Entry Yang Agak Pseudo-Sains Dalam Terfaktab.

"The future belongs to those who prepares it for today" - Malcolm X.

Tatkala bani Melayu sedang menonton fesyen terbaru dan majlis perkahwinan anak Datuk mana entah di Nona ni, aku petang-petang macam ni tak ada kerja baca jurnal sains, atau artikel-artikel yang agak saintifik. Sebenarnya timbul juga cita-cita aku nak menulis dalam blog Pseudo-Sains, tapi memandangkan aku ni takdelah power mana dalam bidang saintifik ni, disamping aku dah menulis dalam 3-4 blog - rasanya tak payahlah kot.

Tapi artikel kali ini menarik minat aku untuk aku tulis. Kisah bangsa manusia - Homo Sapiens - menurut kajian saintis pada 100,000 tahun dari sekarang - itupun jika masa itu malaikat Israfil belum meniup sangkakala maut (jangan ada sesiapa cakap "entah-entah dah kiamat - kita manusia mana tahu bila kiamat, dulu dari djaman Nabi Nuh, Nabi Muhammad pun berkali-kali orang cakap nak kiamat - ah, terpusing bab ugama pulak. Anyway ini cuma jangkaan - sebab tu dipanggil 'pseudo-sains')

Anyway tulisan ini bersandarkan evolutionism - kalau kau rasa tak selesa nak baca, tak apa. Macam aku cakap - ini pseudo-sains.

 Humanity may split into two sub-species in 100,000 years' time as predicted by HG 
Wells, an expert has said.


Evolutionary theorist Oliver Curry of the London School of Economics expects a genetic upper class and a dim-witted underclass to emerge.
The human race would peak in the year 3000, he said - before a decline due to dependence on technology.
People would become choosier about their sexual partners, causing humanity to divide into sub-species, he added.
The descendants of the genetic upper class would be tall, slim, healthy, attractive, intelligent, and creative and a far cry from the "underclass" humans who would have evolved into dim-witted, ugly, squat goblin-like creatures.

Race 'ironed out'
But in the nearer future, humans will evolve in 1,000 years into giants between 6ft and 7ft tall, he predicts, while life-spans will have extended to 120 years, Dr Curry claims.
Physical appearance, driven by indicators of health, youth and fertility, will improve, he says, while men will exhibit symmetrical facial features, look athletic, and have squarer jaws, deeper voices and bigger penises.
Women, on the other hand, will develop lighter, smooth, hairless skin, large clear eyes, pert breasts, glossy hair, and even features, he adds. Racial differences will be ironed out by interbreeding, producing a uniform race of coffee-coloured people.
However, Dr Curry warns, in 10,000 years time humans may have paid a genetic price for relying on technology.
Spoiled by gadgets designed to meet their every need, they could come to resemble domesticated animals.

Receding chins
Social skills, such as communicating and interacting with others, could be lost, along with emotions such as love, sympathy, trust and respect. People would become less able to care for others, or perform in teams.
Physically, they would start to appear more juvenile. Chins would recede, as a result of having to chew less on processed food.

(dari BBC: artikel dari sini)

Anyway, akan ada dari kaum wanita berkata, "bagaimana dengan kaum lelaki yang pilih nak awek cun je? Ini dakwaan yang tidak adil. Nami berat sebelah, Nami chauvinis, Nami tidak adil - hidup hidup kaum wanita! Hancur hancur Nami durjana!"


Rileks. Ada sebabnya kenapa aku cakap begini. Ini kerana aku pernah baca dalam teori evolusi ada mengatakan bahawa perempuan kini berevolusi untuk jadi seorang yang lebih cantik. Mungkin korang perlekehkan evolusi kerana korang memegang kepada creationism, tapi korang perasan tak, makwe-makwe sekolah sekarang lebih cun dari kita sepuluh tahun lepas? Ini bukan reka-reka, ini depan mata. Bukan di Malaysia dan Indonesia je, tapi rasanya seluruh dunia pun.


Ini makwe-makwe dari Korea tahun 1950an. Kau agak-agak muka macam ni boleh lepas tak masuk Girl Generation?

Anyway bukan nak kata apa, memang ada kajian tentang "kenapa makwe sekarang lebih cun dari makwe sekarang". Ada banyak faktor. Antaranya makwe-makwe kini tidak banyak yang bekerja buruh macam jadi petani atau jemur ikan masin. Mana ada makwe-makwe kerja jadi petani sekarang (kecuali Ez ex aku, dia je makwe yang kerja jadi petani yang aku kenal). Selain itu, makwe-makwe sekarang lebih concern pasal pemakanan (tak juga, kalau dah melantak pavlova dan macaroon serta berbakul-bakul Tutti Frutti pun tak guna juga).

