Kata Satu.


Laman taman pagi itu terisi dengan ramai umat melakukan aktiviti bercucuk tanam. Dengarnya seperti ramai, tetapi yang hadir pada pagi itu hanya lima orang. Yang lain-lain, entah ke mana-mana. Masih membuta, melakukan aktiviti lain seperti membaca, beribadah dan memasak sarapan. Di laman taman itu, seorang gadis awal dewasa mengesat air matanya yang mengalir deras tidak berhenti. Aktiviti menggembur tanah dan mencarik-keluar rumput di sebuah pasu bunga tertanamnya pohon Cili terbantut. Kura tangannya lebih sibuk mengesat air mata berjatuhan di pipi dari menggembur tanah. Seorang wanita empat puluhan umurnya datang mendekati gadis yang menangis tadi. Wanita itu menepuk-nepuk bahu gadis yang lebih muda darinya sebaik meletakkan serampang tangan di dalam pasu bunga pohon Cili.
            “Yang sudah tu sudahlah, jangan dibawa kenangan yang lama,” tegur Cik Da. Nama mesra, nama panggilan wanita itu di situ. Nama asalnya Hasmidar, tetapi lebih selesa dipanggil Cik Da. Langsung seperti usianya belasan tahun, seperti dipanggil rakan-rakannya dahulu.
            Gadis itu mengangguk-angguk. Dalam cangkung duduknya berubah menjadi bersila, sama seperti Cik Da, mengikut duduk bersama gadis itu. Umat lain yang bercucuk tanam hanya memasang telinga. Mereka sudah mangli dengan peristiwa ‘seorang gadis menangis ketika melakukan aktiviti bercucuk tanam kemudian Cik Da merapati gadis itu dan memberi sebutir dua nasihat untuk dituruti lalu gadis itu semakin lama hidupnya semakin baik dan semangatnya pula semakin pulih.’
            Panas terik mentari menyilaukan dan menghabakan. Peluh bercucuran di leher gadis itu di samping tangisnya yang kering di pipi dan dagu dibiarkan. “Cik Da..saya.. tak boleh lupa,” ujar pendek gadis itu. Selepas beberapa ketika Cik Da masih tidak berkata apa, dia menyambung lagi, “Saya bukan taknak lupa, tapi saya tak boleh lupa. Cik Da pun tahu kisah saya. Kan?”
            “Tak, Cik Da tak ingat. Cuba awak cerita balik satu per satu,” Cik Da bangun, menyuakan tangan pada gadis itu, lalu dibawa gadis itu ke sebuah gazebo kecil di laman. “Haa, kat sini selesa sikit. Cuba awak cerita,” sambung Cik Da lagi.
            Gadis itu melihat awan di balik pohonan yang merimbun. Nafas ditarik dalam, dihembus hempas. “Pada suatu masa tak lama dulu, orang mula berhijrah ke hutan batu, ada lelaki, ada wanita, ada yang cari nama dan cari harta. Saya tak terkecuali dari mereka.”

