Gong Xi Fa Chai - Kepada Sophia.



Ini ah moi model China - China Doll banyak di BB dan Jalan Alor. Lai lai lai!

Setiap kali tiba Tahun Baru Cina - ia mengingatkan aku kepada seorang ah moi yang aku kenal masa aku study architecture di UiTM. Aneh, macam mana aku boleh kenal ah moi Cina di UiTM? OK, gadis ni mak dia Cina, abah dia Melayu, so technically setiap kali menyambut Tahun Baru Cina aku akan wish kepada dia. Sama macam ex-girlfriend aku Ez yang maknya keturunan Yahudi dan Irish - setiap kali Hannukah atau Yom Kippur, atau St Patrick's Day aku akan wish juga.

Sophia - aku kenal dia masa sesi minggu suaikenal UiTM. Atau dikenali sebagai sesi membantai junior (pada masa aku lah, djaman sekarang aku tengok student makin manja, dah takde kot). Masa tu aku dengan first girlfriend aku. Masa tu segala-galanya masih suci, segala-galanya masih naif dan segala-galanya masih lagi serba tak tahu. Sepuluh tahun lepas kot.

Dipendekkan cerita, masa aku breakup dengan girlfriend aku pada 6 Ogos 2002, aku ada emotional breakdown sampai aku telan Xanax dan apa lancau lagi aku tak ingat dah, sampai hospitalized. Ya, aku bodoh. Tapi bagi aku dari kebodohanlah kita akan dapat kepandaian. Kalau tak buat perkara bodoh kita takkan dapat buat perkara pandai.

So, this girl was my close friend masa di UiTM. Bila dia dapat tahu aku di Hospital, dia melawat aku dan memberi nasihat. Tapi potong stim dia bawak boyfriend dia yang baru dia couple bulan lepas(pada masa itu). Semasa aku terlantar tu dia selalu juga bawa bubur ke, makanan ke, atau paling biasa2 pun buah-buahan. Aku tak kisah sebenarnya, sebab masa aku kat UiTM kawan-kawan aku boleh dikira dengan sebelah tangan je. Dengan kehadiran dia, aku rasa terubat jugalah luka di hati walaupun break up dengan first girlfriend masa first time. Perit woo break up first time, macam kau jatuh basikal first time. Lama-lama kau asyik jatuh kau dah steady macam Ultimate Warrior. Mula-mula standard lah.

Lepas aku keluar hospital, aku main barang-barang yang tak sepatutnya anak-anak Melayu buat. Aku dismissed dari UiTM dan pergi balik ke sekolah ambik STPM. Aku dapat contact dengan Sophia sampailah tahun 2004 bila aku punya handphone masuk dalam jamban Sungai Wang.

Tulisan ini bukanlah sebab apa - tapi masa aku kat hospital tu aku ada sikit crush lah dengan dia. Tapi tulah dia dengan balak dia. Kahkahkah!

Sempena sepuluh tahun lepas - aku rasa adalah perlu untuk aku cari dan jumpa balik dengan dia. Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih dengan dia sebab melawat aku di hospital. Aku dengar dia kerja kat Petronas sekarang.

Kalau sesiapa yang kerja di Petronas yang terbaca tulisan ni yang kenal Sophia ni, tolonglah contact aku. Sebab sebelum wujudnya blog Terfaktab ni - dialah sumber inspirasi aku untuk wake up dari kegagalan cinta pertama. Chewah!

Dan kepada Sophia, Gong Xi Fa Chai.

p/s:Gong Xi Fa Chai kat penulis Amoi juga.

Ulasan

Cob Nobbler berkata…
babi nami
cari gambar amoi pun
nak yang curly2

tak pernahnya nak cari yang rambut straight
diskrimikasi betul
Tanpa Nama berkata…
juliet lin ketong!!!
hahahaha
ingat obe je jual pompn
Habeeba Jakwa berkata…
break up mase birthday aku lak tu =,,='
TheBentPencil berkata…
ah, teringat pulak dengan member zaman sekolah saya dulu. mak chinese ayah melayu. kalau CNY pergi makan besar dengan family belah2 chinese. CNY pada dasarnya hanyalah perayaan tahun baru, jadi tak salahlah.

dan setelah dekat 5-6 tahun berpisah barulah jumpa balik dalam facebook Isnin lepas. Ah, tankiu somach makhluk yahudi yang bernama Zuckerberg. kembali semula ukhuwah kami. haha
Tanpa Nama berkata…
ex awek..ex awek
x habis2
cmni kot gaya loser menulis

get a life la woi

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.