Lelaki Exsistensial, #2


Hai, selamat pagi. 
Ya, entri ni bukan dibuat oleh Nami, dia baru sahaja meninggalkan skuad Terfaktab minggu lepas. Tapi sengaja nak ambil istilah tersebut, atas sebab isu yang sama akan diutarakan pada pagi ini.

Kita mulakan cerita, dengan kawan bernama Wawa, rakan sekolej dulu. Wawa ni cukup lawa dan peramah. Mata sepet-sepet ala Elena Reeney tapi tak garang, tough chick ala-ala Maria Natasha, sporty girl dan aktif ala-ala Lord Zara juga cuma sayangnya dia katik macam The Bent Pencil. Kehkehkeh.

Maka adalah seorang lelaki bernama Farid minat ke dia. Farid ni rakan sekolej jugak la dulu. Hensem bolehlah hensem; mata bundar macam Disney, tinggi-tinggi macam Brader Leplep, putih-putih  macam The Other Khairul gitu. Dan orangnya memang peramah dan cepat mesra lah.
bukan Farid presiden blogger ni. Beliau tak jual serunding. 
Kali pertama jumpa Wawa terus terpikat, apatah lagi selalu pula jumpa dalam group latihan yang sama. Berusaha benar dia takel-mentakel degan semua skill dalam buku—call, mesej, belanja makan, kasi ayat jiwang, semualah. Namun Farid ni silap sikit je—pada hari dia confess ke Wawa, dia lambat beberapa jam sebab kawan dia Syazrul dah confess dulu. Syazrul ni pulak satu hal, dia jenis crush dalam diam, dia pakai skill stalk-and-attack. Mula-mula kawan dengan Wawa macam biasa, pastu tunggu masa yang sesuai terus sergah dengan confession. Nasib baik Farid lambat beberapa jam, kalau tak kesian si Syazrul ni masuk dalam foreverfriendzone. Untung Syazrul, dia kapel dengan Wawa lebih enam tahun. Wah!

Oh ya, Syazrul dalam cerita ni bukan Syazrul dalam gambar ni, harap maklum.
Ah, apa pula jadi pada Farid? Hari tu rakan-rakan sekolej reunion semula dan adalah kami borak fasal Farid. Rupa-rupanya dalam masa enam tahun Syazrul steady, enam tahun Farid bertukar-tukar girlfriend tanpa henti.

“Awak tahu tak sekarang Farid dengan siapa?”

“Anak Pengarah Urusan syarikat tempat dia kerja ke?”

“Eh, ingatnya nurse tu.”

“Yang nurse tu sebelum yang cikgu tu lah...”

“Eh ada cikgu pulak? Yang dengan Maria tu bila? Aduuuuh banyak betul aku pun dah lost count!” kata kawan kami keliru sebelum kami ketawa ramai-ramai.

“Apalah Farid ni. Kapel break kapel break. Apa yang dia nak sebenarnya? Umur pun dah tua,”  Azman menggeleng, dia walaupun sebaya Farid, sudah pun melamar aweknya dan akan kahwin akhir tahun ini.

Mick Jagger-Lelaki Extensial yang lejen. Dikatakan meniduri lebih 4,000 gadis (dan pemuda)

Bila keluar novel Lelaki Exsistensial –fasal “pengembaraan” Wan dalam mencari cinta—baru saya teringat tentang kisah si Farid dan Syazrul ni. Back then I can’t put a finger to it. Tapi sekarang baru saya faham, Farid adalah Lelaki Extensial.

I mean, bukan Farid saja, ada lagi beberapa orang kawan sekolah berperangai serupa. Skill mengorat memang tiptop—daripada mengorat awek high-class rambut auburn berkasut Loubutin sampailah ke awek alim-alim yang berbaju kurung yang rajin quote Hadis—kalau korang nampak diorang mengorat awek korang, korang berhenti berharap dan cari awek lain je lah. Hitung hari je awek tu nak sujud ke beliau. Semua proses pentakelan awek macam satu game arked yang dia boleh menang; awal main terus dah tahu combo secret moves, menang siap dapat high score lagi tu.

Cuma satu je lah, lepas dapat high score hilang macam tu saja. Sekejap—tak lama—dia akan dump perempuan tu dengan seribu macam alasan. Jauh dalam hati, alasan utama ialah kerana dia rasa leceh untuk komited dengan awek lama-lama. Kadangkala, perempuan tu pulak akan dump dia dengan seribu macam alasan. Tapi dua-dua pun sama sebenarnya—walaupun anda kata anda malang di’dump’ awek, sebenarnya awek tu takkan dump kalau dia nampak effort anda untuk menyemai komitmen secara jangka panjang.