***

“B**i si*l anak ha**mlah siapa yang main minum tapi tak reti simpan ni! P****ak! Ni jenis mak bapak tak reti ajar masa kecik ke apa ni hidup kurang ajar macam ni? Menumpang rumah orang, tapi sampah tak reti buang! Bodoh punya hamjad!” leter Qaliph di pagi hening. Memang rumahnya seperti sarang tikus. Tin kosong, daun pakau, semua berpeleseran seperti manusia-manusia yang berketiduran di sana-sini ruang tamu rumahnya. “Oi b**i-b**i, bangun! Selagi korang tak kemas, jangan mimpi nak tidur sini! Kemas, kemas!” Qaliph mengejutkan seorang demi seorang dengan kakinya. Dia hanya berbokser belang kelabu pagi itu. Ringkas dan padat.
Kejutannya tak berjaya. Masing-masing masih mengular. Yang seorang berlingkar memeluk diri, yang seorang mengalih ke dinding memeluk pasangan, yang seorang lagi, tidak diketahui apa lakunya. Qaliph geleng kepala melihat laku yang seorang lagi.
“Oi keling! Bangun la sial! Dah serupa Hindu Yoga Murtad aku tengok!” Qaliph tampar-tampar pipi seorang yang tidak diketahui lakunya selepas dikejutkannya tadi.
“Huh..nate gapo mu ni.. Woi beghok! Jange kaco kawe nok tidolah!” dia menepis-tepis tangan yang menampar pipinya.
“Ni sejak bila kau ‘panda’ cakap Kelantang ni? Beghok, beghok. Dahlah hitam macam keling, lepas tu panggil orang beruk. Aku sepak jap lagi baru kenal mana satu Syurga Neraka. Mau? Woi bangun la, tolong aku kemas ni. Semak nak mampuslah kot? Amendelah korang buat semalam? Tau la dapat cikaro, tapi tak payahlah buat parti kat rumah aku ni sampai dah jadi macam rumah kongsi eventhough memang rumah ni pun kongsi-kongsi,” Qaliph tarik tangan seorang itu. Yang ini saja yang boleh diharapkan membantunya. Yang lain-lain, haram.
“Yelah, yelah. Aku bangunlah ni. Siallah kau ni. Tak boleh tengok orang tidur aman sikit. Aku baru nak merendek dengan anak Pak Mali kau tau? Baru nak kasi bunga raya yang entah kenapa tetiba muncul kat tangan aku, tetiba muka anak Pak Mali jadi muka kau. Mau terkejut beghok aku! Puiii! Taknaklah aku kapel dengan kau! Tak hengeeeeennnn!!!” laju Amin bercerita. Penuh semangat. Siap menolak bahu Qaliph kasar di bahu lelaki yang mencangkung di depannya ketika mengucapkata ‘tak ingin’.
“Peh, keling memang bangun pagi cargas macam ni ke? Nah, kau pungut semua sampah-sarap masuk dalam ni. Aku nak ambik penyapu jap. Mangkuk-mangkuk ayun semua ni kalau kau boleh muatmasuk diorang dalam plastik hitam ni, lagi bagus. Hidup menyusahkan orang!” Qaliph menyerahkan kepingan-kepingan plastik hitam kepada Amin. Qaliph ke dapur.
“Keling, keling. Nasib baik kau kawan aku, kalau tak memang dah lama aku siat lapan belas macam dalam Kontrol Histeria tu. P****ak punya kawan. Aku sikit punya hensem macam Rajni Khan boleh kata aku keling?” geleng kepala Amin sambil mengutip tin Tiger dan Carlsberg dan Stout dan Budweiser dan Kickapoo masuk ke dalam plastik hitam di tangannya.
“Rajni Khan putih, kau hitam, macam arang. Lain weh,” kedengaran suara seorang gadis menyampuk dibelakang. Suara yang bergumpal dengan kantuk dan mamai.
“B**i,” carut Amin sambil menoleh. “Ah, kau diam, kau diam. Yang kau pakat dengan Qaliph kenakan aku ni apahal? Eiii aku geram betullah betina ni. Aku rogol gak kang!” daun tembakau digumpal dan dilempar ke arah gadis yang terkekeh-kekeh ketawa.
“Ah, kau ni keling. Penis pun tak ada, ada hati nak rogol aku? Kau nak rogol pakai apa? Dildo? Batang carrot? Terung? Timun? Kahkahkah!” terguling-guling gadis itu ketawa di dalam pelukan lelaki kesayangannya.
“Ini baruah! Ini kurang ajar! Qaliph! Kau kemaslah sensorang! Ajak si budak kurang ajar ni sekali! Mulut macam sampah, eloklah tu tolong kau kutip sampah! Baru adik-beradik, ye dak la**au?” Amin hempas bungkusan plastik hitam ke lantai. Dia lantas bangun selepas mengambil kotak rokok Nusantara dan pemetik api di meja. Terus dia masuk ke bilik Qaliph dan hempas pintu kuat-kuat.
“Apa daa kau ni Anisah! Mulut tu jangan c**ai sangat boleh tak? Kawan tu dahlah sensitif, baru break-up dengan anak haram tu. Kau cakap macam tu, lagi sakit hatilah dia. Heishhhhh!” Qaliph tegur Anisah. Anisah tersenyum sambil terjelir sedikit lidah. “Oi Amin! Awek aku tengah tidur tu kau jangan kacau pulak!” laung Qaliph ke arah pintu biliknya. “Yang budak-budak ni apahal tidur macam Cina mampus ni? Hidup lagi ke tak diorang ni, Anisah? Stone berapa banyak semalam?” sambung Qaliph lagi.
