Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Paradigma Kegagalan

Imej
Entri kiriman pembaca yang terpilih kali ini ialah dari kiriman  KHRYHAMYD dari mimpiyangbasah.blogspot.com . Melankolik untuk dibaca untuk semua. Jika kalian ada entri yang baik, sila email kan kepada kami di creativesupport@terfaktab.com . Best Regard. Sudah setahun aku mengekorinya dari belakang. Dia tidak pernah sama sekali mempedulikan. Apatah lagi menghiraukan. Tatkala aku menjerit, mencarut dan menendang-nendang kencang. Dia sama sekali tidak mengubah situasi dari reaksi yang tidak berubah sama sekali. Selama beberapa bulan aku ekori, dia tidak pernah menunjukkan reaksi. Aku pimpin tangannya. Tapi ia seakan telus. Aku usap rambutnya, tapi dia cuma merasakan bagai ada tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang mengganggu ruang hidupnya. Aku mengerti, ini bukan seperti yang aku bayangkan. Dulu aku sedari, dia puja dan julang namaku, tapi kini namaku seakan dicaci maki kerana kesilapan lalu. Dia siat-siat gambarku. Sedangkan aku terus berdiri disebelahnya sambil melihat tingkah laku

Prioritas.

Imej
Atau bahasa inggerisnya, priority . Tiap satu dari kita ada ruang dalam kapasitas otak. Dan sering, kalau sudah dimasukkan cinta dalam ruang itu, rata rata manusia biasa akan lebih cenderung untuk meletakkan posisi sang cinta jadi yang pertama dalam carta otak, dan mungkin bagian paling banyak konsumsi ruang otak juga akan berkisar tentang cinta / hubungan. Sadisnya itu adalah salah satu dari kita tidak tau nyusun atur tangga prioritas sama sebagaimana kita nyusun atur tangga prioritas kita sendiri : Atau bahasa simple nya, kalau nurut kamu, kamu sudah berusaha sehabis mungkin buat jadi yang terbaik buat pasangan kamu. Dan kalau kamu belum ngerasa pasangan kamu itu udah semaksimal kamu kuantitas usahanya. Nah, ini permasalahannya. Berlanjut dari situ, mulai deh problema problema cinta – komplikasi yang bakal membawa badai (baca: ombak rindu) dalam perjalanan cinta itu : datang sang insekuriti, datang sang ragu, datang sang cemburu, datang pemusnah harapan, dan segala macam tipe (ba

Tercalon di Social Media Awards 2012!!

Imej
Engko kenal siapa abang? Ha, kalau engko kenal, bagus. Dua ibu jari abang tuju pada engko. Ni sekarang ni abang ada benda nak umum. Boss abang cakap yang blog Terfaktab ni, yang abang dah join untuk berapa kerat bulan ni telah tercalon dalam Social Media Awards 2012 . Ini sudah bagus. Ini..ini..ini.. power! Keh keh keh! Kalau engko tanya abang apa ke benda award ini. Mari sini rapat sikit abang nak kasi tahu. Award ni, champion je boleh masuk. C.E.M.P.I.O.N! Champion! Untuk nak kasi Terfaktab menang dalam award ini, engko semua kena mengundi. Atau dalam bahasa Inggerisnya, VOTE. Vote. Bukan KOTE. atau BOT! Paham?  Jadi, abang menyeru kepada semua pembaca Terfaktab. Yang termasuk engko, engko dan engko semua sekali, pergilah mengundi untuk Terfaktab. Abang terus terang, engko sanggup menduakan Terfaktab ya sampai engko undi blog dan web lain yang tak menjamin dan membantu masa depan engko ke? Nurul Ain dengan Ariffshah yang tengah leading ni binatang mana pulak ni? Berani betul dio