Gene Simmons. Also #LelakiEksistensial yang lejen sebab meniduri 4800 gadis. Tahun lepas barulah dia kawen, pada usia 63.
Tak lama dulu Nami pernah mengeluh “kenapalah cinta agung saya selalu gagal?” jawapannya, bukan anda sorang saja Nami, tapi semua lelaki Exsistensial pun endingnya macam tu, Skizo tak skizo. Farid’s a normal guy, and so does the other two or three that I know since school. Dalam forum-forum relationship pun ada cerita tentang lelaki macam ni (although dia tak panggil “extensial”, dia panggil “bad boys”). Kemahiran mengejar awek yang diperfectkan selama bertahun-tahun gagal membayangi skill mengekalkan awek yang tidak pernah dipelajari sampai khatam--kerana selama ini kemahiran dan skill hanya ditumpukan pada proses pencarian awek saja. Sucess hanya diletakkan pada titik pengofficialan couple, dan lepas tu dia expect awek dah “fully bonded” dengan dia dan akan provide semua keperluan emosi yang dia nak tanpa perlu dia buat apa-apa.

Hakikatnya (menurut buku John Gray, Dr), wanita itu, walaupun dia naturally akan provide semua keperluan emosi secara rela hati, tapi kalau everytime cuma dia seorang saja yang memberi, lama-kelamaan “tangki” dia pun kosong juga. Nak kekalkan relationship tu untuk jangka panjang, si lelaki sepatutnya pun kena beri sedikit keperluan emosi juga. Walaupun sedikit (ye lah lelaki kalau part emosi memang tak banyak pun), tapi bila bagi, tangki keperluan emosi tu akan penuh balik macam asal. Tu lah sebabnya kadang kita tengok perempuan yang punyalah baik tahap malaikat , lama-lama dia buat “shocker” dan dump dengan gaya saitan. Awal-awal panggi bebi, last-last panggil babi. Kehkehkeh.

Kalaulah saya ada peluang ketemu si Farid dan para lelaki Exsistensial lain, ingin juga saya beri nasihat sepam dua. Next time you break-up, instead of chasing another female, just stop for a while and just observe them. Kali ini, telitikan kaum wanita—kenal dengan mereka, kawan dengan mereka, pelajari mereka. Anda akan tahu lama-kelamaan apa sebenarnya yang mereka nak dalam relationship. Take notes and learn.

Tak payah nak mendewi kan perempuan sangat okay? If you make a woman into your muse, do know that women come and go. But make the whole world as your muse, you will remain a lover forever.


Ulasan

M. Faiz Syahmi berkata…
Yang bahagian memberi keperluan emosi tu aku tak paham. Do care to elaborate more?
Adziim berkata…
@M. Faiz Syahmi

Keperluan emosi boleh dizahirkan dalam banyak bentuk tapi aku rasa penjelasan ringkas "keperluan emosi" adalah keinginan dan keupayaan kita untuk memberi sesuatu kepada pasangan tak kisahlah dengan cara tak berapa sempurna asalkan usaha ada.

Sesuatu itu adalah kasih sayang.

Contoh simple:

Komunikasi secara lovely dan senyum dengan kekasih, jangan ignore dia, puji dia tak kisahlah depan belakang kawan, dengar betul2 apa makwe nak ,etc...banyak la kalau nak cerita.

Senang cerita, keperluan emosi boleh didapati dari benda2 yang kau buat nak tekel awek lepas itu bila dah jadi fully bonded kau abaikan, maka keperluan emosi dia dah kurang2 dan hilang.

Take for granted. Kau dah takde effort untuk pikat hati makwe ko sebab ko assume dia dah setia ngan ko. Cinta kena disemai, di baja macam pokok bunga r kot, baru bunga kuar lawa ye dak?
tak suka pesen lelaki eksistensial ni . mohon spesies ni pupus cepat.
. berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
. berkata…
he is just like that. i don't know what to do. and i feel like wanna dump him right now.
rdaa.hikaru berkata…
..mengingatkan saya pada awal relationship kami.. makan hati je.. bila saya dah mula give up, baru dia sedar n now kami makin bahagia.. alhamdulillah ;)
TheBentPencil berkata…
@Adziim

tepat sekali bro.

ingat bahawa hati tu macam bank. kasih sayang tu kena sentiasa deposit masuk akaun. kalau asyik credit (keluarkan kasih sayang) je, lama-lama jadi negatif. Itu pun kalau boleh overdraf.
maksurozana berkata…
'walaupun anda kata anda malang di’dump’ awek, sebenarnya awek tu takkan dump kalau dia nampak effort anda untuk menyemai komitmen secara jangka panjang" ---- yeay! gua suka ayat ni! komitmen okay. komitmen!
Petak Hitam berkata…
lelaki exsistensial..how do they learn bout women? arrrgh~
Adziim berkata…
@conundrum

We experiment by trial and error until we know already what each women want. The only problem was, we get bored with each one of them and we leave the relationship, abandon the ship.