“Adalah dua tiga butir. Heheheheh,” Anisah garu kepala tersengih sambil mengutip gumpalan daun tembakau dimasukkan ke dalam plastik hitam. “Eh, bukan dua tiga butir. Dua tiga.. dua tiga..” Anisah cuba mengingat kembali berapa jumlah sebenar Marijuana dan ais yang diguna mereka semalam.
“Tak kisahlah berapa pun, tapi dah pagi ni bangunlah kemas. Ataupun terus jangan sepah-sepahkan. Walaupun memang mustahillah kan korang tak sepah-sepah? Hish, menyusahkan aku betul,” leter Qaliph dalam menyapu ruang tamu rumahnya.
“Hahaha. Aku pelik betul dengan orang tak stone ni. Memahami sungguh. Macam selalu je stone,” Anisah mengomel sendirian. Gadis itu kini sama berdiri seperti Qaliph, cuma kadang membongkok kerana mengutip tin kosong. Selepas dikira-kira, termasuk yang dikutipmasuk Amin, semuanya berjumlah dua puluh lima tin. Hairan, bagaimana sikspek boleh terlebih satu. Rasa-rasanya mereka membeli empat sikspek saja. Anisah garu kepala lagi. Lagi menggaru apabila turut sama seperti Qaliph, hairan dengan boyfriend dan rakan-rakannya yang masih ketiduran ketika ini. Bukan tadi bising nak mampus ke? Kenapa boleh tidur aman lagi? Takkan masing-masing tengah mimpi anak Pak Mali? Eh, boyfriend aku ni kalau mimpi anak Pak Mali jugak memang siaplah malam ni! Memang tak dapat akulah jawabnya! Monolog Anisah sendirian.
Di dalam bilik Qaliph, Amin sedang menghisap rokok di birai tingkap. Dalam hembusan asap nikotina, dia terkenang kisah-kisah lalunya. Kisah yang menghampiri ke arah bahagia. Kisah yang menghampiri ke arah Syurga. Kisah yang menghampiri ke arah sempurna.
“Bee?” tegur satu suara kecil di belakangnya. “Bee hisap rokok tak ajak Honey ek.. Sampai hati Bee,” rajuk kata gadis itu yang masih terbaring dalam manjanya. Mata dikesat-kesat walaupun selimut masih membaluti tubuhnya. Gadis itu bangun, menyandar tubuhnya di dinding. Selimut menuruni dadanya. Mata dikesat-kesat lagi sambil tangan kiri menggagau mengambil cermin mata di atas meja. Sebaik matanya jelas melihat yang berdiri di tingkap bukanlah siluet Bee atau kesayangannya, matanya sedikit terbuntang. Dadanya! Laju dia menarik selimut menutupi dadanya.
“Rileks Iffah, aku Amin,” Amin mengenalkan diri dahulu sebelum jeritan membingit telinga.
“Fuh, Amin rupanya. Mujur. Aku ingat Latip tadi,” Iffah memeluk tubuhnya. “Kok tang,” sambungnya lagi sambil menghulur tangan.
Kotak Nusantara hijau dan pemetik api purpel bertukar tangan. “Berani ke Latip masuk bilik ni dengan kau ada dalam ni? Tak kena kerat lapan belas dia nanti? Kahkahkah,” kata Amin sambil menghela nafas berbaur asap nikotina.
“Tu lah. Kalau tak aku yang kerat lapan belas, memang confirm Bee yang potong lapan belas,” Iffah ketawa selepas mencucuh menghisap dan menghembus batang Nusantara. Dalam dihisapnya. “Yang kau, aku tengok macam orang mati bini tadi kenapa? Semalam kalah judi ke?” tona suara Iffah bertukar serius.
“Tak ada apalah,” jawab ringkas Amin sambil melihat ke luar tingkap. Merenung awan yang berarak bergaul dengan langit.
“Ah, kau tak payah nak berahsia-rahsia dengan aku. Aku cucuk mata kau dengan batang ni mau?” tunjuk Iffah tepat ke mata Amin.
Amin ketawa tidak lama, lalu wajahnya kembali bertukar serius. “Aku teringat anak haram tu je,” jawabnya.
“Ish. Apahal kau ingat anak haram tu lagi? P****ak tu takpayah ingatlah. Menyusahkan hidup mak bapak betul lahirkan dia ke dunia ni. Berpeluh kot mak bapak dia nak bikin dia tu,” hela nafas Iffah bercampur dengan asap nikotina.
“Siapa boleh lupa cinta pertama? Dia yang ubah hidup aku. Dari kosong, ke penuh, dari tak ada siapa kepada ada korang semua. Dari aku hidup biasa-biasa, ke hidup luar biasa. Cuba kau beritahu aku, macam mana aku nak lupa benda-benda macam tu? It gives me a big impact to my life. More like a bigbang to my galaxy. I hate to admit it, but I do still care what he did to me,” kata Amin dengan nada kecewa.
“What he did to you, are lots. One of them, he fucked you all up exterior and interior. Inside and outside. Physical and mental. Tak ingat ke?” Iffah bangun, mengetik batang rokok ke ashtray dan menyarung bokser brief dan baju Qaliph. “Tak ingat?”
“Siapa yang boleh lupa, dia memang genius,” jawab Amin.
“Aku suka dengar kau cerita. Ceritalah,” Iffah duduk di katil sambil memegang ashtray. Amin turut mengambil tempat di sebelah Iffah. Amin menarik nafas dalam. Dihembus hempas.
