Entri gaya brader-brader #3: Perangai Lelaki Kalau Rabak.

Assalamualaikum. Weh pekaba? Sihat? Gua harap sihat la. Ye la, kalau demam batuk kahak dek jerebu tu memang tak boleh tolong la; duduk rumah minum air oren banyak-banyak udah le. Nak buat camana, dah namanya pun musim bakar-membakar sekarang ni. Harap-harap hujan yang banyak tu bolehlah hilangkan asap jerebu tadi.

Oh ya, cakap pasal bakar-membakar, selain daripada membakar pokok sawit dan sekam padi, hobi baru manusia zaman madani ni ialah membakar punggung orang dengan kata-kata bermadah. Jadi izinkan gua membakar para jejaka yang rabak sekarang dengan nasihat secara kurang berhemah.

Semenjak dua tiga minggu ni gua ada juga lepak dengan member gua si Mamat ni. Dari lepak bertiga, sekarang lepak berdua, lepas tu lepak bertiga balik sebab dia dah berbini (ye la biarlah dia ikut. Habis tu nak tinggal bini kat rumah lepas tu pi mengeteh ke mamak? engko kene Louisville slugger baru tahu). Dalam sibuk-sibuk gebang pasal bisnes dengan gua, sambil bersuap-suapan dengan bini baru, Mamat borak pasal perangai member sorang ni yang rabak.

Orang rabak ni kadang-kadang buat sakit kepala jugak. Satu jenis, yang suka post status jiwang tahap bunuh diri dekat FB. Tu gua taknak komen; Abang Borhan dan diskas dalam Twitter dulu. Satu lagi, yang jenis jadi menggatal tak tentu hala. Baru putus tunang, semua perempuan dalam sosial media dia sebat macam budak baru bersunat. Pastu bila kena friendzone menangis sambil dengar lagu Exists. Tu belum lagi yang ayat lima enam orang sekali, bila kantoi, melutut depan member minta tolong cover. Pakai tiket braderhud bagai. Kalau ikut braderhud, memang gua lesing sikit kepala tu sebab tamak sangat kumpul awek cun buat koleksi dia sorang je. Phui!!

Apa-apapun member si Mamat ni lain pulak rabaknya. Dia jenis kalau rabak dia terus shut off dari semua orang. Shut off dari awek (aweks?), OK gua terima. Ni shut off dengan member-member jantan sekali kena. Kalau dulu dia yang beriya book court di malam Sabtu ajak member main, ni orang tolong book-kan siap bayar; dia asap motor pun tak nampak (eh motor mana nampak asap). Kalau dulu ajak pergi mamak tengok game, 5 minit dah siap, ni mesej jemput mengeteh 5 hari baru reply. "Oh sorry lah, aku kat luar ni." Hotak ang. Gua duk Siam pun mesej mak gua sampai dalam masa lima minit!

Gua tau lah member-member jantan engko satu clique dengan awek engko. Tapi apasal semua orang pun engko nak kena delete dari hidup engko macam tak ada apa-apa. Diorang nilah dulu teman main engko, teman mengeteh engko, game partner engko, teman susah senang engko. Tapi sebab diorang ada kaitan secara proxy, maksudnya kalau kenal setakat kawan-kepada-kawan sekalipun, engko dump sekali dengan awek-awek tu. Apa salah diorang engko nak hate by proxy woi?

Sia-sia sangatlah weh, ko nak buang member pasai benda kecik gini. Cinta makwe tu berapa persen je dari hidup korang. Yang selebihnya persen mak bapak, family dan of course, kawan. Ada benda-benda yang engko boleh share dengan kawan tapi engko tak boleh sebut pun depan makwe. Ada problem yang kawan engko boleh setelkan, yang kalau cerita ke makwe dia bukan nak tolong, lagi dia bebel adalah. Jadi sebenarnya sorilah cakap, ada kawan takde makwe ni lagi afdhol daripada takde kawan tapi ada makwe. Bak kata Bob Marley yang menjadi igauan member-member hitam manis di sekolah gua, "No Women, No Cry." Siap tulis depan dinding sekolah lagi. Nak jadikan azimat rajin belajar mungkin.

Berbalik kepada member gua si Mamat tadi--gua nasihatkan suruh dia usahakan dulu contact si Hamba Allah Yang Rabak ni. Teruskan beri mesej ajak keluar makan, pergi tengok game, dan book court di hujung minggu. Mungkin bukan dia tak nak kawan langsung--mana tahu dia ada masalah lagi besar tapi dia tak mahu cerita. Dan kalau dia betul rabak sebab awek pun--tanggungjawab member la untuk bawak dia keluar, enjoy-enjoy bagai supaya dia lupakan perkara yang dah lepas. Mana tahu lepas ni jumpa yang baru yang lebih menggembirakan. Dia happy, engko sebagai kawan pun happy jugak kan? 

Mendengarkan nasihat gua ni, si Mamat ni menggeleng aje.

 "Dia kalau nak deal dengan orang macam ni ada 3 PM engko tahu tak," katanya. Gua jawab, PM tu Private Mesej ke?

"Bukanlah. PM tu, yang pertama--kalau dia tak layan kita, kita Pantang Merayu."

"Then yang kedua?"

"PM yang kedua: Kalau dia tak contact kita jugak, Pergi Mampus. dan kalau dia datang balik..PM ketiga."

"PM apa?"

"P***MAK."

Dan pada saat itu bininya membeliakkan biji mata dan mencubit lengannya sambil membebel nyaring

"Abang ni kaaaannnnnn...."

Ha tulah, memcarut lagi depan bini. 

Ulasan

nhdaughter berkata…
wakaka XD kalau ye pun,xyh lah mencarut bagai,haisyhh *geleng kepala*
syarahyusof berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
syarahyusof berkata…
hidup 3PM! haha :B
SUDUT MATA SAYA berkata…
INI WIN! --> "kawan takde makwe ni lagi afdhol daripada takde kawan tapi ada makwe"
Malaysian Boy berkata…
rabak tahap tak ingat dunie.lagi baek pegi mati lepas putus dari menyusahkan membe mcm ni.
ayen =D berkata…
hahaha.. 3 PM....
pompuan pun ada gedik2 perangai macam ni.. memang rasa nak cepuk je.. haih!

very nice entry!
Unknown berkata…
3PM o.O .. hahahhaa ..hampehh
maybe dia nie jenis suka pendam masaalah srg2 dna dia rasa dgn sepikan diri sorg2 boleh lupakan ex dia tue..

tp kesian plak kat member2 dia, tak pasal2 jadi mangsa keadaan...huhuhu..
fatin qurratuaini berkata…
aku cam ada jugak kawan camni.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.