3 rahsia perempuan yang lelaki patut tahu

Salam. Sebenarnya entri ni mungkin akan sedikt sebanyak sama dengan website lain di luar sana, aku baca fikir dan keluarkan dari pandangan aku sendiri. Fullstop. Perempuan, salah satu ciptaan terindah yang di kurniakan Allah di atas muka bumi ni. Tetapi amatlah sukar untuk kita para lelaki memahami mereka. Hukum alam la ye, sesuatu yang elok cantik itu mestilah susah. Tapi dengan memahami apa yang perempuan mahu pasti akan memudahkan korang menambat hati mereka(dah macam doktor cinta plak). Ibarat kata pepatah “ Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut”. Bak kata orang utara “biaq kena dengan cara!”.
1) Pertama sekali, boleh jugak kita katakan akar bagi topic ini. Perempuan sangat sukakan sesuatu yang romantik. Pergh, geli kot ngan perkataan romantik kan? Tapi itulah hakikatnya wahai kaum adam seluruh alam! Korang jangan pikir romantik ni hanya menjurus kepada situasi seperti makan malam bersama, ditemani kehangatan lilin yang menyala(pergh ayat~). Ya memang betul itu romantik, tapi tak semestinya korang perlu tunggu waktu-waktu tertentu untuk tunjukkan korang tu romantik. Sebenarnya romantik sebenar yang aku nak sampaikan disini adalah memuja seseorang perempuan itu. Jangan salah faham bukan nak puja-puja ajaran sesat oke. Jangan sampai begitu sudah. Korang dah besar mesti boleh paham. OK, Perempuan mahukan perhatian! Ingat tu perhatian ye. (Pandai aku bercakap ye :p) Tunjukkan kepadanya yang korang sukakan beliau. Layan beliau seperti beliau adalah segalanya eh maksud aku bagai dia sahaja perempuan yang korang kenal dan mahukan yang berada dihati sanubari korang. (tapi jangan plak bila dah dapat korang buat tak tahu plak tak macam mula-mula mengorat..hish!). Nak jadi romantik a.k.a. memuja si dia senang saja seperti kacang goreng je.
  1. Puji sajalah! tak kan nak kena ajar haha.
  2. Kalau dia offer nak tolong korang untuk melakukan sesuatu, jangan lupa katakan dia sangat baik dan bla bla bla(guna kreativiti ye).
  3. Kalau dia buat sesuatu kepada anda(cth; cupcakes ke, tolong buat assignment korang ke), Berikan dia satu nota kecil sudah cukup menyatakan yang korang hargai beliau. Atau puji la sikit macam “wah! awak ni the best among the best la! “. Gunakan kreativiti masing-masing.
2) Kedua dekati si dia dengan motif korang ni sangat mengambil berat tentang dia. Bukan buat-buat, tapi korang memang mahukan dia kan? mesti dah ada rasa sayang, jadi maksud aku korang kena tunjukkan sikap ambil berat korang tu, jangan ego, tak nak tunjuk konon. Padahal dalam hati meronta-ronta. Korang jangan tipu aku la, aku pon lelaki.hehe Antara idea untuk tunjukkan korang ambil berat adalah:
  1. Tolong beliau jika beliau ada masalah(tanpa merungut. Ikhlas la beb! bukan dengan niat nak mendapatkan dia!).
  2. Ajar beliau menjahit ke(kalau korang pandai menjahit macam aku :p).
  3. Tanya beliau sihat ke, dah makan ke.
  4. Ajar beliau membina laman web.hahahaha
  5. Tanya beliau dah sembahyang ke belum! kalau belum babab montot! eh jangan!! anak dara orang tu. Kang korang yang kena babab ngan encik misai a.k.a. abah si dia(kalau bapak mertua je mesti bayangkan ada misai macam sarjan misai).
Yang penting adalah korang lakukan semua ini dengan ikhlas. Perlu ada kesabaran yang tinggi tambah-tambah beliau adalah seorang yang pemalu(wanita melayu terakhir la katakan). Semua langkah berikutnya akan menjadi bertambah senang jika korang dah menjadi seorang yang istimewa pada beliau.
3) Perempuan lazimnya lebih menyukai lelaki yang nampak lelaki. Korang tapi bukan lelaki yang ganas yang dalam kepalahotak hanya ada perkataan gaduh ja. Lelaki yang boleh berdikari, yang boleh hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa(Bukan lelaki manja yang suka duk bawah celah ketiak mak). Yela, lelaki yang boleh menyara dia bila dah kawen. Yang bertanggungjawap. Antara ciri-ciri lain adalah lelaki macho yang tak buat-buat macho. Lelaki cool yang tak buat-buat cool dan banyak lagi korang kena analisis dulu. Setiap orang ada skill masing-masing. Gunakan kreativiti anda. Ok, yang paling penting jadilah diri korang sendiri. Jangan hipokrit semata-mata mahu memikat gadis pujaan hati. Kalau korang hipokrit, sampai bila korang mampu nak hipokrit? Bila pecah tembelang mula la buat perangai yang ada kalanya lebih teruk dari beruk di hutan.