“Lima tahun lepas, masa tu aku baru lepas grad highschool. Peh, memang rasa merdeka tak ingat. Kau bayangkan, lima tahun tungkus-lumus jadi robot. Studi dua puluh empat jam, latih-tubi dua puluh empat jam, makan minum tidur tak sampai sejam. Biasalah, budak sekolah. Lepas grad je, terus pergi mall sana-sini. Merendek dengan memember kan? Aku pun tak terkecuali. Masa tu, aku ingat lagi. Dekat MidV, tengah line-up nak tengok movie. Tetiba ada seorang mamat kacak entah turun dari langit ketujuh mana, tegur aku. Rileks je dia cakap, ‘Nak tengok movie apa? Abang belanja,’ depan muka aku dengan kawan aku. Ingat aku apa? Cikaro rempit? Ups, sorry. Aku tak kata dekat kau. Kau jangan offended pulak,” Amin letakkan tangan di paha Iffah, meminta maaf. Iffah geleng kepala. Amin sambung lagi, “Tapi kawan aku tergedik-gedik macam beruk kena belacan. Apa, dia ingat orang macam aku tak ada orang nak ke? Ingat kulit dia putih, gigi tersusun elok, dia tu lawa? Kiut tu adalah sikit. Tapi kalau nak kata lawa, huh. Simpang malekat empat puluh empat. Beria-ia dia pujuk aku setuju dengan ajakan mamat tu.
Aku tenung atas bawah atas bawah je mamat tu. Nampak macam baik, tapi lelaki zaman sekarang, bukan boleh percaya sangat, kan? Luar nampak baik, pakai kopiah semua. Siap jadi imam masjid. Tapi liwat anak sendiri jugak. But then kitorang setuju jugak. Sampai je kat kaunter tiket, mamat tu bayarkan tiket kitorang. Padahal seat langsung tak dekat dengan dia. Aku macam dah pelik dah. Apahal tetiba mamat ni belanja kitorang, tapi tak tengok movie sekali kan? Aku pun tanyalah mamat tu, ‘Tak tengok movie sekali ke bang?’. Kau tahu dia boleh jawab apa? Peh, sampai sekarang kalau aku dengar mamat tak kenal mana lagi jawab macam tu, memang kaki aku naik ke muka dialah! Rileks je dia jawab, ‘Movie ni abang download je kat rumah, dik. Tak mainlah tengok movie kat panggung. Tak feel. Takboleh la**ap sensorang sampai part best.’ Pehhh! Mulut dia tu kalau aku taruk Cili pun tak boleh hilang dia punya kurang ajar! Lepas tu, aku apa lagi. Terus pijak je kaki dia kuat-kuat. Tiket aku terus kasi kat member aku, aku terus blah dari situ.
Tapi mamat tu tak bagi aku blah. Dia pegang tangan aku. Dia tarik aku. Tiket movie tu, dia kasi kat kawan aku, lepas tu mamat tu minta maaf dekat aku. Mujur, dia minta maaf. Sejuk sikitlah hati aku. Dia kenalkan nama dia. Ahmad. Orang panggil Emmett. Kemain nama nak omputih kan? Teringat pulak aku dekat Emmett Butterfingers. Muka mamat tu pun dah lebih kurang dengan Emmett Butterfingers. Gigi jela, tak teratur sikit. Tapi, apadahal kan? Once dia minta maaf, dia cakap dia nak belanja makan pulak. Aku lagi tambah hairan. Hari ni hari belanja sedunia ke mamat ni belanja aku? Dia cakap, dia akan explain once dah set-up makanan nanti. Beria member aku tanya nak belanja makan apa. Dah lupa niat sebenar datang MidV-lah tu. Padahal tadi tak sabar nak tengok movie. Mamat tu tanya aku nak makan mana. Aku cakap aku tak kisah. Member aku cakap nak makan Tepanyaki. Aku on je. So kitorang pun ikutlah entah stranger mana entah pergi kedai Tepanyaki tu. Peh, ni kalau jadi kes culik ni memang aku blame kawan akulah kan?
Dah sampai kat kedai makan, dah set-up semua makanan, perut pun dah berbunyi, kawan aku pun dah suap makanan, mamat tu dengan serius dia cakap dekat telinga aku, berbisik, ‘I dah lama suka dekat you. Dari dulu lagi I perhati, dan MidV ni memang you datang tiap weekend kan? Hah, see? Sampaikan MidValley pun I tau you sebut MidV. Nampak tak betapa I sangat sukakan you?’
Fuck-ing. Mujur dia bisik kat telinga aku. Kalau member aku dengar tu mau tersembur air liur dia ke belanga mamat Tepanyaki tu. Aku tak percaya. Aku tak percaya. Aku tak percaya. Suka amende kalau dah stalk sampai macam tu sekali? Bila aku fikir balik, bila aku ingat balik, memang ada aku perasan seorang mamat muka macam Emmett Butterfingers yang selalu ada ke mana aku pergi dekat MidV ni. Tak terfikir pulak aku masa dia tegur dekat GSC tadi. Dia rupa-rupanya. Tapi apsal loser sangat? Follow aku ke sana ke sini tak tegur-tegur? Takde telur ke apa? Berkali-kali dia cuba convince aku supaya percaya cakap dia. Dia siap kasi nombor phone dia kat aku dengan pesanan, ‘Taknak call tak apa, kalau call lagi bagus.’ Bodoh punya laki. Ingat aku nak call?
Sebulan lepas tu, dari lepak MidV, aku pindah ke lepak Pavi. Peh, dia punya ramai dekat situ memang tak agak-agak. Masa ni lah, aku jumpa si Emmett tu sekali lagi. Dia tanya aku, kenapa aku tak call dia. Aku tak jawab apa-apa. Kali ni, dia bagi aku phone free. Gila weh! Siapa tak suka orang bagi phone free? Aku ambik. Tapi dia ingat aku bodoh agaknya. Aku ambik, aku bawak balik dan tukar kad sim. Eh, kau tak kisah ke ni Iffah? Cerita aku panjang pulak,” tanya Amin selepas sedar dari ralit bercerita.
