Poligami? Apa Senggama.

Gua bila ditanya pasal poligami ni. Mende apa seyhh? Dia tak tahu ke gua ada bercita-cita nak kahwin dua? Hehehe. Tak. Series weh. Dulu masa gua kecik-kecik, bila bapak gua tanya gua cita-cita gua. Gua pernah cakap yang gua nak kahwin dua. Bukan kahwin dua kali. Tu buat hape. Dua bini lah woi. Dua bini. Baru betul.

Pakcik gua sampai geleng kepala dengar jawapan gua. Tapi, dalam geleng tu gua syak dia ada jugak jeling makcik gua macam ada satu isyarat radar yang mahukan cita-cita gua itu menjadi cita-cita dia jugak. Celaka. Gua time tu rasa sedih pulak sebab pakcik gua nak curi cita-cita gua. Biarlah budak-budak lain cita-cita nak jadi astronomi ke, nak jadi amalina ke. Gua dengan kental masa tu, nak jadi apa jadilah. Tetap gua nak kahwin dua.

Bini pertama gua masa tu gua target nak Fauziah Latif. Bini kedua pulak macam-macam Sheila Majid. Peh peh peh!

Siti Nurhaliza? Apa baranggg. Baik gua dengar lagu Maya Bunga-bunga Matahari. Tu pun lawa jugak apa.

Tapi, gua cakap jujurlah. Masa tu gua tak tahu pulak kahwin dua tu poligami. Gua tahu benda poligami ni pun masa gua masuk sekolah agama. Masa tu darjah 5 tak silap gua. Lepas dari gua dengar cikgu gua bercerita kemaen sedih pasal poligami ni. Berkongsi kasih lah, payung emas hati membeku mengingatkan kata-kata janji manismu lah, seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang suci lah. Gua jadi macam.. Ok. Mengarut jugak cita-cita gua nak ada bini dua. Terus dari situ jugak. Masa darjah lima, pertama kali gua pasang makwe! Power dak? Kiranya lepas gua tutup cita-cita nak kahwin dua. Gua mulakan misi untuk pasang makwe. Dan rekod yang pernah gua ingat di mana gua pernah tulis nama-nama makwe yang pernah gua kawan dalam buku tiga lima, masa darjah 5 itu, gua ada 12 orang makwe! Di mana 5 di Johor, 3 di KL, satu pula masing-masing di Perak, Terengganu, Melaka dan Pahang. 

Hero gua tu choo!
Celaka apa gua cerita rahsia gua ni? Ah sialann.

Ala rilekslah choo. Lu orang kena tahu jugak apa pasal gua bercita-cita nak kahwin dua. Ia sebab gua kagum dengan datuk gua. Ye. Datuk gua. Kalau lu nak tahu tentang sejarah datuk gua. Gua story kat sini lebih kurang je lah k? Datuk gua ada 9 orang isteri. Dan arwah nenek gua adalah isteri yang ke-9. Dan semua isteri datuk gua dah meninggal. Tinggal datuk gua sorang je yang masih hidup kat Johor tu sorang-sorang. Alamak, ni gua dah mula rindu pada datuk gua lah ni. Adoiii. 

Ok. Tapi, takdelah datuk gua kahwin lebih dari empat. Tak tak. Dia ada isteri sembilan sebab kahwin cerai, ada yang mati, ada yang cerai sebab automatik jatuh talak sebab tinggal lebih 4 bulan. Rekod yang gua tahu, dia pernah ada tiga isteri dalam satu masa. Tu je lah. Datuk gua ni dulu suka merantau. So, setiap persinggahan yang dia sampai. Dia akan berkahwin. Ala, orang dulu-dulu biasalah ye dak? Kalau lah konsep macam itu boleh dipakai zaman sekarang. Memang gua sendiri akan ada isteri banyak kot. Asal singgah Uya Distro, kahwin. Asal singgah Pavillion, kahwin. Peh peh. Bahagia betul. 

Poligami dulu dengan sekarang memang berbeza lah choo. Sekarang semua benda yang jauh boleh dirapatkan. Gua syak paling tidak kalau lu yang lelaki nak berpoligami macam cara dulu pon, lu kalau ada bini semenanjung, lu cari bini nombor dua kat Sabah Sarawak, bini nombor tiga pulak kat Jakarta ke, Sumatera ke takpun Ostrolia. Nak senang lagi lu kahwin dengan pelajar-pelajar Malaysia kat luar negara ni. Kita ada banyak lawa-lawa kot. Amalina ada, Sufiyah ada, Babyrina ada. Power-power kot belen-belen student oversea Malaysia ni. Rugi kalau lu tak consider nasihat gua ni ye dak?

Hmm. Ok lah, tu je yang gua nak sampaikan. Gua rasa poligami ni okay je. Tapi!, pasal cita-cita gua nak kahwin dua tu. Lu abaikan je. Dah takde dah. Cilaka apa nak survive diri sendiri pun ternganga lagi. Ini pulak nak ada bini dua. Bak kata pepatah, 'Tersangkak kelengkang, binasa masa depan'. Orait, jumpa lagi lain hari. Chalo Asalamualaikom!

Ulasan

bukan single berkata…
ah lancau. engko awek pun takde. kapel sekejap pun da clash. butoh.
e4ezzati berkata…
kemain cita2 zaman dulu
Tikus berkata…
@bukan single
lahanat, aqram dah ada awek lah, tak macam kau gi canang bukan single.
Tanpa Nama berkata…
@Tikus lancau aqram forever alone. berawek dengan blog. jenis romen keyboard.
TheBentPencil berkata…
Saya sebagai ketua persatuan komnunis eh FEMINIS ingin menyenarai hitamkan Encik Aqram kerana menjadi penyokong poligami tegar.

BOOOO BOOOO BOOOO
nots berkata…
gila lah , sedih awek lu dengar ni duh . HAHA

*gua salah seorang anak dari keluarga yang berpoligami . emak 3 terus , adik beradik melambak2 , cucu lagi lah melambak lambak . kahkah
Tanpa Nama berkata…
urm serius ke Aqeam takde awek? huhuhuhu. macamtu mcm x sesuai je nak menulis bab bercinta,,
Alexia Aqram berkata…
aku dah penat lah nak ada awek. kalau kira2 sebenarnya aku ada nak dekat 73 awek sejak dari darjah lima. maka dengan angkuhnya aku berkata;

aku layak tulis pasal percintaan.

trolololololollll!
MISSNICK berkata…
wooooooo banyaknya awek dia....mcm kawan sekolah aku dulu la laki...siap tulis atas kertas lg senarai awek2 yg dia nk tackle hahaha...
Tikus berkata…
romen keyboard? kahkahkah, macam kau tak romen keyboard gak, lancau. Aku romen aku okay.
fahmi berkata…
bapak ramai awek ko..pakai minyak senyonyong ke ape?
KiD berkata…
73 ? tak cukup lagi tu.bagi seratus.baru kool.
Budak kerja kolej berkata…
73 awek dr umo 11 tahun? not bad!
skang umur kau 27. ada 16 tahun experience bercinta. purata awek untuk setahun ada 4.56 org.

tapi kau seekor looser.
pergh irony sial!
Tanpa Nama berkata…
Asal singgah uya distro khwin, asal singgah pavillion khwin . Peh,peh,pehhhhh . Giler ar .
CtZ berkata…
haha lawak seyh bab setiap persinggahan nak ade bini. agak2x la. mudahnye hidup..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.