SHARING IS CARING HONEY.

SELAMAT DATANG KE MINGGU POLIGAMI

Pada kali ini aku akan memulakan minggu bertema kita. Jarang-jarang betul nampaknya bila aku yang memulakan acara. Tapi atas dasar permintaan boss aka kawan karib aku sendiri, memang aku tak boleh nak menolak. Aku rasa entry ini berbau serius. Ya, aku memang serius. Dan huraian-huraian di bawah adalah lahir dari hati dan naluri aku sendiri. 

Bagi yang mengenali sisi penulisan aku, ramai tahu yang aku ini pejuang hak-hak kewanitaan. Dan sudah semestinya ramai yang akan berkata bahawa aku memihak anti-poligami. Tapi sebenarnya aku ini seorang yang PRO-POLIGAMI *lelaki bangun ramai-ramai dan tepuk tangan*

Setelah aku rasa menulis begini dah macam jurnal majalah sekolah, baik aku menulis dengan lebih santai lagi. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Prinsip ini aku dah pegang dari zaman sekolah. Jangan tak percaya. Aku selalu berangan untuk dapat 'Payung Emas' katanya. Yang wujud atau tidak, Allah je yang tahu. Kawan baik aku dulu, Seth, selalu mempertikaikan pandangan aku. Pelik betul mamat tu. aku sokong lelakai kahwin banyak, dia plak emo semacam. Aku rasa kalau aku sendiri pergi meminang perempuan tu, mesti rasa COOL gila weyh. Kahkahkah. 

Pada aku, kita pun sedar kan yang masih ramai lagi wanita dekat luar sana yang dambakan kasih sayang lelaki. Dan aku pun percaya ramai wanita yang sensitif dengan perkara seperti ini. Aku rasa peluang lelaki berkahwin lebih dari satu ialah satu peluang untuk si isteri sendiri berusaha untuk jadi lebih baik dan terbaik. Sedih itu memang akan ada. Wanita akan rasa susah pada perasaan, dan lelaki akan rasa susah pada tanggungjawab. Itu juga satu cabaran untuk lelaki berusaha untuk menberi kehidupan yang hampir sempurna bagi setiap isteri-isterinya dan juga mencabar diri menjadi lebih adil dan saksama.  Cewahhhhh... Jadi, sila jadi positif. 

Wanita pula kan mempersoalkan, alahaiii.. sanggup lelaki menduakan isteri mereka? Kita kena ingat yang lelaki itu sifat dan jiwanya berlainan dari wanita. Bila syariat dah membenarkan maknanya nasib golongan janda/andartu/lebihan wanita lebih terjamin. Boleh meramaikan umat manusia dan juga boleh menjaga si suami di saat isteri lain sedang uzur (sakit dan sebagainya, uzur yang period tu pun dia boleh cover. kehkehkeh). So, poligami ni power bukan?

And then, ada juga timbul pertikaian yang bila dah banyak banyak isteri ni, kasih sayang akan dibagi-bagi so sorang akan dapat sikit-sikit je. Tapi come on lah, kasih sayang dan maksud Cinta Infiniti tu kan luas? Cinta tu takkan dapat kau kira banyak ke sikit. Selagi kau percaya pada suami kau dan bersyukur dengan apa yang ada. Izzah boleh buat kot dalam Ombak Rindu. Mesti korang tak suka si Mila kan? Tapi memang patutnya Mila kot yang akan kahwin. Si Izzah tu datang dari celah mana ntah muncul tetiba. Apsal aku dah lari topik ni? #UltrasMila

Mesti wanita semua nak cakap poligami ni memihak dan benefitnya pada lelaki je. Tapi cuba kita fikir pada skop yang luas. Kemain lemah lagi nak buat semua benda setiap hari, melayan benda yang sama setiap pagi. At least, kita ada turn, takde lah rasa penat sangat. Takde lah rasa jemu ke apa ke. Bila suami ke rumah isteri lain at least kita ada masa untuk diri kita sendiri. Bolehlah melawat SPA dari pagi sampai ke malam, ataupun masak meggi je untuk dinner. Takkan lah kalau suami kau ada kau nak bagi dia sumbat maggi kan?

