Dari Makwe ke Pakwe

Pakwe oh Pakwe,
Kadang-kadang kau buat makwe jadi gila,
Ada masa tu senyummmm sampai ke telinga,
Dalam kasar-kasar tu, makwe boleh jadi mengada-ngada,
Sampai diri sendiri tak percaya,
Macam tu sekali penangan cinta.
Dalam selekeh tu, makwe cuba-cuba nak bergaya,
Balik rumah, eksperimen macam-macam kat muka,
Kononnya nak tampil menawan dan jelita,
Bukan untuk siapa-siapa,
Untuk pakwe juga.


Pakwe oh Pakwe,
Dah ada depan mata pun kau buat perangai juga,
Tengok perempuan lain sampai terbeliak bijik mata,
Kau tanya takkan tengok pun makwe tarik muka?
Muka makwe dah start masam mencuka,
Kau plak buat macam tak ada apa-apa,
Makwe pun confuse kau ni buta ke apa,
Tak tahu ke makwe ni dok tunggu kau punya kata-kata,
Ni kau sanggup buat bodoh sampai ke lusa,
Elehhhh.. Pujuk sikit pun takkan nak berkira?


Pakwe oh Pakwe,
Kau ignore makwe sebab dota ke bola ke, makwe tak kata apa,
Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama,
Kau ingat makwe suka?
Kemain lagi kau kalau perempuan lain laju je balasnya,
Kalau makwe sendiri haram kau nak bertanya,
Dapat pulak memang perempuan yang makwe tak boleh nak dengar nama,
Yang tu jugak la kau nak bersuka-suka,
Kau ni bengong ke apa?
Kang makwe cakap banyak, mula lah kau bermacam kata,
Nak cakap yang kau selalu buang kawan sebab makwe,
Kau tak tahu ke yang makwe ni kat dahi dah cop kau punya nama.


Pakwe oh Pakwe,
Kau buatlah perangai macam mana,
Makwe ni bertabahlah cuba nak terima,
Sabar punya sabar sampai dah kepala,
Sampai satu saat nanti makwe dah tak boleh nak kata apa,
Time tu barulah kau tahu langit tu tinggi mana,
Kena tinggal memang jadi sia-sia,
Kalau kau dapat yang lagi bagus tak apa ler,
Tapi kalau dapat perangai serupa celaka?
Padan muka je lah ye.



Yang Benar,
Makwe oh Makwe

Ulasan

AmirahSM berkata…
wah3!! sgt setuju pakwe oh makwee
MeowMeow berkata…
pakwe paham paham sendiri lah ye.
azwashamsuddin berkata…
yg ikhlas: dari makwe kau yang tertunggu-tunggu sambil lepak dlm twitter. heh.
missina berkata…
itu pakwe haa memg tarak guna punya olang lorr
Tanpa Nama berkata…
sebijik cam jd kat aku...cam haram jadah je perangai
AA berkata…
gua tadek pakwe. gua tak faham. HAHAH
Tanpa Nama berkata…
kaum jejantan sila la take note.stress otak makwe fikir pasal korang..baik korang gi kapel dari game lagi senang!
hahaha . thumbs up ER .
tak tengok author pun boleh teka style tulisan sape :)
Nasuha Suhada berkata…
Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama,
Kau ingat makwe suka?

like!
Nasuha Suhada berkata…
Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama,
Kau ingat makwe suka?

like!
Tanpa Nama berkata…
hahahah padan muka...tak reti nak hargai makwe...
Lady berkata…
Aku pompuan. Yg aku nampak dari puisi ni ialah luahan seorang pompuan yg terhegeh2 dgn lelaki yg clearly not interested in her. Dalam kes ni, bukan lelaki yg salah. Pompuan yg berangan lebih2. Pengajaran - jangan percaya dgn fantasi romantik novel2 cinta. Renung2 kan drp terus-menerus salahkan 'pakwe'.
Tanpa Nama berkata…
@lady, dah kalau pakwe tak suka, makwe tu terhegeh2 dekat lelaki, awat dok bercinta ? nak la perempuan tu mcm mana kat lelaki tu, kalau lelaki tu xnak, xjalan gak.

ohh haa. ER. yang twitter tu aku setuju sangat. 120%! gampang punya pakwe. dengan kita, bukan main xnak tweet2 sbb segan kemain. dgn perempuan lain siap, 'haa you xsihat ? makan la ubat.' kepala dia.
e4ezzati berkata…
suka! kena kat diri sendiri plak tu,
nak shareee!
Lady berkata…
@Tanpa Nama, teliti puisi betul2. Ia bercerita tentang EXISTING couple, bkn yg belum DECLARE, masih prosess ngorat terhegeh2 bla.. bla.. semua tu.

Check perenggan pertama. Makwe bila dah offically 'terikat' dgn Pakwe, mulalah nak melawa dari kebiasaan(mengubah imej supaya konon lebih cun). Hello... Mamat tu nak couple dgn ko sebab dia tertarik dgn the EXISTING YOU. Bila Pakwe observe Makwe sibuk2 nak berdandan konon utk Pakwe, Pakwe automatically annoyed. Bukan Pakwe yg mintak pun yg mintak kau BERUBAH. Makwe tu yg syok sendiri. Mungkin terikut 'tips bercinta' dalam majalah2 remaja yg mengarut tu.

Perenggan kedua, since Makwe sedia ada dah berubah, MUNGKIN la Pakwe akan lebih tertarik dgn pompuan lain yg sesuai dgn taste dia. Perenggan seteresnya, Pakwe dgn jelas NO LONGER NOT interested in you.

So, nilai balik diri sendiri. Makwe bila bercinta, terlebih fantasi & terhegeh2. Lama2 Pakwe naik boring.
100% Jade berkata…
@Lady

Kadang2 pakwe tu yang sendiri lost interest. Bila tak melawa, kata la makwe tak up-to-date. Bila melawa, kata try too hard. Sebenarnya pakwe tu yang lost interest, sebab da dapat. Time nak mengayat bukan main lagi hero malaya.
oh... guwa sangat suka ini. sedang terjadi... dan guwa sedang kira-kira mahu cabut lari... dia dah lost interest bagai yek...

"Kena tinggal memang jadi sia-sia,
Kalau kau dapat yang lagi bagus tak apa ler,
Tapi kalau dapat perangai serupa celaka?
Padan muka je lah ye."

selamat jalan. (sebab guwa malas nak terhegeh2. penat dah setia n usaha mcm2... time ngorat bukan main. dah dapat... heh!)

sekian.
Solahuddeen berkata…
ni lelaki tak matang.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.