Poligami: Kalau aku lah...

Manusia memang selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Itu fitrah. Kalau boleh semua kita mahu ada, kalau boleh yang kita mahu itu mesti kita dapatkan. Tapi.. bukan semua yang kita mahu kita boleh dapat. Itu realiti.

Berdebat dengan rakan rakan lelaki tantang isu curang.
Kemudian berlanjutan pula sehingga ke isu poligami. Ya, subjek yang paling tidak digemari oleh perempuan sedunia.

Aku persoalkan, apa alasan lelaki untuk berkahwin lebih dari satu?
Salah satu sebabnya, kesempurnaan katanya. Tidak semua kualiti yang dia mahu, ada pada isterinya. Jadi kalau ada perempuan lain yang dapat melengkapkan kualiti yang digariskan, kan cukup cantik.

Misalnya, isterinya pandai memasak, hebat di ranjang, pengasih dan sangat romantis. Tetapi tidak pandai mengemas pula. Rambut pula sudah serupa mi maggi. Disuruh luruskan nanti, kecil hati pula. Katanya tidak menerima seadanya. Ditakdirkan pula berkenalan dan bertemu dengan si Timah. Lawa orangnya. Berbudi pekerti, sesuai benar dijadikan calon isteri. Rambutnya lurus, pengemas juga orangnya. Ditambah pula dengan tutur bicara yang ala ala dengar tak dengar. Lembut suaranya. Daripada berbuat dosa, berzina mata, bersentuhan pula, lebih baik menikah. Dia mampu.

Diberitakan kepada isteri. Isteri membantah tidak setuju. Pilih antara satu. Kalau dipilih perempuan itu, maka lepaskan aku.

Kata lelaki, aku mampu. Aku boleh berlaku adil. Lebih baik abang ikut cara yang halal daripada berzina tak tentu hala. Hukumnya harus. Awak pun tahu kan? Mengapa pula mahu minta di lepaskan? Jangan tamak sangat. Kan elok berkongsi.

Yang si isteri terpempan. Kelu.
Siapa kita untuk mempertikai akan syariat yang telah ditetapkan?

Heh.

Soalnya sekarang, kalau pun diizinkan, sejauh mana kita mampu untuk redha? Atau pun setuju kita itu nanti semata mata kerana kita ini pasrah sahaja? Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah ye adik adik #ombakrindulagi

Isunya sekarang ni, setuju kita itu nanti diharapkan dapatlah menambah saham pahala kita. Menambahkan saham pahala suami jugak kalau isteri nombor dua tu sesolehah yang pertama ye dok?

Poligami bukan benda mudah. Aku terima nikahnya, setel !
Kalau aku sayang hasben, aku tak rela hasben aku menikah dengan pompuan rambut blonde, pakai baju yang boleh show off skin yang halus mulus, semata mata sebab asben semak mata tengok aku tak seksi. Kau ingat tak ada lelaki yang gitu? Ada weh ! Berapa kerat sangat yang menikah lebih dari satu semata mata sebab nak menambah pahala?

Aku tak pernah menentang poligami, malah saudara mara terdekat aku juga ada yang beristeri lebih dari satu. Tapi kalau untuk aku sendiri, buat masa sekarang ini, aku tak akan boleh berlaku ikhlas. Sukar untuk redha. Kalau kita tak redha, jangan nak mimpi dapat saham dan dividen dividen pahala. Tambah dosa lagi ada. Macam macam terdetik di hati.

"Isk. Abang ni tak adil. Nampak sangat yang di sana disayang lebih. Tak guna punya lelaki"

Tak pasal pasal mencela suami.
Jadi, pilihan yang dirasakan baik, berpisah. Buat apa kita nak tipu diri sendiri, memaksa diri bersetuju dengan sesuatu yang kita sendiri tahu kita tak rela, kita tak mampu?

Bila kita tak boleh nak redha, kita tak boleh nak loosen up. Sikit sikit hal, nak makan hati. Sikit sikit hal, nak bersedih hiba. Bahagia ke kalau macam tu? Lebih baik aku cari bahagia aku sendiri daripada makan hati hari hari. Nak mengharapkan payung emas, tapi diri sendiri sengsara.

Well, siapa yang rasa mampu redha tu sign je lahhhh.. zup zap setel !
Kalau tak rela, ke pejabat agama sekali lagi lah jawabnya. Sekali dulu masa nak menikah kan..

Heh ! Emo kan aiiiiii... kikiki


nota: tidak ada hadis sahih yang meng-iya kan akan adanya reward payung emas
SK kabo: lelaki, didik dulu diri sendiri sebelum pasang angan angan nak berkahwin lebih. kalau diri sendiri tak cukup terdidik, mampu kau nak bentuk empat tulang rusuk yang bengkok tu?
SKkabolagi: Tak payah pakai alasan sunnah nabi. Rasulullah SAW dulu memadukan isteri isterinya setelah kewafatan Saidatina Khadijah.


Ulasan

Wadi AR berkata…
betoll SK. gua sokong
fahmi berkata…
kenapa perempuan xsuka laki kawin lbh ek?
chekguedda (^_^) berkata…
wuhuu..mantap.i like! untuk benarkan mungkin.utk redha,uish..tak mudah..
nak benarkan pon kena tengok juga calonnya.bukan bleh main sebarang.
TheBentPencil berkata…
"itu bukan redha, itu pasrah...."
kata Mila isteri kedua, kepada Izzah isteri pertamanya.

ceh. Quote Ombak Rindu je memanjang minggu ni. hikhik
diya jamal berkata…
@fahmi (bajet ni fesbuk ke ape?) : ko suka share awek ko ngan laki lain?
zoomy berkata…
Aria hanna: soklan ko slalu ak tny kt laki tp xpenah berjawab. cmne diorg rse x rela cm tu la org pmpn rse jg..(x termasok smua pmpn la kot)

perenggan2 akhir sk ak sokong..dh xmmpu nk redha ape leh buat kn.. mase suami metingkatkn iman x plak ajak bini skali..kn dh melepas sorng bini.. huhu.lau x leh gilir2.lol =P *justsaying
Tanpa Nama berkata…
mantap la! best2! sgt suke entry SK psl poligami ni. :)
Erzarita Scarlet berkata…
suka cara SK berfikir sbb saya pun fikir dari sudut pandangan yang sama....bkn menolak hukum tp, kalau sendiri x leh nk ikhlas, sentiasa akan sakit hati, merana baik xyah kan....lepaskan kerana terpaksa...:)

at least buat masa skrg mmg xleh nk agree dgn poligami ni...huhu..
Tanpa Nama berkata…
bodohnya fahmi.
itu la dia ada akal letak kat konek kecik saiz 2 inci kau tu.

cuba kau fikir diri kau kat tempat perempuan. apa kau rasa org yg kau syg ada syg yg lain.

bangang berlipat2!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.