Solitud Si Carik Rupa

Kau adalah antara orang yang bangun paginya sentiasa melihat cermin kerana kurang yakin dengan wajah diri. Sejak kau mengenali apa itu mimpi basah dan datang bulan, seringkali, kau ke mana-mana, menghias badan dengan pakaian cantik-cantik dan mewah-mewah, tidak dipandang oleh mana-mana yang berlainan jantina. Walaupun kau berpakaian indah-indah ketika hari ulangtahun kelahiran, kenduri kahwin dan hari perayaan, langsung tiada mata yang memandang. Kau fikir, apa yang salahnya pada wajah kau. Hanya sedikit berlainan dari orang lain.
Hidung pesek tidak terletak di tempat yang betul, gigi tidak sama rata antara baris, mata bulat besar sebelah, telinga capang dengan cuping besar, pipi dahi hidung dagu berjerawat jeragat, kepala berkelemumur yang tidak terkawal adalah antara sifat-sifat pada diri kau. Itu baru sifat yang berada di kepala, belum lagi sifat di bawah kepala. Entah apa lagi kecacatan yang dimiliki kau, segalanya menjadi rahsia milik kau buat selamanya. Malu jika diketahui orang lain.
Dalam pada itu, selalu juga kau berdoa pada Tuhan. Malah doa kau kadangkala berubah menjadi permintaan, menjurus rapat ke garis rayuan melutut menghinakan. Iya, memang kau hamba Tuhan yang hina. Akan tetapi, kau tidak sehina binatang sehingga perlu membuatkan kau merayu melutut mengubah ciptaan-Nya yang penuh dengan rahsia dan perancangan-Nya.
Kau melihat orang lain yang sama bersifat seperti kau (*malah kadangnya lebih teruk dari kau) berpasangan. Kau mengejinya. Kau mencacinya. Kau tidak percaya, malah sampai saat ini kau sanggup memaki Tuhan yang memberi ketidak-adilan pada dunia. Terutamanya dunia di sekeliling kau. Mengapa tidak orang seperti kau punyai pasangan? Mengapa susah benar orang seperti kau dipandang-pandang? Sampai masa ini, kau seperti makin tidak percayakan kehidupan berpasangan.
Kau malah menjadi semakin bencikan hubungan percintaan. Kau menghukum hubungan percintaan sebagai sesuatu yang tabu padamu. Kau sebolehnya tidak mahu rakan dan sahabat berhubungan di hadapanmu. Apabila ada yang bermesra-mesraan, kau ludah mereka dengan kahak paling dalam yang boleh kau tarik tanda kau mengeji sikap mereka itu. Semakin hari hati kau semakin tutup untuk dibuka pada mana-mana berlainan jantina yang ingin memilikimu. Sehingga kau buta, sehingga kau jadi tamak.
Kau mula fikir kau layak untuk mendapat sesuatu yang lebih baik dari kau. Sedangkan orang lain yang bersifat sama seperti kau pun boleh dapatkan pasangan yang cantik molek wajah dan tubuhnya, kenapa tidak kau? Kau tidak lagi nampak hati manusia. Kau tidak lagi peduli budi manusia. Kau tidak lagi celik menilai manusia. Yang paling penting untuk diterima kau adalah paras rupa. Budi bahasa, hati murni, persetankan semuanya.
Lalu akhirnya kau terdampar kesedihan hingga ke hari tua, menanti dengan solitud ke penghujung usia.



Ulasan

estheryhpink berkata…
Talking bad about other people won't make you feel any better. Stay positive.

*realiti dunia*
Petak Hitam berkata…
belom matang..pemikiran memang mcmtu..
Cangkul Emas berkata…
jodoh pertemuan di tangan tuhan.
M. Faiz Syahmi berkata…
Manusia berlumba-lumba ingin menunjuk siapa antara kita yang beroleh pasangan paling kacak di dunia.
TheBentPencil berkata…
confidence, confidence, confidence. that's what I think when I see people with less-than-model-like appearance, getting a good spouse.
Primadona berkata…
Mind set itu yang penting kalau tiap pagi bangun dari tidur rasa diri tak macho/funky memang kurang la keyakinan diri.Btw orang bercinta ni memang tengok rupa je ke? Payah la kalau macamtu.Tapikan kalau jadi orang yang sentiasa jadi perhatian pun susah jugak serba-serbi orang nak ambil tahu pasal kita.Btw nice entri bro.Keep it up! :)
Unknown berkata…
your malay is so chimmmmmmm... youre super talented!!!!!!!!!!! am following you now.. hopefully my malay can improve too as I enjoy your posts!!!!!

hugsssssssssss
M. Faiz Syahmi berkata…
@TheBentPencil;

Macamana nak gain confident tu? Cakap depan cermin selalu? =='

@Azizah Alwi;

Hahaha. Untunglahh jadi yang sentiasa dapat perhatian. Takperlu susah jadi attentionwhore gitu. :P

Terima kasih!

@Kiara;

Err..Why do my guts telling me that your words is full of sarcasm? Haha!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.