Siri Kalau Kau Nak Pergi Dating

Kalau kau nak pergi dating. Tolong buat perangai elok-elok. Perangai elok-elok kat sini bukan bermaksud kau perlu berpura-pura jadi orang baik. Tak tak. Jadi diri sendiri tapi behave . Jangan buat kerja gila seperti first dating je kau dah berani cium pipi kemaen lagi aku tengok. Kepala horlicks kau! Buatlah perangai elok-elok. Be straight . Bercakap dengan gaya lelaki. Bukan bercakap macam nak kena penendang. Sumpah cakap nak kencang berlagak nauzubillah . Apa nak peduli kalau bapak kau kerja dengan Astro tapi bila makan kau kunyah kalah bunyi speaker 30 watt ? Apa nak peduli kalau kau kerja dengan Sime Darby tapi zip seluar kau tak reti tutup? Cuba tenang, tarik nafas bila pergi dating. Santai dan jangan gelabah sangat. Berpeluh itu biasalah. Lelaki kalau tak berpeluh bermakna dia lelaki yang kurang buat kerja kasar. Paling tidak menaip depan laptop dibawah penghawa dingin. Fancy .  Be gentleman sewaktu berdating. Bukan gentel- men . Itu paling penting. Oh ya. Kalau pergi kara

Kejahilan Yang Tersayang.

Kalau kau sayangkan dia, kau takkan biarkan dia terus sesat. Kau pula larikan diri, selamatkan diri dari lumpur yang menarik kau ke dalam. Tarikhlah jiwa dia untuk sama-sama mendalami kebaikan dan tinggalkan kesesatan yang dia agungkan. Tarik sekuat hati. Tarik! Tarik lagi! Biar sampai dia sedar yang dia sedang berpijak pada malam hari, bukan lagi waktu siang yang boleh dia hidup senang lenang. Itu kalau kau benar-benar sayang dia dan tak mahu tengok dia terus hanyut. Dan hanyut. Dan hanyut. Apa yang kau dapat jika kebaikan yang kau buat, dan orang yang kau sayang pula terus dirantai dengan kejahilan? Dan kau bangga dengan kebaikan kau depan dia sambil menjerit pada orang ramai, "Hey lihat lah kebodohan yang dia lakukan. Sebab itu aku tinggalkan apa sahaja mengenai dia, kerana dia kotor! Kotor! Kau lihatlah kekotorannya! Kita orang baik-baik seharusnya keji dan ludah orang begini. Aku tak sanggup lagi jadi seorang manusia yang jahil dan ikut sahaja telunjuk kejahilan dia

hati aku

berkali aku bilang, kau jangan dekat dengan aku sebab kau akan bikin aku jadi celaru aku bilang lagi seperti selalu kau jangan main dengan kata-kata palsu sebab itu akan bikin hati aku jadi beku dan aku juga bilang, kalau jadi begitu akan aku rejam muka kau dengan batu biar puas hati beku aku lihat muka kau hancur macam hati aku

#2 Musalmah dan Kasim -- prequel

Imej
[gambar sekadar hiasan] Hari itu Musalmah ke dewan seminar di bangunan fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Esok tarikh seminar berlansung, event yang menentukan lulus-gagal dalam salah satu subjek yang diambil. Setibanya di dewan, yang kelihatan cuma dua orang rakan sekelasnya. Musalmah berborak sebentar dengan seorang rakan yang juga pengarah projek seminar yang bakal berlansung. Dikisahkan akan perihal dirinya yang enggan menduduki perperiksaan akhir. "Rugi Musalmah," kata tuan pengarah projek kepadanya. Musalmah tersengih sahaja. Menyembunyikan gelodak perasaannya yang menjadi punca keengganannya menduduki perperiksaan.  Perbualan mereka terganggu dek kerana panggilan telefon yang diterima si pengarah projek. Sementelah tuan pengarah projek melayan panggilan yang diterima, Musalmah berjalan masuk meninjau ninjau keadaan dewan. Kelihatan seorang lagi rakan sekelas tadi sedang mengerjakan sesuatu. Musalmah tidak pernah bertegur sapa pun dengannya, walhal sudah beb

Gong Xi Fa Chai - Kepada Sophia.

