Rabak. Pedih jugak lah.


Orang pernah cakap, kalau suka kat seseorang, jangan suka sangat sangat. Sukalah dalam 40% ke, 60% ke, janganlah sampai 100%. Simpan suka yang selebihnya tu untuk diri sendiri. Bak kata orang, suka kat diri sendiri dulu sebelum nak suka kat orang lain. Hek eleh. Cakap senang lah tapi kalau dah nak tersuka sangat nak buat cemane kan? Kau boleh control ke? Nak pendam sikit sikit tu boleh la. Nak control tu rasanya nak kena menuntut ilmu dulu. Sempena minggu rabak ni, aku nak share pengalaman rabak sendiri je. Boleh tak? Boleh tak? Ah, kalau tak boleh pun aku peduli ape. Pegilah meninggal.

Kejadian ni berlaku masa aku amik diploma dulu.

Seumur hidup ni aku tak pernah betul betul suka kat seorang lelaki. Maksud aku suka gila babeng la, suka nak mampus, suka gila baq hang, macam tu. Suka biasa biasa tu pernah lah. Selalu. Aku memang tak pernah buat perangai suka gila kat orang lelaki sampai lah aku jumpa one guy ni. Bukan jumpa lah, nampak je kot lagi tepat. Dia tak perasan pun kewujudan aku ni agaknya kalau aku tak terhegeh hegeh nak kenal dengan dia. Wakakaka. Kalau dah suka, tak peduli dah perigi carik timba ke, timba carik kolah ke, kau dah tak peduli dah tu semua. Yang kau tau, kau nak kenal dengan dia. Sape nama, nombor telefon, asal mana, yang lain lain tu tak penting sangat.

Sebab sedar diri sendiri takde la lawa mane, lelaki yang aku suka nak mampus tu pun actually takde la ensem mane pun, sampai ade kawan aku cakap “Kau suka dia ni? Like seriouslyyyyyyyy? Kang kena ludah kang”. Kenapa nak kena ludah tu, tak payah la aku bukak cerita kan. Kang tak jadi artikel rabak, artikel meludah peginya nanti. Kita ni kalau dah suka kat orang, memang celik mata, nak makan, nak tido, nak berak asyik teringat ke orang tu. Masalah betul. Tah mana bomoh dia pakai pun aku taktau.

Bila dah first time suka gila kat orang, aku pun jadi batak sikit. Sanggup bagi apa apa je. Semuaaaaaaa aku sanggup bagi. Opsss! Excuse me, bukan semua ye. Mintak maaf sikit. Aku sanggup korban masa, tenaga dan duit. Tak kisah masa terbazir, duit habis, tenaga.. hmm takde lah guna tenaga sangat. Sebab aku suka sangat kat lelaki ni, aku dah bazirkan masa tiga tahun tunggu dia, duit topap nak text dengan dia, duit kuar dating (selalu memang aku yang kuar duit) dan banyak kesabaran dengan perangai dia yang main tarik tali.

Masa last semester diploma tu, dia memang dah tunjuk minat habis kat aku. Hati mana yang tak kembang setaman kan. Woi, tiga tahun aku mengejar dia cam bodoh. Selalu gak kuar sama, makan sama, text hari hari. Eh jap. Takla selalu sangat keluar sesame sebab aku takut. Dia selalu ajak aku g jamming tapi tak penah aku ikut. Takut siot. Aku suka nak mampus kat dia then dia bagi good response memang aku rasa time tu YESSSSSS FINALLY GOTCHA!!! *terus terbayang pelamin sambil bersanding berdua* sampai macam tu sekali kau. Dia layan aku sangat baik dan tetapi, sampai satu malam, dia tetibe anta satu text yang lebih kurang macam ni;

“Awak, housemate awak Khadijah tu ade boyfriend tak?”

Di susuli pula dengan text berikutnya;

“Awak boleh bagi nombor telefon dia?”

