknya. Ada yang pandang saja, ada juga yang terteleng muka sambil mengata. Apalah bala, moral anak anak kita sudah entah ke mana. Bercinta berkasih di khalayak sudah jadi norma. Pakainya pula entah serupa apa. 2) Semalam di pusat membeli belah.. Seorang perempuan bertudung berjalan berdua. Jemari mulus digenggam erat oleh jejaka. Dipaut pula pinggang si dara, biar lebih intim agaknya. Terdengar bisik bisik seorang lelaki tua. Apakah celaka dunia semasa. Sudah elok bertutup, tapi perangai entah serupa apa. ----------------- Kalian tahu? Kita boleh berubah kerana cinta. Yang kita nampak pakainya moden mengikut arus semasa, yang kita fikir akhlaknya entah di mana level, yang terbentang di depan mata akan lepas laku perangainya.. Itu semua, sifatnya

Entri gaya brader-brader.

Sejuk-sejuk malam ni, dengan demam panas dan tisu tepi kompite ni sedak gak kalau gua pi pekena teh O panas segelas. Sebenarnya gua mengidam jagung panas corn in the cup jugak, tapi apakan daya untuk memecah hegemoni mamak kapitalis gua gagahkan juga duduk rumah. Dalam mengidam makanan persis mak buyung ada jugak gua teringatkan kisah dijaman gua praktikal dulu. Gua praktikal bukan calang-calang, kat kilang kat Melakau wa cakap lu. Duduk pulak kat Paya Datok sebab nak jimat uang. Tapi syoknya duduk Alor Gajah ni, rumah teres dia sedak luas macam rumah teres 200k kat KL, tapi bayar tak sampai RM 200 sebulan. Dengan suasana segar dan panas macamtu, tak hairanlah kalau gua sihat dan kuat mengalahkan Boyan Hodak. Eh gua main petik je nama tu. Apa-apapun nak dijadikan cerita satu malam ni gua dengar bising dekat rumah sebelah. Gua jenguklah luar tingkap, ada satu gerai kecik depan rumah jiran gua si Pak Leman tu. Sebenarnya gua tak ingat pun apa nama pakcik tu tapi gua memang panggil dia

Cemas menanti jodoh.

Tadi petang gua terserempak dengan satu pasangan paling tak dijangka kat sebuah shopping complex. Pasangan ni merupakan rakan sekolah gua dulu. Yang makwenya ialah perempuan paling hot di sekolah gua dulu. Sebut je nama dia, siapa yang tak terpikat? Budak kuat ponteng sekolah, budak bodek angkat buku cikgu, budak baca doa, pengawas sekolah, pengawas library, atlit sekolah, puaka sekolah, jaga sekolah, cikgu, pengetua semua tus air liur kalau nampak dia. Yang pakwenya pulak ialah budak paling loser kat sekolah gua dulu. Dia punya loser kalau gua nak ceritakan memang berlinang air mata gua. Cukuplah gua katakan budak lelaki ni dulu masa tingkatan lima pun mati-mati ingat perempuan bersalin melalui pusat. Amboi, kalau baby keluar ikut pusat, entah macammanalah gayanya kaum wanita nak meneran time bersalin ye dak? Gua buat-buat steady bila pasangan ni tadi serah kad kahwin diaorang ke gua, hujung bulan ni kenduri. Sebagai seorang melayu, gua anggap makwe ni tadi dah kena bomoh dengan bud

Maybe... Si Dia Dah Tak Ada Perasaan Sayang.

Imej
Assalamualaikum. Korang selalu tertanya-tanya pasal perasaan Si Dia? Selalu menangis di dalam tandas ketika mandi bila Si Dia tak layan? Selalu menangis di bawah bantal sebelum tidur sebab Si Dia dah macam berubah? Well, adakah Si Dia masih sayangkan korang? Patutkah korang dump dia sebelum dia dump korang. 1. Korang nak pergi lepak-lepak dengan kawan lelaki yang korang baru kenal. Apa reaksi Kekasih korang? a) Membenarkan sambil suruh have fun. Maklum lah, dah percaya sangat. b) Membenarkan tetapi dari cara percakapan, dia macam tidak setuju. Tapi apa yang dia boleh buat, tak ada hak sebagai suami untuk halang. c) Jangan harap ar nak kasi keluar. Kalau nak kuar, kena ajak dia sekali. 2. Teman lelaki / Tunang korang ada ramai kawan lelaki dan kawan perempuan. Tapi… a)Teman lelaki korang amat jarang bercakap tentang korang kat kawan-kawan dia. b)Kawan-kawan teman lelaki korang tak tahu pun yang korang ni wujud. Gila ah. c)Dia akan cuba hide korang dari kawan-kawan dia.

Sebuah Tips Dari Abang Aqram Kepada Saudara-Saudara Sekalian.