Imej
Ini ah moi model China - China Doll banyak di BB dan Jalan Alor. Lai lai lai! Setiap kali tiba Tahun Baru Cina - ia mengingatkan aku kepada seorang ah moi yang aku kenal masa aku study architecture di UiTM. Aneh, macam mana aku boleh kenal ah moi Cina di UiTM? OK, gadis ni mak dia Cina, abah dia Melayu, so technically setiap kali menyambut Tahun Baru Cina aku akan wish kepada dia. Sama macam ex-girlfriend aku Ez yang maknya keturunan Yahudi dan Irish - setiap kali Hannukah atau Yom Kippur, atau St Patrick's Day aku akan wish juga. Sophia - aku kenal dia masa sesi minggu suaikenal UiTM. Atau dikenali sebagai sesi membantai junior (pada masa aku lah, djaman sekarang aku tengok student makin manja, dah takde kot). Masa tu aku dengan first girlfriend aku. Masa tu segala-galanya masih suci, segala-galanya masih naif dan segala-galanya masih lagi serba tak tahu. Sepuluh tahun lepas kot. Dipendekkan cerita, masa aku breakup dengan girlfriend aku pada 6 Ogos 2002, aku ada emotional breakdo

Dari Makwe ke Pakwe

Pakwe oh Pakwe, Kadang-kadang kau buat makwe jadi gila, Ada masa tu senyummmm sampai ke telinga, Dalam kasar-kasar tu, makwe boleh jadi mengada-ngada, Sampai diri sendiri tak percaya, Macam tu sekali penangan cinta. Dalam selekeh tu, makwe cuba-cuba nak bergaya, Balik rumah, eksperimen macam-macam kat muka, Kononnya nak tampil menawan dan jelita, Bukan untuk siapa-siapa, Untuk pakwe juga. Pakwe oh Pakwe, Dah ada depan mata pun kau buat perangai juga, Tengok perempuan lain sampai terbeliak bijik mata, Kau tanya takkan tengok pun makwe tarik muka? Muka makwe dah start masam mencuka, Kau plak buat macam tak ada apa-apa, Makwe pun confuse kau ni buta ke apa, Tak tahu ke makwe ni dok tunggu kau punya kata-kata, Ni kau sanggup buat bodoh sampai ke lusa, Elehhhh.. Pujuk sikit pun takkan nak berkira? Pakwe oh Pakwe, Kau ignore makwe sebab dota ke bola ke, makwe tak kata apa, Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama, Kau ingat makwe suka? Kemain lagi kau kal

cinta buta

Imej
[ sumber ] Manusia cenderung untuk menjadi buta mata dan hati semata mata kerana perasaan cinta. Sedang cinta itu sebenarnya sebuah perasaan yang penuh dengan nikmat dan keindahan. Namun kerana cinta yang membuta tuli, perasaan itu tidak ubah seperti sebuah neraka, membuatkan bertahun tahun hidup kita jadi tersia. Cinta datangnya dari dalam hati. Cinta itu perasaan yang berjiwa. Tapi cinta tanpa akal boleh buat kita jadi gila. Itu lah yang akan membawa kita ke jurang neraka yang aku kata. Heh. Orang tua tua selalu bilang, ikut hati mati. Ikutkan rasa binasa. Tapi bila bercinta, selalunya kita akan ikutkan hati dan rasa. Waras akal jadi tidak berguna. Ditingkah, dilawan akan akal yang beradu-berbalah dengan hati dan jiwa. Akal tak reti bercinta, kata kita. Akal tak akan pernah faham akan jiwa, kata kita. Heh. Kita buta. Bila cinta sudah berkuasa, kita jadi buta. Sampai nanti bila kita sudah tersungkur, berderai jiwa... ... baru nanti kita tahu betapa kejamnya diri

#WW : Cinta Mungkin Satu Benda Aneh.

Imej
[ Sumber gambar ] - Kami dan ini sekeping sahaja yang aku ada. “But let there be spaces in your togetherness and let the winds of the heavens dance between you. Love one another but make not a bond of love: let it rather be a moving sea between the shores of your souls.” - Kahlil Gibran Banyak benda berlaku yang secara jujurnya sangat melibatkan hati dan perasaan. Kita cuma cantumkan kepingan hati kita, jeruk perasaan dengan harapan mampu bertahan, tapi pada satu peringkat kita mahu lepaskan walaupun kita sendiri tahu, ia bukan sahaja bakal melukakan orang lain, tetapi diri kita sendiri. Kalau diberi pilihan, kita mungkin tidak sanggup melukakan hati manusia lain di sekeliling kita, tapi penderitaan yang kita tanggung menyebabkan tekad itu bulat, mahu melepaskan diri dari kesengsaraan. Persoalannya, berapa ramai yang berani untuk keluar daripada itu semua? Sanggup menutup mata dan jiwa demi kelangsungan hidup sendiri? Lord Zara : Sesetengah orang akan