Dan juga text bersalut luka ini;

“Saya nak kol dia ni, awak tolong bagitau dia boleh?’

Yup. Aku bagi nombor telefon housemate aku kat dia atas dasar aku dan dia hanyalah kawan. Aku hanyalah bertepuk sebelah tangan. Aku sorang yang tergila gila kat dia. Masa aku baca text lelaki tu, menggigil gigil tangan aku, tahan kecewa punya pasal. Aku tak cakap banyak, hanya carutan kecil di hati kemudian aku amik bantal, selimut, pegi bilik belakang, menangis satu malam sampai bengkak mata. Esoknya gi kelas macam biasa.

From that moment, aku berikrar dengan diri sendiri, aku taknak suka kat dia dah. Selama ni kalau nampak motor dia kat parking jabatan pun aku tak keruan macam orang hilang tamadun, lepas dari kejadian tu, motor dia pun aku taknak pandang dah. Aku frust gila. Kadang kadang ternangis jugak dalam bilik air. Kot ye pun taknak kat aku, tak payah la nak suka kat housemate aku. Kawan baik pulak lagi. Mintak nombor telefon kat aku lagi lah biadap namanya. Aku tau la housemate aku tu lawa macam Lisa Surihani, aku ni lebih kurang Siti Nordiana je. Yela, yang putih melepak tu lawa, tak macam aku ni kaler teh susu.

Aku masih wish birthday untuk dia setiap tahun secara rahsia (dari pengetahuan kawan kawan aku) by text and call. Tapi terhenti di birthday dia yang ke 22 tahun. Kenapa berhenti? Sebab aku dah jumpa lelaki lain yang berjaya buat aku lupakan dia. Aku ucapkan terima kasih kepada lelaki yang dah berjaya buat aku lupakan dia. Tapi aku tak pernah menyesal suka kat dia sebab kalau dia takde, aku tak pernah tau cemana sakit bila cinta kena rijek. Dah la tunggu tiga tahun, kena rijek, pastu lelaki yang kau suka gila, suka kat kawan kau. Baler. Pedih weh pedih. 

Rabak dan move on. Benda nampak senang tapi bukan senang. Tapi aku percaya yang benda benda ni akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Ajar kau tentang satu kenyataan. Benda yang kau nak, tak semestinya kau dapat.


Tapi, kau ingat aku nak approve friend request kau kat facebook? Jangan harap!


Ulasan

nhdaughter berkata…
thumbs up! aku sokong apa kau wat ,
tiera berkata…
3 tahun ? Pehh. Gila gila. Haha. Tapi, takpela, atleast dah move on, ye dak ? :)
g4m3m4l4y4 berkata…
sanggup tu tunggu sampai 3 tahun
Tanpa Nama berkata…
Perghh..!! Dah lah 3tahun..boleh plak cintan ngan housemate..
Rabak rabak..
putihbersih berkata…
Bagus cara kau..ade jgk yg jenis da tau org xde hati kat die tp still nak msg2 bagai..
wawww, giler kentang la sanggup bertahan 3 taun..

sekarang aku dah tersuka kt sorang mamat nie, what should i do??
Tanpa Nama berkata…
Lejen gak r 3taon menunggu
Tanpa Nama berkata…
bahaha! tang mintak num housemate tu rase nak tergolek jatuh katil. have experienced that before. dia punya tahap tu mcm nak terjun perigi pun ada. bukan setakat motor, kalau boleh, klon dia, org yg pakai purfume mcm dia pon mmg tak kuase aku nak tengok. :P artikel ni plg menyengat. keep it up! :D
Ixxara_says berkata…
SETUJU CIK MARIA!