“Tak apa, aku suka dengar kan? Tapi ikut kaulah. Pendekkan cerita pun boleh. Rokok pun nak habis dah ni. Berbatang-batang dah kita hisap. Hahahaha,” jawab Iffah.
“Tak apa, kalau rokok habis, kita boleh sebat rokok Bee. Heheheheh,” kata Amin. Sambungnya lagi sambil mencucuh sebatang lagi rokok, “Hmm. Sampai mana tadi? Oh, ahh. Lepas aku bawak balik phone dan tukar kad sim, mamat Emmett tu tak putus asa. Entah dari mana dia dapat alamat rumah aku, terus terpacak depan rumah masa aku tengah sidai kain. Hahaha. Gila klise kan? ‘Mamat mencintai datang ke rumah ketika seorang gadis menyidai kain di ampaian.’ Tapi, tu lah yang terjadi. Dia bagi salam, aku malas peduli, aku masuk ke dalam duduk depan TV. Berkali-kali dia bagi salam, sampai ibu aku yang dari dapur pun boleh dengar. Kalut-kalut ibu aku keluar jawab salam mamat Emmett tu. Bila ibu aku tanya siapa, aku cakap ‘Entah mamat jual karpet mana.’
Aku jeling ke muka pintu. Ah, sudah. Ibu aku keluar pulak. Entah apa benda yang mamat tu explain kat ibu aku, ibu aku boleh jemput dia masuk ke rumah. Alih-alih, ibu aku cakap, ‘Apalah kamu ni Aminah tak cakap dekat ibu kamu dah ada boifren? Kamu tunggu kejap ya Emmett? Ibu masakkan air kejap. Oren Sunquick bolehlah ya?’ terus ibu aku ke dapur. Aku apa lagi, terus jeling tajam je mamat Emmett tu. Yang mamat tu boleh tersengih-sengih macam kerang busuk. Bodoh betul muka dia masa tu.
Ibu aku dah berkenan dengan dia. Memang masa hari tu, Emmett ada cakap dia nak ambik aku jadi isteri. Dia tengah kerja sekarang ni, kumpul duit. Cukup je duit, terus dia masuk meminang aku. Katanyalah. Ibu aku pun percayalah kan? Tapi dalam percaya ibu aku, dia mintak Emmett sabar sekejap dulu. Ibu nak aku habis belajar dulu. Sambung universiti, lepas tu baru masuk meminang. Emmett dah tak sabar. Dia takut aku melepas ke tangan orang lain. Dia cakap dia nak bertunang dulu. Ibu aku tak kisah. Ibu aku cakap datang je dengan rombongan bila dah ready. Aku tak faham betul orang dewasa ni. Tambah-tambah ibu aku. Aku muda lagi kot? Apa yang kalut sangat nak kahwinkan aku entah? But then, kitorang dah makin rapat. Ibu aku banyak kali tanya aku setiap hujung minggu, bila Emmett nak datang makan dekat rumah. Tiap-tiap minggu, kau bayangkan! Nak tak nak aku terpaksalah contact Emmett. Start dari hari tu lah kitorang dating.
Bagus Emmett ni kau nak tau? Dari aku tak bertudung, dia beli aku tudung, kasi aku pakai. Aku pakai jugak. Time keluar dengan dia jelah tapi. Tu mula-mula. Lepas tu, lepas dah biasa, aku dah mula pakai tudung ke mana-mana. Emmett pun hantar aku mengaji al-Quran. Bukan hantar yang macam bapak hantar anak mengaji tu, tapi dia kenalkan aku dengan seorang ustazah ni. Baik jugak ustazah tu, lembut je orang dia. Dia ajar aku sampai aku grad, sampai aku fasih baca al-Quran. Dari surah-surah lazim ke satu al-Quran. Baguslah kan? Kadang-kadang, Emmett bawa aku dengan ibu aku ke masjid. Amboi, memang menantu pilihan betul kan? Aku pun dari perangai huha-huha keluar malam sana-sini dah tak keluar. Memang betul berubah jadi muslimah sejati. Terasa sebelah kaki dah masuk ke Syurga gitu. Heheheh. Tapi, lelaki memang lelaki. Ustaz macam mana pun dia, alim macam mana pun dia, warak macam mana pun dia, tetap kalah dengan nafsu.
Satu hari tu, dia mintak dekat aku. Puihhh! Kalaulah kau ada masa tu, Iffah, mesti kau dapat tengok betapa desperatenya dia. Masa tu dalam movie, on the way balik rumah dari tengok movie. Well, unfortunately it is a romantic movie and when the couple in the movie cuddling and kissing, I can see that his p**nis erected within his legs. Gosh, what an embarassing moment! Dia cuba cumbu leher aku. Aku jauhkan diri. Dia cuba pegang paha aku, aku gerak-gerakkan. Tapi bila dia cuba seluk tangan dia ke dalam baju aku, aku dah tak tahan. Aku terus keluar. Dia kejar aku. Kahkahkah! Kau boleh bayangkan tak? Erected p**is in the pants, while he is standing in the hallway with me? Memang macam badut sarkis kepala dongga! Lawak habis! He said sorry. He really meant it, he said. Aku dah takde mood nak tengok movie, terus ajak balik.
Dalam kereta, tak berhenti-henti dia ucap kata maaf. All the serbanists bullshit. ‘Tak tahan nafsu, tak tahan bisikan syaitan, walaupun ramai macam tu tapi masih ada syaitan di antara kita,’ all that bullshits. Siap bersumpah tak buat lagi!”
“Tapi lepas tu dia buat lagi,” potong Iffah.