Kembali Pada Landasan Yang Betul

Berakhirnya minggu poligami pada minggu lepas telah menghamparkan kita pada seribu persoalan dan nukilan pendapat mengenai cakap-cakap poligami yang jika dilihat, masih berada dalam tahap 'tidak dibenarkan' dari 'dibenarkan'. Namun, itu bukanlah masalah pokok yang boleh mengheret kita pada permusuhan kerana di akhirnya, poligami merupakan suatu pilihan, bukan ketetapan. Sesiapa sahaja boleh bercerita dan berpandangan dalam isu poligami kerana kebebasan bersuara di Terfaktab ini adalah mutlak dan fleksibel pada sesuatu kondisi. Kita perlu lihat isu poligami bukan saja pada kaitan keagamaan, bahkan kepada kaitan sejarah, sains-sosial dan juga releven poligami pada suatu masalah dan keadaan. Itulah landasan yang tepat dalam memupuk masyarakat cenderung berfikir secara kritis dan kreatif. Kita tidak mahu masyarakat kita berfikir secara membabi buta seperti yang telah kita lihat di luar sana. Kesimpulan untuk minggu poligami? Tiada kesimpulan. Kerana adakalanya sesuatu per

Pandangan Dari Seorang Post-Modernist Tentang Poligami.

Imej
Gambar dari tahun 1892 (tahun Liverpool FC diasaskan) - gambar ketua puak Toba - puak dari pergunungan Andes yang tinggal di Argentina, Bolivia dan Paraguay. Apabila bos bersetuju untuk menjadikan minggu ini sebagai Minggu Poligami - saya kaget. Saya rasa ini adalah topik yang paling saya malas untuk saya tulis. Saya berfikir poligami bukanlah satu perkara yang saya gemari, after all saya rasa ia bercanggah dengan fikrah pemikiran saya. Tapi saya tampil juga, menulis entry ini dan memberitahu kenapa saya rasa poligami ini tak boleh masuk jiwa dengan diri saya. Saya mengambil school of thoughts yang mengatakan "setiap undang-undang tidak akan relevan selamanya". Contoh, pada djaman dahulu sekiranya anda perempuan memakai baju hitam - anda boleh dituduh sebagai ahli sihir dan anda boleh dihukum bakar sampai mati. Saya memikirkan ini tidak masuk akal - samalah dengan poligami. Saya merasakan poligami lebih banyak mencetus masalah, tambahan pula dalam djaman pasca moden ini, leb

Poligami Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh Mula-mula masa abang nak tulis karangan abang ini tadi, abang tak perasan pulak yang minggu ini ialah Minggu Poligami. Abang dengar je poligami ni terus tegak bulu roma abang. Engko tahu kenapa? Abang tak boleh dengar benda-benda macam ni. Lagi-lagi yang boleh menyebabkan kaum perempuan menangis sedu-sedan bila kena dimadukan. Biar peduli kalau ada orang lain cakap dapat payung emas. Sebelum engko nak kahwin lagi satu, mari sini abang hempas muka engko dengan payung cap Bonia ni. Mahal payung ni. Abang baru beli itu hari masa pergi New York. Siap lah engko. Apa-apa pun sebelum abang nak tulis karangan pasal poligami ini. Abang nak mohon maaf sebab tak dapat tulis untuk slot Ahad lepas. Sibuk kerja lah dik. Harap engko sudi maafkan abang sebab abang ni duda. Taitel duda ni selalu macam orang teraniaya jugak. Macam perempuan kena madu lebih kuranglah. Biar abang terus teranglah. Kalau engko rasa abang ni lain macam, engko boleh cakap. Tapi, aban

Poligami? Apa Senggama.

