Perempuan Memang Naif atau Jantan Memang Desperado?

Hai readers!!

Wahh. lama betul rasanya aku tak menulis. Last entry aku adalah 5 bulan lepas. Rasanya ramai dah tahu yang aku tak fokus kepada penulisan lagi sebab lebih kepada pengurusan Terfaktab bersama big boss. Aku bagi laluan kepada penulis baru untuk memeriahkan blog ini. Tapi ini tak boleh jadi! Aku gian jugak nak menulis bagi membakar hati dan perasaan korang semua. Asyik nak hidang kisah cinta dapat awek hot dan menang loteri lalu happily ever after pun tak boleh jadi jugak. Oppss! Sesekali korang kena balik ke alam realiti tahu?

Mari kita kembali kepada tajuk utama. Kesedaran terhadap dunia penulisan yang hipster telah berubah kepada mainstream sejak akhir-akhir ini. Sebut sahaja nama seperti Nami (contoh) dan sebagainya terus dah rasa kehangatan buku-buku dan penulisan beliau. Ada beberapa lagi nama yang aku tahu tapi aku tak tahu sangat pun sebenarnya. NizamBakeri tu pun aku baru tahu lepas big boss rekrut.

Jadi, apabila dunia online kita ni kecik sahaja, ada sesetengah orang yang akan merasa bahang famous. Pergi sana sini, awek suka, mintak autograf buku, buku terjual 500 unit pun dah boleh kira power. Betul tak? Sebenarnya apa yang aku cuba sampaikan ini general, tapi aku guna contoh yang terdekat lebih mudah untuk korang fahami. Apabila keadaan ini berlarutan sepurnama atau dua, akan muncul mamat-mamat desperado dari golongan famesnya-aku-ini yang akan cuba buat test market. Terjadinya ini semua juga terbit daripada perempuan naif atau sedikit bangang yang terlampau memuja golongan sebegitu. Supply tu ada bila demand tinggi. Kan?

Dinasihatkan dengan berlakunya fenomena macam ni, perempuan akan menjadi lebih cerdik dan berupaya untuk menyimpan sifat bangang ke tempat lain. Bagi yang tidak mampu, mereka akan menjadi terlebih berfantasi dengan apa yang mereka baca. Mula jatuh cinta dengan watak atau karakter dalam buku lalu menyimpan segunung harapan yang konon penulisnya adalah sama dengan projection dalam otak mereka. Mereka akan menjadi extra seronok apabila ditegur (secara online) oleh penulis yang memang suka remain misteri.

Apabila angau secara obsesi, mulalah percintaan online tanpa pernah bersua muka, proses pemberian top up secara berjemaah, dan sebagainya. Jangan terkejut apabila ada orang yang fames dipuja ini akan mengambil kesempatan kepada perempuan-perempuan yang bangga gila di sukai penulis kononnya, akan lead kepada jalan yang salah. Jantan desperado sebegini akan menggunakan ayat-ayat buku mereka untuk mencairkan perempuan yang akhirnya akan leading ke bilik tidur. Jangan kata tak ada. Berada dalam dunia ni, aku dah boleh nampak kemungkinannya. Jantan desperado akan mencurahkan kata-kata sakti mereka kepada perempuan yang konon memuja mereka, kalau sangkut apalagi, kita angkutttt!!

Oleh hal yang sedemikian, berharap perempuan yang membaca buku-buku ni masih lagi meletakkan kaki ke alam realiti. Berapa banyak yang aku tahu meletakkan harapan kononnya penulis itu se-handsome atau se-cool watak mereka tapi akhirnya hampa. Bila jumpa, kau dah garu-garu kepala. Haaa.. mula lah kau naik geli-geleman kan? Siapa suruh kau bangang oi? Penulis tu pun biasanya yang tulis berdasarkan imaginasi ni nak jadi se-cool watak mereka. Tapi tak cool kan? Buat cerita pun jadi lahhhh.. Jadi jangan samakan mereka dengan watak yang mereka cipta. Dan para penulis di nasihatkan mengorat perempuan atau berdiri atas nama sendiri, bukannya menumpang populariti watak-watak anda.

