Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Kosong

T iada lagi sebenarnya ingatan lama itu. Aku hanya berjalan seorang diri apabila melintas suatu tempat yang dinamakan cinta. Ia datang dan pergi. Kau yang lama, entah aku tidak tahu, entah aku tidak ingat. Kau siapa ya? Tiada lagi bintang dan boneka. Aku bukan lagi boneka cinta. Tapi, cinta yang datang pada aku. Cinta aku kawal. Aku maharaja yang melaras cinta dengan keangkuhan. Sesiapa saja akan aku tembak dengan laras cinta ini, peluang untuk rasa nikmat apa itu bercinta sebenarnya. Tiada lagi bintang dan hari. Apatah lagi Sirius mahupun Bellatrix. Semua itu telah aku padam kemas dengan cermat. Aku masih ingat sewaktu kali terakhir terserempak dengan kau. Bukannya rindu yang hadir dalam sanubari aku. Sebaliknya kebencian. Benci semata-mata. Namun, Hati aku pada satu saat rasa kosong. Jiwa dan fizikal aku seakan tidak lengkap. Puas aku isi dengan nur, namun masih kekal sebegitu. Membeku. Lelah aku isi dengan kemodenan, jelas ia bukan penawar. Ini adalah

Rabak. Pedih jugak lah.

Orang pernah cakap, kalau suka kat seseorang, jangan suka sangat sangat. Sukalah dalam 40% ke, 60% ke, janganlah sampai 100%. Simpan suka yang selebihnya tu untuk diri sendiri. Bak kata orang, suka kat diri sendiri dulu sebelum nak suka kat orang lain. Hek eleh. Cakap senang lah tapi kalau dah nak tersuka sangat nak buat cemane kan? Kau boleh control ke? Nak pendam sikit sikit tu boleh la. Nak control tu rasanya nak kena menuntut ilmu dulu. Sempena minggu rabak ni, aku nak share pengalaman rabak sendiri je. Boleh tak? Boleh tak? Ah, kalau tak boleh pun aku peduli ape. Pegilah meninggal. Kejadian ni berlaku masa aku amik diploma dulu. Seumur hidup ni aku tak pernah betul betul suka kat seorang lelaki. Maksud aku suka gila babeng la, suka nak mampus, suka gila baq hang, macam tu. Suka biasa biasa tu pernah lah. Selalu. Aku memang tak pernah buat perangai suka gila kat orang lelaki sampai lah aku jumpa one guy ni. Bukan jumpa lah, nampak je kot lagi tepat. Dia tak perasan pun kewujudan

Biar hati rabak, jangan iman koyak.

Artikel kupasan Ustaz Zahazan menjadi artikel terakhir yang dibaca dalam majalah SOLUSI. Artikel yang bertajuk 'Selamat Biarpun Dicampak ke dalam Kandang Singa' sangat menyentuh hatinya. Sebaik majalah tersebut ditutup, kedua tangannya diapungkan ke udara dan pinggangnya dikilas ke kiri dan kanan bagi meregangkan urat yang terasa sangat tegang. Jari diletupkan satu persatu. Sumayyah bingkas bangun dari kerusi malas ke arah katil. Bantal ditepuk, stokin dipakai, cekak diletakkan di atas meja sebelah katil. "أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Perlahan suaranya seakan berbisik mengucapkan dua kalimah syahadah dan seraya membaca doa tidur. "Semoga Engkau masih sudi memberi aku peluang untuk bernafas esok, Ya Allah," lirihnya sayu sebelum kedua kelopak matanya dikatup sambil bibirnya galak melafazkan zikir memuji Sang Penciptanya.

Entri gaya brader-brader #3: Perangai Lelaki Kalau Rabak.