Jadi point aku adalah - semakin ramai makwe cun daripada semakin ramai pakwe hensem. Genetik lelaki tak berubah - bahkan berubah menjadi lebih huduh lagi, menurut sesetengah pendapat pakar saintis - sebab faktor pemakanan, rokok, dan macam-macam lagilah. Jadi, jika perempuan menjadi memilih kepada kaum lelaki yang kacak dan jambu macam Cristiano Ronaldo - tidak lama lagi (100,000 tahun tu kejap je kalau ikutkan sejarah bumi yang dah berbillion tahun ni) akan berlaku dua kaum sub-species dalam kaum Homo Sapiens ini. Dalam tahun 3000 manusia sudah mencapai puncak tertinggi dan kesesakan akan berlaku - maka sejak itu manusia akan mula berkurangan menjadi kelompok kecil kerana terlalu bergantung kepada teknologi, manusia malas untuk mencari makan, untuk bersenggama atau untuk berjalan. Macam cerita Surrogates. Jadi pada ketika itu manusia akan terpecah kepada dua kaum - satu kaum yang kacak, tinggi dan besar, lagi satu gemuk, pendek dan huduh. Dan pada masa ini - rasisme adalah norma.

Jadi, mungkin ada rahmat di sebalik makin ramai makwe cun. Mungkin ini kuasa Tuhan agar manusia tidak berbalah sesama sendiri di muka bumi. Mungkin juga makwe-makwe cun kena mula tidak memilih "hensem" sebagai pilihan utama dalam kriteria memilih pakwe kerana saingan juga makin sengit. Mungkin dalam krisis ekonomi - lebih ramai manusia bankrap seperti Greece dan kadar pengangguran dunia mencecah 25% tahun ini menyebabkan sekali lagi - perempuan kena tak perlu memilih.

"Jadi, kalau kami perempuan tak boleh pilih yang hensem, yang kaya - kami nak pilih macam mana?"

Persoalannya ini sudah tiada pilihan. Demi survival kaum Homo Sapiens anda haruslah tidak memilih. Memilih menjadi lesbian juga satu hal - sebab tu mungkin makwe-makwe cun dah ramai jadi lesbian, tapi ini tidak mampu membantu survival species kita.

Mungkin dah tiba masanya untuk kita tidak memikirkan diri sendiri - sebaliknya memikirkan masa depan species kita. Seperti apa yang dikatakan oleh Malcolm X - "the future is for those who prepare it for today". Bersedialah - atau sebenarnya kita tak akan kisah - sebab kita semua pun bakal jadi petroleum 100,000 tahun dari sekarang?

Apapun - menulis fiksyen sains ni memang best - mungkin satu hari boleh tulis novel dystopia manusia akhir djaman.



Ulasan

TheBentPencil berkata…
haha. memang betul wei.

selalu juga lalu depan sekolah lama. memang cun la awek-awek sekolah sekarang. yang lelaki pun macam tu--semuanya jambu dan macho belaka.

satu hal, mungkin natural selection--sebab manusia-manusia belia generasi X semuanya memilih untuk berkopulasi dengan yang cantik jelita je; ataupun mungkin anak-anak muda sekarang dah semakin pandai jaga muka dan jaga badan.

face it--zaman kita dulu, ada ke wujud pembersih muka utk lelaki nami? kawan perempuan sekelas pun ada yang mengaku tak pernah guna cleanser muka.
Dekna berkata…
ouh k
kalo benar memang manusia boleh berevousi menjadi semakin cantik,

padanlah, sejak sejak ni, semua bayi bayi pun dah berevolusi.
ya, i mean baby makin comel
tapi memang semua baby comel kan?

tapi nak cakap. budak2 sekarang comel dorang tu dah tahap nak cun, seriuss. .
cuba tengok anak2 sedara ke, yang umu 2-3 tahun , dah nampak dah gene nak jadi cun dan hensem bile besar kan..

so, no wonder lah. hehe
dunia nanti bakal penuh dengan spesies cun cun melecun kacak mengacak .
rekbing berkata…
korea mmg power, tahun 50-an gambar dh cantik mcm tu
Unknown berkata…
Ya,zaman sekarang dah power belaka2.
Tanpa Nama berkata…
haha.

yg pandai/kacak akan compete each other and "eliminate" each other in the process.

jawapan kenapa social structure selalu bentuk piramid, yg atas kurang, bawah ramai.
Enki berkata…
aku fikir lain pulak..
pada tahun 2002, tahun dimana aku jadi senior sekolah sesi petang- form 3.
aku tengok junior-junior aku ketot-ketot dan kecik-kecik belaka.
time ni aku terfikir, masa aku dan rakan-rakan sebaya form 1 dulu takdelah sekecik dan seketot itu.
plus, form 1 berseluar hijau dan masih bermain kejar-kejar time rehat.
ini sangat mengganggu dan menyumbang kepada pemandangan yang tidak sihat bagi aku dan para senior yang lain.
ego kami tercalar.
kami mahu junior-junior kami cool, big n strong macam kami dahulu.
Tanpa Nama berkata…
Patut lah rambang mata aku...gf jaga bf mu ini sebaiknya..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.