Then find a new one. So we learn about women by dumping them or they dump us.
Adziim berkata…
@P.E

Kau dah usaha bahagian kau? Berbincang terus terang., tarik dia duduk face to face. Jangan main hint2 je, tak berkesan.
moots berkata…
ah leceh. aku tanya boleh ke tak nak lebih dari kawan?

dia kata boleh.

so aku commit la (commitment)

pastu selang beberapa bulan kata tak serasi.

what the fish?
Tanpa Nama berkata…
Do you really know what is existential? This is about Casanova not existentialist. O Nami, what the fuck is this?
Adziim berkata…
@Tanpa Nama

Aku rasa meaning lelaki existential dalam entri ini adalah mengenai lelaki yang mencari hala tuju hidup, tujuan hidup, tempat mereka di dunia ini....mungkin dia cuba cari melalui hubungan dengan perempuan hence boleh disalah erti sebagai casanova when it is not.

Casanova bagi aku means lelaki yang mahir skill memikat perempuan biasanya atas dasar seks atau kepentingan bisnes kemudian tinggalkan perempuan itu setelah capai target, tak terikat.

Lelaki existential macam dalam cerita ini si Farid, dia kehilangan Wawa yang mungkin dia anggap cinta sejati tangkap leleh tak boleh lupa baik punya. Si Farid hilang hala tuju hidupnya, mimpi indah dia dengan Wawa pecah berkecai, hidup rasa kosong. Feel lonely yang memang sakit r.

Farid tak dapat menzahirkan dirinya.

Jadi dia teruskan hidup dengan berkapel banyak-banyak, cuba cari orang untuk isi kekosongan diri, cuba cari makwe yang boleh bagi dia makna hidup, bagi perhatian jadikan Farid rasa dirinya exist.

Problemnya lelaki existential si Farid ini berkemungkinan tak nak move on, masih terluka dengan cintanya terhadap Wawa. Semua yang ada pada pasangannya takkan sempurna dan tak kena dan habis teruk dia akan comparekan pasangan2 dia dengan Wawa. Setiap kali break dia mungkin akan salahkan takdir, mungkin akan persoalkan,"aku ini tak cukup hebat untuk Wawa?"

Jadi mungkin juga dia kapel banyak macam nak buktikan yang dia bukan lelaki lemah, dia ada kehebatan tersendiri tapi itu semua sia-sia sebab Wawa bukan hak milik dia.

Sama contoh juga dengan Wan dalam novel lelaki existential. Wan yang dihantui makwe lamanya rasa hidup tak ada makna.

Jadi bila seorang lelaki itu mahir pikat ramai perempuan untuk mengisi ruang kosong hati,untuk mencari makna hidup maka dia jadi lelaki existential.

Kalau sekadar nak seks,hiburan maka dia jadi lelaki kasanova.

Ada beza?
AlexiaAqram berkata…
kahkahkah!! sempat lagi rasanya gua nak mencarut sebelum masuk ramadhan.

LAHANATTTTT! gyahahahahahha!
fi berkata…
Takkan la lelaki ja kot versi pompuan tak dak ka?
Cob Nobbler berkata…
Tanpa Nama: maafkan aku sebab aku rasa aku dah pernah tulis pasal eksistensialisme yang sebenar dalam Tumblr.

Orang salah faham, bukan salah aku.

Kalau rajin pergi cari kat Tumblr aku, malas nak feed semua link bagai.

Cheers.
Cob Nobbler berkata…
Sebenarnya sebagai penulis Lelaki Eksistensial - aku rasa kecewa sebab tak ramai yang faham apa yang cuba aku sampaikan. Sebenarnya kekasanovaan lelaki tak bernama dalam cerita itu hanyalah kesan sampingan.

Kalau kau baca buku yang setebal 304 muka surat tu - buku tu menceritakan tentang soal apa yang kita inginkan, datang dari mana? Dan kalau masyarakat pasca moden - ia datang dari imej visual seperti televisyen, majalah, billboard tepi jalan, advertising. Dan apakah yang kita inginkan tu benar-benar kita inginkan?

Kalau nak jump to conclusion cepat sangat tu, haiyah, payahlah.

Anyway, dalam kes cerita ini, adalah lebih baik Farid untuk fikir apa yang sebenarnya dia nak. Sebab aku tahu apa dia nak. Dia nak Wawa. Tapi kenapa dia nak Wawa, tu soalan eksistensial.

Dan Tanpa Nama, please, I'm maybe out from Terfaktab, but please don't attack my friends. And please be brave - letak ID lah. Ini sikit-sikit Tanpa Nama. Bacul betul.
. berkata…
@Adziim hoho okay thanks.
Miss FZ berkata…
yg ayat ko quote Dr.John Gray tu betullah tu. kalau asyik beri je tapi tak dapat apa2, lama2 fedup gak kan.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.