“Betul. Banyak kali. Banyak kali dia buat macam tu, Iffah. Sampai yang last sekali tu, aku terpaksa serah diri pada dia sebab dia dah nampak macam nak bunuh aku kalau aku tak ikut cakap dia,” air mata Amin mengalir. Iffah memeluknya.
“Amboi, sampai berpelukan,” Qaliph muncul tiba-tiba di muka pintu sebaik membuka daun pintu. “Eh, apsal ni Amin? Honey?” baru tersedar akan tangisan Amin yang teresak-esak sebaik menutup daun pintu kembali.
“Takde apa, Bee. Stay out of this, please?” Iffah mengusap-usap kepala dan bahu Amin.
“I’m not here, I’m not here,” Qaliph cucuh rokok di birai tingkap. “Woha! What’s that voice? Come out, you pretty little angel! Y’comin’ to give bless to me and my honey?” gaya Qaliph tiba-tiba seperti seorang pesilat mat saleh. Amin ketawa dalam pelukan Iffah.
“Bodohlah kau ni Qaliph,” Amin masih ketawa dalam katanya. Iffah turut ketawa melihat telatah kesayangannya.
“Now that is Amin that I know,” Qaliph tersenyum, kembali ke posisi berdiri seperti biasa. “Rokok nak?” soalnya sambil menghulur kotak Mildseven Charcoal.
“Of fu**ing course!” Amin dan Iffah menjawab serentak.
Kucar-kacir kedengaran di luar. Bunyi tapak kaki menghentak lantai seperti orang berlari-lari di dalam rumah. Qaliph bengang dengan bunyi bising lalu membuka daun pintu.
“Honey! Amin! Lari! Keluar!” seru Qaliph sebaik menghempas pintu kuat lalu keluar. Bunyi kucar-kacir di luar kembali membingit. Pintu bilik itu terus dikunci. Iffah dengan pantas menyarung seluar jeans ke kaki.
“Apa dah jadi?” Amin yang turut sama berdebar bagai mahu pecah jantungnya tertanya-tanya dalam cemas.
            Daun pintu diketuk kuat. Kemudian bergegar seperti dilanggar-langgar.
            “Cepat Amin!” Iffah tarik tangan Amin keluar dari tingkap. Birai tingkap dipanjat. Sebaik terjun ke luar, tiga orang yang amat dikenali mereka menunggu di situ. Seorang dengan pedang samurai, bilah batang besi dan batang aluminium besbal.
            “Jangan! Jangan sentuh diorang!” Muncul Qaliph dari tingkap. Kepalanya, hidungnya dan bibirnya berdarah. Tiba-tiba lehernya dicekik seorang dari belakang. Qaliph terus tarik kepala orang itu dan menjatuhkannya keluar dari tingkap. Qaliph lompat keluar. Terus berdiri di hadapan Iffah dan Amin. “Langkah mayat aku dulu kalau nak apa-apakan diorang. Lagipun, aku yang korang nak kan? Bukan diorang. So, lepaskan diorang,” sambung Qaliph sambil menyarungkan buckle di tangannya.
            “Bee..” Iffah bersuara. Dia tidak menangis. Dia tahu hidup Qaliph bagaimana. Dia juga harus berani.
            “Honey, Amin, call police! Pedulikan kita masuk lokap ke apa. Yang penting, bebudak ni dulu!” seru Qaliph tanpa menoleh.
            Amin menekan-nekan punat dan terus letakkan telefon di telinga. Sebaik gagang telefon di hujung talian diangkat, terus Amin bercakap kalut. Ketika ini, Qaliph dan Iffah sedang bertarung dengan tiga orang bersenjata. Walaupun Iffah ditegah Qaliph, Iffah turut mahu membantu. Mana boleh tengok orang kesayangan kena serang? Sebaik Amin meletakkan gagang, lehernya dipaut seseorang.
            “Berhenti! Bodoh! Aku cakap berhentilah p****ak!” seorang lelaki dengan cutter heavydutty diletak tepat di leher Amin menjerit lantang.
            Qaliph dan Iffah melepaskan habuan terakhir buat mangsanya. Ketiga-tiga lelaki terbaring di tanah.
            “Bro, rileks bro. Benda boleh discuss,” Qaliph lempar buckle ke longkang dan angkat tangan menyerah. Iffah turut sama mengikut.
            “Siapa bro kau? Kau mahu discuss, kan? Ni discussionnya. Aku just nak kau ambik pedang tu, penggal leher betina kau, lepas tu kau boleh tikam perut kau sendiri. Boleh macam tu? Kalau tak budak ni aku penggal! Kau yang cakap kitorang nak kau kan? Yang lain boleh lepas?” kata lelaki itu. Amin di peluknya cuba melihat siapa yang memeluk.
            Mujur, bukan Emmett.
            Amin lantas melompat dengan tiba-tiba, menghentak kepalanya ke dagu lelaki itu, lalu dia menendang celah kelangkang lelaki itu.
            “Owwwwww my balllsssssssss!!!” jerit Iffah dan Qaliph serentak. Amin turut mengundur diri ke belakang, bersama dengan barisan Iffah dan Qaliph. Qaliph meluru laju ke arah lelaki itu lalu menendang dagunya, membuatkan lelaki itu pengsan terus.
            Ketika inilah kedengaran bunyi siren kereta polis merapati rumah mereka.
            “Good grief, bantuan dah sampai. Honey, Amin, best of luck,” Qaliph mengangkat ibu jari lalu hanya menyerah pada polis yang menggari lengannya. Sama, turut sama pada Iffah dan Amin. Mereka digari dan dibawa ke van paramedik untuk bantuan perubatan.