Imej
Gua bila ditanya pasal poligami ni. Mende apa seyhh? Dia tak tahu ke gua ada bercita-cita nak kahwin dua? Hehehe. Tak. Series weh. Dulu masa gua kecik-kecik, bila bapak gua tanya gua cita-cita gua. Gua pernah cakap yang gua nak kahwin dua. Bukan kahwin dua kali. Tu buat hape. Dua bini lah woi. Dua bini. Baru betul. Pakcik gua sampai geleng kepala dengar jawapan gua. Tapi, dalam geleng tu gua syak dia ada jugak jeling makcik gua macam ada satu isyarat radar yang mahukan cita-cita gua itu menjadi cita-cita dia jugak. Celaka. Gua time tu rasa sedih pulak sebab pakcik gua nak curi cita-cita gua. Biarlah budak-budak lain cita-cita nak jadi astronomi ke, nak jadi amalina ke. Gua dengan kental masa tu, nak jadi apa jadilah. Tetap gua nak kahwin dua. Bini pertama gua masa tu gua target nak Fauziah Latif. Bini kedua pulak macam-macam Sheila Majid. Peh peh peh! Siti Nurhaliza? Apa baranggg. Baik gua dengar lagu Maya Bunga-bunga Matahari. Tu pun lawa jugak apa. Tapi, gua cakap jujurlah. Masa

Syarat-syarat menjadi isteri kedua

Imej
Hai dan assalamualaikum semua. Ah, abang Aqram yang hensem tapi pura-pura ganas itu telah memaksa kami penulis mengepos tentang poligami minggu ini. Kang nanti dia tak relis check gaji kami pulak. Oh ya, dengar katanya buku Terfaktab tu agak laris. Time kasih korang semua yang membeli. Dapatlah pacal yang miskin hina ini kahwin tahun depan. Hikhik. Apa-apa pun kalau cakap fasal perkahwinan orang Islam mesti ada terbit isu poligami. Sensitip betei isu ini. Masyarakat tak suka. Tapi agama membolehkan. So nak taknak poligami mesti akan sentiasa wujud di negara Meleis ini. Jadi sebagai warga Meleis yang adil lagi prihatin, saya senaraikan LIMA syarat-syarat/tips-tips penyediaan sebelum menjadi isteri kedua.   Sila amalkan yewh gegadis sekalian. 1) kene membiasakan diri tidur sorang. Siapa jadi madu nanti saya kasi ni. buleh? < link > Aik? Kan dah jadi bini orang? Kenapa kena tido sorang? Ye, sure la hari-hari duk bilik tak keluar-keluar kan? TETTTT, wrong. That only happens dur

Poligami: Kalau aku lah...

Manusia memang selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Itu fitrah. Kalau boleh semua kita mahu ada, kalau boleh yang kita mahu itu mesti kita dapatkan. Tapi.. bukan semua yang kita mahu kita boleh dapat. Itu realiti. Berdebat dengan rakan rakan lelaki tantang isu curang. Kemudian berlanjutan pula sehingga ke isu poligami. Ya, subjek yang paling tidak digemari oleh perempuan sedunia. Aku persoalkan, apa alasan lelaki untuk berkahwin lebih dari satu? Salah satu sebabnya, kesempurnaan katanya. Tidak semua kualiti yang dia mahu, ada pada isterinya. Jadi kalau ada perempuan lain yang dapat melengkapkan kualiti yang digariskan, kan cukup cantik. Misalnya, isterinya pandai memasak, hebat di ranjang, pengasih dan sangat romantis. Tetapi tidak pandai mengemas pula. Rambut pula sudah serupa mi maggi. Disuruh luruskan nanti, kecil hati pula. Katanya tidak menerima seadanya. Ditakdirkan pula berkenalan dan bertemu dengan si Timah. Lawa orangnya. Berbudi pekerti, sesuai benar dijadikan cal

SHARING IS CARING HONEY.