Aku sendiri tahu bahawasanya poligami ni ada PRO dan KONTRA nya. Selalunya pasal duit. Si isteri mengadu:

"Kemonlah abang oi. I punya gelang pun tak sampai ke siku lagi, ada hati abang nak berbini dua."

Kalau nak pikir macam tu, gelang selori pun takkan cukup Senah oi. Cukuplah kalau si suami memang dapat memberi keperluan dekat kau. Yang lain kan boleh share-share. Kalau isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat buat girls night out sambil shopping kayapkan suami dieorang bukankah lagi power? Ini serious COOL!

Ya, orang akan cakap. Cuba kena pada batang hidung aku sendiri. Aku just nak cakap kepada lelaki masa hadapan: 

I tau kalau u ada duit boleh tampung 15 bini pun and if u rasa u boleh nak bahagi masa seadil-adilnya. Maknanya semua isteri dapat jumlah masa yang sama, I izinkan. I taknak nanti if u ada kemampuan dari segala segi, I tak izinkan, and u berzina, I yang berdosa. 


Kalau kau nak suruh aku smabung tulis, mahu panjang gila kot. Maybe aku akan cuba sambung dalam #Kitab Terfaktab 2. Ehem.. Ehem.. 

Oh ya, itu saja huraian aku tentang poligami hari ni. Just satu je aku nak cakap, kalau lelaki tu setakat ikan bilis, maknanya duit nak makan sendiri pun mintak kat bini, kebajikan bini pun terbiar,  jangan harap ah weyh nak poligami. 

Aku sokong poligami tu apabila seseorang lelaki tu sudah layak mental dan fizikalnya. 



p/s: percaya atau tidak, if bapak atau atok seseorang lelaki tu berpoligami kemungkinan besar untuk diri dia sendiri(lelaki) berpoligami sangatlah tinggi. It already in their blood u knowww.. 
p/s/s: orang yang cukup POWER je yang boleh terima poligami ni. 
p/s/s/s/: Allah tu takkan uji kita kalau kita cukup power. 










Ulasan

Wadi AR berkata…
betol dan tepat. laki power tu susah nak cari
Tanpa Nama berkata…
poligami tu sangat berat.
Tanpa Nama berkata…
problemnya ramai lelaki yg x layak sebok nk b'poligami.. nak makan pun pakai duit isteri.. sorry la weh.. aku bukan anti poligami.. tp rata2 laki skang ni part poligami sbg sunnah je ikot.. nk bg nafkah pon x larat.. part2 sunnah Nabi S.A.W yg len xmo plk ikot.. ade hati nk poligami.. cermin diri sdri laa...
edi berkata…
ER, aku setuju sudut pandangan poligami kau tu tapi lelaki tu perlu la gentleman kan. Selalunya pi lari ke siam kawin..tak gentel..err gentle
cahaya eyena berkata…
if ayah n atok lelaki tu dah pernah bercerai berai dan kahwin lain,
probability untuk anaknya@cucu lelakinya kahwin,n bercerai n then kahwin lain pun tinggi...

its in their blood u knowww...

-mcm xde kaitan,tpi saja nak share-

xoxo ER
.::TAIKO ::. berkata…
aku sebagai pompuan yg taiko..
sokong sgt kalau..kalau laki tu mampu tanggung even 15 bini and boleh adil bg sme rata..ha,kawin la 4 skali pun..
aku leh tlg crikan calon2nya..hehhe
ciKk rynN berkata…
aku anak isteri kedua abah aku..n aku selalu jadi k2 dlm phbungn..it is in my blood oso?? huk huk huk sadiss..
Diyana Munira berkata…
I'm okay with polygamy per se tapi in practice, most guys yang amalkan polygamy are just irresponsible. And, sometimes polygamy can break a family apart (this is from MY experience). Yeah, it creates a new one tapi it just feels awkward.
Tanpa Nama berkata…
*lelaki bangun ramai-ramai dan tepuk tangan*
Diana Zainal berkata…
aku setuju the whole entry and paling best part:

makan meggi!
hahha mmg kdg2 mak aku makan meggi je bila ayah kat umah step mum. boleh rehat dr memasak katanya.
CtZ berkata…
huhu boley x nak kate cinta itu buta. aku nak kawin n bf aku yg aka suami seseorg. lalalala~
Solahuddeen berkata…
love u ER. weehuuu

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.