***

            “Lepas tu, saya terus dihantar ke sini dan bertemu dengan kalian semua. Syukur, saya rasa diselamatkan kembali,” tutup kata Aminah dalam sesi mereka pagi itu. Bihun goreng di hadapannya hanya disentuh sedikit. Umat lain yang tadinya bercucuk tanam duduk berkerumun di gazebo yang sama.
            “Lepas tu, apa jadi dekat Qaliph dengan Iffah?” tanya seorang lelaki yang berusia lingkungan Aminah.
            “Qaliph killed in action. Masa jadi undercover entah dekat mana. Iffah still there, somewhere, with her and Qaliph’s son, in a safehouse,” jawab Aminah.
            “Ah, aku tak percayalah cerita kau ni! Epik sangat,” tegur seorang lelaki berusia.
            “Boleh dipercaya atau tidak, itu semua pengalaman Aminah. Kita yang tak pernah masuk campur kehidupannya, mana boleh kata apa, kan? Tapi kita kena ingat, cinta boleh terdapat di mana-mana. Di celah gerombolan ramai, di celah busuknya homles, dan di celah kebingitan pasar ChowKit. In the end, all of us have to experience love, because we are human, as created by God, has feelings to each other,” sampuk Cik Da. “Dah, sambung makan. Kejap lagi ada aktiviti lain pulak,” sambungnya lagi.
            Masih tidah menyentuh makanannya, Aminah hanya memandang ke langit sambil terkenangkan seorang gadis yang melawatinya di situ minggu lepas. Dia tersenyum lebar.