SELAMAT DATANG KE MINGGU POLIGAMI Pada kali ini aku akan memulakan minggu bertema kita. Jarang-jarang betul nampaknya bila aku yang memulakan acara. Tapi atas dasar permintaan boss aka kawan karib aku sendiri, memang aku tak boleh nak menolak. Aku rasa entry ini berbau serius. Ya, aku memang serius. Dan huraian-huraian di bawah adalah lahir dari hati dan naluri aku sendiri.  Bagi yang mengenali sisi penulisan aku, ramai tahu yang aku ini pejuang hak-hak kewanitaan. Dan sudah semestinya ramai yang akan berkata bahawa aku memihak anti-poligami. Tapi sebenarnya aku ini seorang yang PRO-POLIGAMI *lelaki bangun ramai-ramai dan tepuk tangan* Setelah aku rasa menulis begini dah macam jurnal majalah sekolah, baik aku menulis dengan lebih santai lagi.  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Prinsip ini aku dah pegang dari zaman sekolah. Jangan tak percaya. Aku selalu berangan untuk dapat 'Payung Emas'

Awak, jodoh itu rahsia Allah

Berikut ialah entri yang dikirim oleh saudara Ceghap di email kami creativesupport@terfaktab.com . Sebuah entri yang mengajak kita berfikir tentang jodoh. Jika anda ada entri yang baik untuk dikongsikan, sila email kepada kami ya!. Assalamualaikum. Aku ceghap . Aku saja nak menumpang tulis kat sini. Sekian. Aku saspek yang mesti segelintir dari pembaca terfaktab ni sendiri pernah post status seperti di bawah ni tak kira sama ada di facebook mahupun laman sosial lain. Mesti ada punya tak payah nak bohong lah.                                                                                                                                                            Awak jodoh itu rahsia Allah..  ☻♥☻ /█\/█\ .||.||. SEKUAT mana awak setia... SEHEBAT mana awak merancang... SEJAUH mana awak menunggu... SEKERAS mana awak bersabar... SEJUJUR mana awak menerima saya... Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..                                    

Perutusan Terfaktab 2012

Imej
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 ya?  Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik dari ada makwe, dah takde makwe. Pejam celik pejam celik, dari takde makwe-pakwe, tengok-tengok dah nak bernikah. Kehidupan ini semakin singkat. Masa berlalu pantas dengan pelbagai rentetan peristiwa berlaku disekeliling kita. Begitu juga dengan organisasi yang di-salut ini, Terfaktab. Tiga tahun lepas di mana kita berada dan apa status kita? Apakah kita berjaya ataupun masih dalam kegagalan? Masih dihantui kenangan memedihkan hati atau mahu keluar mencari sinar harapan yang mampu menjulang diri kita lebih berdominasi menggapai kejayaan. Ini semua terletak pada tangan kita untuk mengubahnya. Pujangga ada menyatakan; "Nasib dan takdir itu dua perkara berbeda. Nasib boleh diubah, tetapi takdir tidak boleh. Kejarlah nasib yang baik, dan terus berdoa agar takdir sentiasa menyebelahi kita." Sepanjang penubuhan organisasi sejak November

The Real AdaMaya!

Imej
Bapak atuk aku (moyang aku) adalah orang india.Jadi atuk aku punya muka pun automatic jadi macam Saif Ali Khan.Dia memang handsome I tell you.Sampai sekarang pun masih handsome.Dia cikgu daripada Johor yang ditugaskan di Terengganu (kampung nenek aku),dia mengajar english.Dia suka lepak dekat satu kedai dengan membe-membe dia setiap petang (kedai moyang aku,sebelah nenek) atuk aku ni memang friendly tapi bahasa terengganu dia teruk gila.Apa-apa pun dia berkawan dengan ayah nenek aku,Pok Mail. Satu malam,atuk aku nampak nenek aku baru balik daripada kelas mengaji.Masa tu atuk aku tengah duduk melangok kat padang bola sambil hisap rokok.Terus dia panggil nenek aku dengan mengeluarkan bunyi burung. (dimana pada zaman ini hanya dilakukan oleh rempit dan bunyi itu sangat dibenci oleh kaum wanita.Take note,jangan mengulangi kesilapan atuk aku) nenek aku,of course rasa sangat meluat tapi aku tak faham kenapa dia layan juga atuk aku. "apa?" "pergi mana?" "balik lah