Assalamualaikum. Weh pekaba? Sihat? Gua harap sihat la. Ye la, kalau demam batuk kahak dek jerebu tu memang tak boleh tolong la; duduk rumah minum air oren banyak-banyak udah le. Nak buat camana, dah namanya pun musim bakar-membakar sekarang ni. Harap-harap hujan yang banyak tu bolehlah hilangkan asap jerebu tadi. Oh ya, cakap pasal bakar-membakar, selain daripada membakar pokok sawit dan sekam padi, hobi baru manusia zaman madani ni ialah membakar punggung orang dengan kata-kata bermadah. Jadi izinkan gua membakar para jejaka yang rabak sekarang dengan nasihat secara kurang berhemah. Semenjak dua tiga minggu ni gua ada juga lepak dengan member gua si Mamat ni. Dari lepak bertiga, sekarang lepak berdua, lepas tu lepak bertiga balik sebab dia dah berbini (ye la biarlah dia ikut. Habis tu nak tinggal bini kat rumah lepas tu pi mengeteh ke mamak? engko kene Louisville slugger baru tahu). Dalam sibuk-sibuk gebang pasal bisnes dengan gua, sambil bersuap-suapan dengan bini baru, Ma

Tahap Tahap Rabak.

Imej
Kali ini saya nak bercerita guna bahasa melayu. Jarang jarang ini terjadi. Maafkan kalau bahasa Melayu saya kurang sempurna, saya cuba ok – saya cuba. Untuk kali ni je. Entri lain nanti saya guna bahasa Indonesia balik. Oh, tapi sebelum saya mula saya nak introduce- kan satu benda. Kalau anda pembaca Twitter , mungkin anda dah tau kalau di negara tetangga, rabak itu dipanggil ' galau '. Dan ya, saya adalah satu di antara banyaknya perempuan dalam dunia yang sering terpuruk dalam dunia galau saya sendiri – dan ya sudah tentu ini dikarenakan sesuatu yang bernama cinta (baca: masa lalu). *** Rabak ni sebenarnya dia ada banyak tahap. Bertingkat tingkat. Saya dah buat satu piramid biar lebih senang nak explain . Semakin ke bawah piramid rabak, semakin bahaya kondisi hati seseorang manusia. Rabak Tahap Satu Simptom: Biasanya jenis yang suka jalan jalan sendiri, earphone pasang lagu lagu sedih (lagu OST Ombak Rindu, misalnya) ambil ‘feel’ macam watak utama yang teraniaya

Everyone used to have a bad relationship.

Imej
           Y ou and me, we both share something in common. We used to have a bad relationship (or few bad relationships). We never knew, did we ? We never knew it would end up that bad. Well, everyone has had a  fucked up relationship. That's part of life. When I say 'everyone', that doesn't necessarily mean every single one of 7 billion human beings on the planet. I mean, most of us.          Failed relationship(s) hurt especially when love was involved. You know, heart and trust share the same thing; they are fragile . That's why when our love relationship failed, we were heartbroken. Heartbroken is one of the most damnest feeling in the world and yet it is cure-able . Yea, you can say, it is easier said than done. Well, why won't you believe ? Trust yourself. It will heal. It only takes some time, sooner or later. All I know patience is virtue. And yes sometimes it could kill you. Remember, people can say nice things to you but you are your own motivato

Minggu Rabak.

Minggu Heartbroken. Minggu Rabak 25 Jun hingga 1 Julai dua ribu dua belas. Minggu khas untuk semua para pengkarya menghasilkan idea penulisan mahupun lukisan serabak atau se- heart-broken yang boleh. Nak menangis ke, nak melalak ke, nak terlentang ke, nak berguling ke hatta nak meraung keluar air mata darah sekalipun. Lantak. Ini minggu untuk memberitahu apa yang pilu terbuku dalam hati. Keluarkan sepuas-puasnya. Jerit sedalam-dalamnya. Karya-karya pembaca terbaik juga akan di pamerkan. Siapa yang pernah hantar entri macam nak bunuh diri sebelum ni. Jaga-jaga lah depan laptop. Menangislah buat masa sekarang sebelum mengecapi kejayaan akan datang.  Yang Meluluskan, Alexia Aqram

How to reject a guy "nicely"?

Imej
I think I have wrote this type of entry about a year ago. Just look it up. I'm just too lazy to find it back that entry :p Hello hello! Hari ini Amoi-ssi mahu ajar beberapa ayat yang boleh digunakan untuk reject lelaki. Saya rasa bau badan saya mempunyai satu bau "NO BOYS ZONE" lol. I think my pituitary gland already stop working. That's why my body have that kind of smell. #1 No speaking English or Malay or your mother tongue language. When a guys asked you out or he just asking about yourself, just reply it in a foreign language *creak creak* . Tengok macam mana dia jawab semula or faham. You will just make him annoying with your no speaking English or Malay. But if he can talk in a foreign language, I think you should reconsider him back. That’s pretty impressive of him. #2. Giving a Rejection Hotline number. Did you know there's a Rejection Hotline number you can give? Here the website :p . Or just give him a fake numbers or play around with

Selamat Tinggal Dan Moga Berjumpa Lagi,Awek Chuck Taylor.

