Cerita Ringkas Hari Jumaat Bersama Abang Borhan

Asalamualaikom warahmatullah hiwabarokatuh.

Pagi ini hujan. Abang masih tercegat kat pagor rumah sambil menekan-nekan henset abang. Abang bukan nak hantor mesej ke Tuhan agar hujan berhenti. Bukan bukan. Abang nak hantor mesej ke drebar kampeni abang supaya ambek abang kat rumah. Gila engko jadi orang kanan Dato Seri (nama dirahsiakan) tapi takde drebar. Baik tak payah masuk bisnes juta-juta itu macam ye dok?

Sedang abang macam ralit nekan-nekan henset. Abang terpana satu benda. Makwe!

Dalam hati abang;

"Amboi kemaen sayup-sayup suci muka dia. Ini kalau dapat taim-taim hujan ni mesti Tuhan marah"

Astagfirullah. Abang mula berzikir menahan nafsu. Masih ada lagi keimanan dalam hati abang walaupun dah lama menduda rupa-rupanya.

Tapi abang heran, makwe ni duduk mana? Ni kawasan rumah-rumah kenamaan dan elit. Dia ni takkanlah orang gaji Tan Sri (sekali lagi dirahsiakan)? Amboi, takkan orang gaji muka lawo macam Sari Yanti? Apa ke tak gilernya nanti jika tak disebat oleh Tan Sri, anak Tan Sri pun boleh join sekaki? Ah sudah..

Abang perati je makwe ni dia duk jalan cepat-cepat sambil bawa payung. Kaler biru, cap Barisan Nasional. Undilah Barisan Nasional. Ah, kompem lah Barisan Nasional, ni kan kawasan rumah orang pegang projek ribu-ribu juta. 

Abang syak;

"Entah-entah ni anak Datin Zahnita? Dengar kabor anak dia baru habis belajor. Amboi, tak padan mak gemok, anak kemaen setan punya lawa. Masyallah, mengutuk lagi."

Makwe itu hilang dari pandangan. Makin jauh.. jauh.. dan hilang. Hilang terus! Abang dah mula rasa berdebor. Seram pun ada. Air peluh jantan mula menitik dengan kedinginan hujan pagi. Tak power langsung gini. Tapi memang berdebor. Entah-entah tadi orang bunian kot.......?






Apa ke setannya pagi-pagi boleh crush dengan orang bunian? Teruk betul imaginasi abang hari ini. Astaghfirullah.. (mengurut dada)




p/s : Unik betul perasaan memainkan perasaan. Wassalam.


Ulasan

fi berkata…
lama x nampak bam borhan ni ye

bunian pun bunian lah. janji cun
nhdaughter berkata…
umphh....dahsyat mainan perasaan tu
Tanpa Nama berkata…
??
semutsengal berkata…
abang borhan kewl !
nabila berkata…
Ko kuat berangan la borhan! Hahahah

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.