Jadi siapa perlu dipersalahkan? Jantan desperado? Pengejar orang fames? Perempuan naif? Atau memang jenis bangang? Sama-sama lah kita renungkan.



p/s: Aku akan bagi laluan kepada penulis lain untuk involve dalam Kitab Terfaktab 3 sebab aku tak akan menulis untuk KT yang akan datang ini. Mungkin aku akan keluar dengan buku sendiri, khusus kepada ayat menusuk hati tapi berdasarkan realiti sebenar. Kau berani baca?


Sekian.


Ulasan

Fuad berkata…
o/ ni yang aku nak baca!
Diyana Munira berkata…
So girls: Fiction is fiction. Reality is reality. Know the difference :)
aza yunalis berkata…
Amik kaww....
gile kaww kaww kene... hahahaha

*tapi bkn aku la*

hahahahaha

btw nnt dh kuar buku ER... aku nk beli gaks
Wadi AR berkata…
er dah jadi eksekutip woi
TheBentPencil berkata…
Haha! rasanya dalam kepala kita ni tengah berlegar dengan isu yang sama.

geram jugak kan tengok blogger-blogger jantan ni semua kene kejar dengan aweks sedang blogger-blogger awek remain dengan fanbase yang lebih normal.

nak kata jeles tak juga (ok mungkin la ada, tak dinafikan). tapi lebih baik ada fanbase yang normal daripada fanatics sebab fanbase tahan lebih lama.

tak percaya? Lihat pada para pemfanatik Backstreetboys, Nsync dan Jonas Brothers. Dulu bila album keluar, histeria sampai pengsan-pengsan, sekarang kalau lalu tepi jalan, kena raba pun tidak. wahaha.
Petak Hitam berkata…
ayat menusuk hati berdasarkan kisah sebenar..ok buku itu dinanti kan ;D
adam berkata…
terfaktab yang jiwa luka. Lol.
Tanpa Nama berkata…
"Oh abang obefin...aku cinta padamu" - seseorang pada tahun 2009
Nami berkata…
Sebagai bekas penulis Terfaktab, saya tidak pernah menggunakan pengaruh untuk mengorat makwe ketika saya masih berpunya.

Kini, saya dah single dan saya rasa takdelah salah sangat kalau saya mengorat makwe.

Kan kan?
TheBentPencil berkata…
@Nami

terfaktab ke terfakap ke termamput ke, anda masih ada fangirls yang banyak Nami. yang dari ACT sampailah ke Bayang dan LE, beratus-ratus orangnya--termasuklah adik-adik perempuan dan rakan-rakan perempuan saya sendiri. Saya je tak LOL

cuma satulah harapan saya--anda tidak menggunaakan kekuasaan anda sebagai pengasas #LelakiEksistensial untuk menarik gadis-gadis fangirls pulang ke rumah.

Biar persis Gavin Rossdale setia pada Gwen Stefani seorang saja, jangan persis Mick Jagger, 4000 orang fangirls dia dia pernah tido. Fact!
entry ni buat aku berpijak balik dgn alam nyata . kahkahkah .
Atikahh berkata…
Masih berpijak atas bumi yang nyata ! =]
alfsfr.ali berkata…
Ini normal la. Perempuan kan memang taste habis dekat jejantans yang misterious. Lagi misteri lagi hot.

Lelaki mana la suka jenis misteri ni. Lagi open lagi bagus.

Yeah. Hopefully writer Terfaktab or other male bloggers tak guna aura diorang for something shit like this.
POKET PRESS berkata…
Every single one of us used to be naive. And that includes you, too. Kan, ER? :)
AsyieqiN Rkey berkata…
ahah!

hye elena reeney...

ayat menusuk hati berdasarkan realiti!

thats what I'm looking for!
Tanpa Nama berkata…
baru baca first paragraph dah tau sapa penulisnya..and it's a compliment..
Pa'an berkata…
hi elena,

please please please, keep writing..at least sebulan sekali post something dalm blog ni pon cukupla.. suka giler dgn gaya penulisan kau, jujur kata dah lama xbaca..nanti kalo dah terbit buku sendiri..sila market2kan nyer..

n as usual, kau punya ayat mmg pedas n terbaik..=)
Tanpa Nama berkata…
whoaaa. *standing ovation*

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.