Saudara-saudara sekalian. Aku ingin berpesan kepada saudara-saudara sekalian. Kalau kita hendak tunjuk gentleman atau hero, biarlah bertempat. Atau lebih tepat, biarlah kena dengan kudrat. Sebab aku nak cerita satu situasi yang mungkin saudara-saudara boleh aplikasi di lain hari. Saudara-saudara kalau sedang memandu. Syok punya syok tengah memandu sambil layan lagu The Smiths - Please please please, let me get I want, sebab saudara baru kehilangan cinta atau sedang mengenangkan kisah-kisah lama yang tak dapat saudara teruskan. Tiba-tiba saudara-saudara sekalian nampak kereta berhenti tepi jalan lebih kurang satu kilometer dari kereta saudara. Saudara-saudara sekalian secara pantas membulatkan mata apabila melihat kereta yang berhenti di tepi jalan itu ropa-ropanya tayar pancit. Yang menyebabkan saudara-saudara membulatkan mata sebab kereta itu dibawa atau yang sedang berdiri sambil buat muka cemas minta tolong ialah seorang perempuan yang cantik dan hot. Memakai skirt paras lutut, s

Adik Angkat - Another Form of Unrequited Love?

Imej
Malam tadi lepas habis teater, aku balik rumah dan aku tak tahu nak buat apa, tiba-tiba aku terjumpa beberapa artifak lama aku, masa aku masa di sekolah Tingkatan enam dulu. Aku terkenang dengan beberapa orang adik angkat masa aku dulu-dulu. Entah, sebenarnya aku tak pernah faham apa itu adik angkat. Aku pernah ada adik angkat - tapi aku tak pernah faham konsepnya. Pada masa itu, aku ada adik angkat sebab bandwagoncy - orang ada aku pun nak ada. Macam sesetengah orang - orang ada couple dia pun nak ada couple, so konseptual kepada apa dan kenapa dibuat tu tak pernah cuba difaham. Ada yang kata nak nampak hip dan trendy, ada yang kata nak nampak normal, ada yang kata nak jadi macam semua orang, hakikatnya semua orang pun tak faham apa yang mereka buat. Menurut ex aku Ez - definisi adik angkat (bagi lelaki) atau abang angkat (bagi perempuan) ialah seseorang yang ingin dicinta tetapi gagal untuk dinaiktaraf menjadi boyfriend/girlfriend. Tapi aku bercakap dengan dia, dia sendiri pun

trust.

"Trust exists only when doubts and secrets come to an extinction" Tergantung orang; Percaya itu mungkin bukan hal yang sulit tapi untuk dirinya percaya lagi  saat percaya pertamanya direnggut itu bakalan lebih sulit buat dirinya  dan juga buat orang lain  yang keinginan mereka untuk dipercaya salahnya bukan untuk ke siapa siapa tapi karena asal kamu tau; "Once trust is broken, it takes double, probably triple or more layers after one can trust another person/thing again." PS: Diambil dari puisiberantakan.  Ada rasa perlu untuk berbagi ini dengan kalian :)

friendzone, babak #2.

Imej
Tika panas membahang tengahari tadi, macam biasalah, saya keluar ke mamak. Lepak dengan member ex-sekolah. Bukan apa, tu mamak depan sekolah, nak ambil kembali feeling-feeling kenangan sekolah dulu. Makan lauk sama yang dimakan masa sekolah menengah--nasi ayam di kiosk kecil tepi mamak tulah. Eh berapa kali saya sebut perkataan "sekolah" tadi? Ah, dalam borak-borak tu ada la tersentuh pasal Friendzone. Maklumlah borak pasal zaman sekolah, tentunya cinta zaman sekolah. "Aku syok kat dia...tapi dia layan aku ada takde je. Pastu dah ada pakwe, harap aku masih berkawan dengan dia...tuih!" Saya menyengih. Eh yang kita ni dedua ni pun laki pempuan; asyik lepak sesama, tweet sesama, chat sesama, pi balik event pun sesama, tapi langsung tak ada sesi ngorat-ngorat, hari-hari berdebat siap mencarut-marut sesama sendiri lagi, er, bukan awak pun dah memfriendzone kan saya ke? Haha! "Taste aku orang yang er...gebu sikit." Saya tengok badan sendiri yang kerempeng

The Ballad of Mr Nice Guy.

Imej
Here ye, here ye, one and all! To listen or dispute, it's either your call, For this is a man's story, i can rather recall Who felt heartbreak and pain, and still walking tall. Mr nice guy, was his name, but being mr nice guy--who'd thought it would be so lame! For the curse of mr nice guy, would mean the same, Whenever he searches for love, true ones will hardly came. We began our story, at the school, Where being nice and nerdy was never cool. Sure, pretty girls come by, and he'd silently drool, But they use him for favors, and treat him like a fool. We came to college years, where girls are wiser. But finding a love interest, is never getting easier. Along came a bubbly one, and he thought "It'll be her!" But little did he know, she was a golddigger. One day she came and asked for a PC repair, He’d turn her down, but she had him at the flip of her hair, Pretty soon from favors, he was caught in her flair, His one sided love, had became a banter.