Yep, rasa macam rugi gila gila. bazir berapa tahun lepas tu tak jadi apa. Kita bukannya semakin muda. Botox enam pat ploh juta kali pun umur tetap naik jugak.

mungkin sekarang masanya untuk mengambil percintaan secara direct dan serius. takde main ngorat-ngorat flirting flirting tagging tagging tahi ayam; ni masanya bila minat terus ajak minang. ye dak?
kLiPKeRt@sPiNk berkata…
penah gak la ade pengalaman rabak cm gini..
cinta pertama dan dirijek tanpa belas kasihan!
Tanpa Nama berkata…
Fuh.sadis gler kot.
Eyka berkata…
pdn muke dy dan kau..hahahaha :P
cg4dis berkata…
mmg rabak la kalo dah 3 tahun
Niza's Story berkata…
Penah rse gak. 3thn pastu move on. Huu..kalu aku blajar pondok dah bley hafaz bpe juzuk tu..
Tapi bab skit xley nak cter. Mamat tu siap nak kawen hujung thn ni..kuang3! Rabak la jgak. Nsb bek smpat cri len, kalu x aku nk kne cri perigi bute lak pasni buat terjun.
Tanpa Nama berkata…
sama lah macam saya!3 tahun tunggu n buat mcm2 utk dia. the best moment was masa dia confess jugak akhirnya.happy for a few months.tapi in the end dia kata kita cuma kawan.n I found out masa tu dia tgh try kawan rapat saya.sanggup tukar line phone because of her. memang RABAK habis.

mujur tak koyak iman ;)
N berkata…
uwaaaaaa. aku mengerti perasaan rabak ni even tak sama situasi. lagi susah bila belum move on lak tuh. puii
Muhammad Ikhwan berkata…
tambah lagi setahun, boleh amik degree.
Sofia Nin berkata…
cinta bertepuk sebelah tangan. haaaaaaaa tak suka tak suka. pernah rasa! saya ada geng. beda, punya saya empat tahun. lol.
aku pon penah juga rasa rabak gile nak mampus . tp pengalaman aku kurang setahun dr kau . 2 tahun kot . . nasib la aku tak meroyan sgt.
moots berkata…
dua tahun bai gua menjeruk rasa.

sehari lepas konvo pergi confess.

gua direjek dengan tenang.

dan dengan air mata aku start moto dan pegi.

bila lagi nak merasa tepuk kedua belah tangan?
mrs gade berkata…
sama la kes aku, 4 thn aku tgu last2 kawen ngan kawan aku jugak.....
rudy antenno berkata…
nak tanye, pompuan ni kan, if da suke betol tu kan, die nak lg ke kt laki tu if laki tu penah cakap xnak ade pape serious relationship once before. then lelame baru la laki tu pasan die suke gile punye suke jugakla kt pompuan tu tp pompuan tu xbg response lak. if laki tu confess, apa korang agak2 jawapan pompuan tu?
aku harap laki tu(besfren aku) bejaya la pasal dedue tu memang da ngam da sbnarnye hahah.
Lelaki Ini berkata…
jiwa kau memang gigih..tabik spring sama lu!
Dayaya~ berkata…
deym!kau jadi spy aku ke apa ni?! sebijik nak mampos!
memang pedih bila berlaku sitausi mcm tue..bila org yg kt suka, suka pulak kat org yg oaling rapat dgn kt dan kt boleh lihat+dgr kemesraan diorg hari2..mmg pedih..:(
Tanpa Nama berkata…
untung la rabak hati time muda. cam saya umo 28 thn baru nk merasa hati rabak. itu pun sebab tersuka dengan opismate..cite si penulis mmg sespesis cuma saya punye versi dah tua hahaha!!!
Tanpa Nama berkata…
demam weh.sib baik tak meninggal!HAHA.laki mmg cm sial sket ske bg harapan!haha..aku laki aku taw la.-,- -budak nsem-
jiwa kacau berkata…
pergh!! kalau aku dalam situasi kau masa tu, mmg confirm nangis laa.. dan yes, aku respek kau sebab boleh selamba kasi number kawan kau kat dia.

kalau aku, aku terus ignore je request mamat tu. tak sanggup wey nak deal with rabak hati setiap hari lihat diorang bersama :/

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.