PS: Terima kasih tak terhingga buat semua yang menyokong dan menjemput saya ke famili Terfaktab! InsyaALLAH, saya akan cuba apa yang terbaik dari saya! Mana salah silap dan ketidakpuasanhati, sila terus khabor dan jangan simpan dalam hati ya? 

Ulasan

TheBentPencil berkata…
mak aih.

.....

eh hawauyu? welkem tu de klab!

^_^
M. Faiz Syahmi berkata…
Hai hai hai!

Aimfaintenkyu, tenkyu! :D

mak aih kenapakah?
Tanpa Nama berkata…
Muntah pelangi saya, bro. Ini paling panjang entri dalam terfaktab ni.


muntahpelangi.jpg.

congrate bero.
M. Faiz Syahmi berkata…
Muntah pelangi itu petanda baik kan?

Terima kasih!
Tanpa Nama berkata…
Of course baik, keep writing bro.

Good to see u keep writing .
AlexiaAqram berkata…
aku baru baca separuh. panjang gila. tapi menarik. cuma panjang gila. permulaan yang baik. walaubagaimanapun, panjang gila.

ha, tiga kali aku cakap panjang gila. lepas ni boleh buat buku.
mih mih mih.
Amiey White berkata…
panjang gila...oh peddo
Wadi AR berkata…
bernas cerita ni
Farah berkata…
gua mmg suka karya Faiz nih wey , dari dulu lg , welcome2 .
che ANIS™ berkata…
Panjang gilaaa , tak boleh panjang lagi ! tapi berjaya di habis kan :B
Unknown berkata…
Owh ku berjaya menamatkannya !
Best ! Tahniah !
Tanpa Nama berkata…
mati2 ingat amin tu lelaki..
tp best..beyond expectation
miss niedNied berkata…
aku feel gile baca entry nih. walaupon pnjang aku tetap nk baca smpai titik noktah yg terakhir.
good job! :)
AsyieqiN Rkey berkata…
gigih membaca sampai habis...

nice story..=)
Tanpa Nama berkata…
xpaham sgt kenape tibe2 ade org dtg nak pukul dierg
aza yunalis berkata…
sumpah mmg entry paling panjang... tp gigih nk bce smpi habis...

nasib best...

ingt amin tu lelaki ak dh confius dh... nasib terselit name aminah... hahahahaha...

btw selamat mnjadi ahli terfaktab...
tira berkata…
Welkan encik faiz ! Suka entri ni even panjang. Best of luck ! :D
M. Faiz Syahmi berkata…
@Tanpa Nama;
Thank you again!

@AlexiaAqram;
Aaarrrr panjang sangat ek? Haha. Akan dikurangkan lepas ni. :P


@Amiey White;
Ye, noted that. Kih3

@fatin qurratuaini;
Wawwww?

@Wadi AR;
Thank you! :)

@Farah;
Ahh ye? Tak sangka. Thank you!

@che ANIS™;
Boleh je sebenarnya panjang lagi. Hahaha.
Tahniah kerana berjaya habiskan!
Terima kasih. :)

@syed ikhmal;
Sukakan cili? :O

@keli menari;
Thank you!
Tahniah juga kerana berjaya habiskan!

@Tanpa Nama;
Thank you!

@miss niedNied;
Thank you and congrats!

@- elina -;
Thank you! :D

@AsyieqiN Rkey;
Thank you!

@Tanpa Nama;
Sebab diorang ni hidup macam orang gelandangan. Hisap dada(h), minum, dan ada geng-geng memasing. Yang serang tadi tu musuh geng dioranglah tu.

@aza yunalis;
Thank you! :)

@tira;
Thank you!
Tanpa Nama berkata…
Ok.jatuh cinta -Sue-
Tanpa Nama berkata…
sambung ah weh. aku nak sangat tahu cerita amin dengan emmet tu. please. sebab aku ada kenal orang macam tu. hmm

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.