Imej
Setelah empat hari aku ghaib dari dunia internet dan berita, aku kembali mengumpul kekuatan untuk menulis tulisan ini. Rasanya aku dah cukup kuat untuk aku menulis, dan empat hari tidak mengadap PC - bagi seorang Nami adalah perkara yang janggal dibuat. Rumah aku dahlah takde TV, takde apa-apa maklumat yang aku terima sepanjang empat hari aku berhiatus ni. Aku hanya mengurungkan diri dan melayan perasaan hiba. Entah ya, sebenarnya tak sangka aku berkenalan dengan kau selama lapan tahun. Bermula di food court underground Lot 10 - gadis muka muncung yang suka gigit straw dan main ais - pertemuan kita pada awalnya tidak menyenangkan. Aku kenal kau dari kawan kau satu pusat tuisyen yang bernama Kasturi di KL. Pada awal perkenalan kita, kau aku anggap sebagai gadis sombong yang bajet cun (walaupun aku akui, kau memang cun). Pada awal perkenalan kita yang tak menyenangkan tu, aku dah berpunya tapi aku tak pasti apakah aku mencintainya atau tak. Mungkin kerana desperado masa tu takut tak

Catalyst

Ehlo dear terfaktab readers. Today we're going to discuss about, catalyst. As we can see, people got thousands, maybe billions, perhaps trillionz reason to be in a relationship. I don't want to drag about it and list each and every one of it so lets just give it a go. When i was in high school, we're being programmed to learn about chemistry, biology and physics. Which none of that shit mentioned above is actually useful to me in my studies since i swayed myself off it because i'm not that good at it, except biology (that's another story). We actually had a good time studying about chemistry and its peculiar terms because they're not of daily regular words we've been using in our conversation. Besides learning all of the chemistry subject's term and jargon, we actually apply some of it in our daily life. Our, because most classmates of mine have the same ideas on it. And that's how we used 'catalyst' in relationship. So the term

Early Stage of A New Relationship : Menerima Perangai Pasangan

Imej
Assalamualaikum Hello lovebirds sekalian. What's up? Siapa kat sini yang pernah bercinta kurang atau sekitar satu bulan je? Tak kisah lah cyber love ke, pena love ke apa ke. Yang penting sekejap je hubungan tu. Iye lah. Masa mula-mula bercinta dulu, rasa macam awesome gila. Rasa macam heaven je. Bila ada kawan-kawan sebut nama si dia, hati terus berbunga-bunga. Bibir terus tersenyum. Nak cuba jugak tahan senyum tu tapi tak termampu. Biasalah, awal bercinta kan. Semua nya dirasakan macam berada dalam novel dan movie romantis je.  But then, bila dah dua minggu melalui keindahan pelangi di puncak awan, guruh dan petir mula sampai nak cari pasal. Well, ni adalah time korang lovebirds bergaduh dengan pasangan masing-masing buat pertama kalinya. Masa ni lah baru si lelaki tahu betapa annoyingnya si dia bila merajuk. Call 50 kali tak angkat. Hantar SMS, tak reply. Bukak Facebook kena block. And si perempuan pulak, ni lah time dimana hilang semua Prince Charming si dia. K

HTS.

Hai hai manusia manusia yang sedang sendiri. Yang sedang bercinta. Yang sedang menanti cinta. Yang baru diputusin. Yang malu mengaku cinta. Yang lagi ngambek (baca: merajuk). Yang lagi kangen kangenan. Apa kabar hati hati anda sekalian? Kalau kemaren saya sudah bicara tentang PHP , hari ini saya akan mengajarkan satu lagi bahasa gaul di kalangan ABG (baca: anak baru gede alias remaja) Indonesia. Di seberang, bahasa kecilnya HTS. Bahasa panjang adalah Hubungan Tanpa Status. Ada yang bilang kalau HTS itu, the new friendzone. Kamu berteman dengan orang yang kamu suka, kamu pengen hubungan kamu lebih dari sekedar teman. Tapi dia cuma nganggap kamu sebatas teman. Pernah rasa yang seperti ini? Tenang saja, kamu ga sendiri. Saya juga pernah merasakan hal yang sama. Padahal dua duanya sudah nyaman, sudah saling suka, tapi takut buat ungkapin atas dasar tidak mau ngerusak persahabatan yang sedia ada. Oh, saya pernah menulis puisi buat seorang teman saya di sini : terdiam aku suka sama dia