Bersambung……..

p/s: aku bukan playboy..haha cuma berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Ulasan

Hellioz berkata…
desu desu desu desu desu desu desu desu

dah komen dah.
TheBentPencil berkata…
Hellioz kejammmm!!!

p.s. kawan aku suka orang yang no. 3. macamana mulut die macam mat rempit cari gaduh pun, dia tetap suka. FUUU bagaimana gituu??
luna berkata…
hehe..wish he read this..:p
Unknown berkata…
ececece...doktor cinta... :P
Rebelle berkata…
oh...
perempuan macam tu ye..
*malu!*


hahahahahaha

*gelak besar tapi tak malu pulak ye..*
Tanpa Nama berkata…
macam dc cinta sudeyh. :)
i also wish dia baca entry nie. biar dia paham hati seorg perempuan. :)
tp slalunyer, org masa wal bercinta jer mcm ni. bila da 3 yrs++ mesti makin kurang da benda2 nie.
why meh? hurm...
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zizie berkata…
penat la doh nk puja2 perempuan ni....asyik laki je kene yg puja..bile perempuan puja laki lak/
♥c!k Ann♥ berkata…
hihihih...
1st tyme kot...
aku ketawa bc post org..
=p...
adehla..tq nway!
misz berkata…
love this post..hehehehe
erleena berkata…
antara yang terbaik aku suke :D
Tanpa Nama berkata…
style aku lain plak.. aku lebih suke main jiwa dari "berlakon" mcm lelaki baik dlam drama2... sbb slalunye lelaki baik ni akan duduk dalam JJKJ zon.(Jom Jadi Kawan Jeee). if korang layan crita2 korean kan, korang tgok mcm mana hero diorang, funny, cocky, naughty, bad boy.. bad aku mksudkan bukanla jahat smpai bunuh orng, tpi jhat mengusik.. ala,, mcm la korng ta penah usik prempuan yg korang suke time tadika,, e.g main tarik2 rmbut, curi brang die.. tol tak..? ;) .. itu syle aku laaa.. sbb prempuan lebih kpda emosi.. ;)
-syafiq zamri-
Tanpa Nama berkata…
@zizie
ada cara die.. ;)
Hana teen top berkata…
wah erleena mesti peminat korea kan?ahaha....tak dpt d sangkal lagi.aku pun mint korea gak..bersetuju ngan pndapat erleena..:)
Tanpa Nama berkata…
tapi kan tak adil kalau lelaki je yang kena faham perempuan.

aku lagi prefer lelaki yang dah lama kenal, yang pernah gaduh-gaduh, yang dah tahu isi dalam hati. melomelo romantik sweet talker, memang bukan taste aku. :)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.