Siri Tafsiran Jantan : S.A.I.L.A.N.G

Imej
Anda berani nak sailang? Tak? Bagus. Good boy. Sailang (sebut; sai-lang') merupakan satu perkataan lama yang telah diperbaharui dari perkataan 'si awek hilang' bagi merujuk kepada satu maksud;  Kekasih atau isteri dirampas atau diambil oleh orang lain. Sailang juga digunapakai untuk merujuk kepada mencuri projek saat akhir seperti Projek Nadir Bumi di Kuantan yang telah di sailang saat akhir oleh Lynas dari tangan YTL Corporation. Mungkin. Menurut pakar hal ehwal komunikasi rumah tangga, Dr Hai Wan Kah dari Universiti of Kuching, sailang telah menjadi satu budaya sejak berkurun lagi. Seperti kisah Hang Tuah menyailang bakal isteri Sultan Melaka iaitu Tun Teja lebih kurang empat purnama sebelum menyerahkan kepada sultan. Sebelum itu, Hang Tuah juga telah menyailang Tun Teja dari mak bapak Tun Teja iaitu Raja Inderapura. Nakal rupa-rupanya Hang Tuah. Kini, di abad baru, sailang telah menjadi satu trend. Contoh stereotype 1. Makwe kena sailang dengan pem

Awek-awek kaki bola dan jenis-jenisnya.

Imej
Ketika penulisan ini ditaip, kedatangan Euro 2012 sedekat saja lagi. Wakaf Che Yeh dan Padang Besaq telah dipersiapkan dengan memorabilia Euro tiruan dan baju cap lima ringgit. Mamak-mamak sudah hampir siap renovasi kedai mereka dan memasang layar besar sekurang-kurangnya dua buah kiri kanan. Dan para lelaki pula bersedia untuk menggunakan hikmat jutsu merampas remote Astro daripada gegadis yang mungkin ingin menonton   K-drama dan Mentor.   LOL! Oh ya, cakap fasal gegadis, kita kupas isu penting mengenai awek-awek peminat bola. Ya bola as in bola sfera berdiameter 22cm dan berpetak-petak selang warna putih, bola apa kau fikir ni saitonnn ! Saya jamin tentu ramai pemuda peminat tegar bola yang menginginkan awek peminat bola berada di sebelah mereka semasa menyorak gol kemenangan. Jangan tipu—masakan tidak ramai yang turn-on melihat gadis ber-T Harimau Malaya saiz S ye tak? Tapi apakah mereka ini true fan, atau hanyalah poseur berbaju bundle lima ringgit? Mari kita bincangkan di

[iklan] Lelaki Eksistensial - Novel Terbaru Saya

Imej
Dengan rendah diri serta rasa kerdilnya saya dalam dunia penulisan ini - saya mengumumkan bahawa buku novel kelima saya (lagi dua dulu terbit DIY - Pengejar Bintang dan Bau Semangat Anak Muda) - iaitu novel yang berjudul Lelaki Eksistensial akan dilancarkan pada 24 Jun, di The Annexe Central Market, pada jam 2 petang (waktu Melayu). Mengisahkan seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya, dalam kehidupannya mempunyai ramai kekasih yang berlainan gaya dan pemikiran - Fitrana - aktres sinetron gred B Indonesia yang hidupnya dikaburi material, Puspa - seorang gadis hipster vegan yang sentiasa menentang arus serta tidak suka perkara mainstream, Maisara - seorang hijabster yang belajar di institut pengajian tinggi swasta dalam bidang fesyen, meminati Maher Zain dan anak kepada seorang ketua cawangan UMNO, serta Lin, atau Tengku Adlina - anak kepada Tengku Farouk yang memiliki syarikat hartanah terkemuka, meminati dalam bidang penulisan dan membuka syarikat penerbitan