Tentang keseriusan hubungan.

Assalamualaikum.

Fuh! Laaaaaamaaaaaaaaa gilaaaaaaa rasanyaaaaaaa tak update entri kat sini. Nyeynyeynyey. Ya, aku tahu takdak orang yang heran pun aku update ke tak, tapi saje jela nak kabo yang aku bizi menyekolahkan kanak-kanak tak cukup umur kat tuiter nun.

Okay habis mukadimah. Mari teruskan pembacaan dengan perasaan dan emosi yang lebih serius berbanding nyeynyeynyey. Tinggalkan nyeynyeynyey emotion di belakang, on kan mode serious anda sekarang!

Dalam hidup ni, kita akan sampai satu fasa yang kita panggil sebagai looking forward to a marriage. Belum sampai tahap berkawen lagi, tapi ini adalah satu fasa sebelum berkawen. Fasa ini biasanya kita akan mula tercari-cari siapakah yang sudah pun dituliskan namanya bersama kita di Luh Mahfuz oleh Allah. 

Pada fasa ini jugak kita akan didedahkan dengan pelbagai macam pilihan. Ada yang kita berkenan tapi dia tak berkenan kat kita. Ada yang kita tak berkenan tapi dia berkenan kat kita. Ada yang kita tak berkenan dan hekeleh macamlah dia berkenan kat kita. Bajet hotsetap pahal? Nyeynyeynyey. *lempar bola kristal*

Mungkin akan ada yang kata "Eh kau ni dah macam desperado sangat kenapa? Rilek ah. Muda lagi kot." Personally, aku sbnanye tak berapa setuju untuk statement tersebut. Bila kau sembang pasal soal jodoh dan pilihan, bagi aku tak semestinya kau desperate nak pakwe. Dan perlu diperjelas, yang aku cari adalah suami bukan kekasih. Kalau setakat nak pakwe buat stok geli-geli, memang bukan aku la. Plus, sekarang ramai kot yang kawen muda. Muda tak muda, kalau dah ready, apa masalah?

Aku tak peduli kalau orang kata aku muda-muda dah gatal fikir nak kawen. Lebih baik fikirkan tentang menghalalkan hubungan daripada menjadikan hubungan yang haram tu halal ikut kepala kau. Aku nak tanya, yang engkorang bercinta tu stok geli-geli ke stok nak buat laki/bini? Aku fikir kalau nak kawen atau dalam erti kata lain, fikir tentang tanggungjawab yang perlu dipikul selepas bergelar isteri. Aku lebih kenal diri aku. Jadi, aku taknak bercinta sebelum kawen, lagi. Maknanya, aku pernah lalui zaman anti-graviti perasaan disayangi dan dicintai dan aku juga pernah lalui zaman graviti teruk menghenyak bumi.

Bila aku berjumpa dengan seorang lelaki yang cukup serba serbi membuatkan aku berfikir dengan LEBIH serius tentang hubungan dan hala tuju hidup. Sayangnya, mungkin saje dia belum cukup bersedia untuk lebih serius seperti aku. Kemahuan kami sama ; Tak mahu bercinta sebelum kawen. Tapi, cara kami berbeza. Aku menunjukkan keseriusan untuk membina hidup bersama sedangkan dia tidak which actually made me faktab more.

kosong kosong ong ong ong ong gedek gedek

Nasihat aku untuk engkorang yang berada pada fasa yang sama seperti aku, jangan bagi harapan bila kau tahu kau belum bersedia. Kau mungkin tak tahu yang kau sudah pun melukakan hati orang lain. Tapi kalau kau tahu yang kau dah buat orang terluka, kau patut rasa bersalah. PATUT rasa bersalah. Nak-nak lagi kalau pergi tanpa penjelasan. Blergh.

Nasihat aku lagi, kalau mahukan yang baik, jadilah yang baik itu pada diri kita dulu. Ini bukan janji manusia, tapi janji Tuhan. Betul, jodoh sudah pun ditetapkan. Tapi seperti saje rezeki. Kalau betul rezeki kau RM 10 sehari, kenapa kau masih bertungkus lumus untuk menjadikan RM 10 itu, RM 100? Soalnya sebab kau tahu nasib kau, rezeki kau boleh berubah kalau ada usaha dan doa. Sama je konsep dia diguna pakai untuk jodoh. Jangan sombonglah nak mintak pada Tuhan. Bagi ke tak, itu hak Dia. Part kau, mintak.

Aku pernah lalui zaman payahnya rasa nak move on. Tapi, aku tahu aku sudah pun boleh berlapang dada menerima segala yang ditentukan untuk aku. Dan untuk itu, aku hanya akan setia, kasih dan cinta pada insan yang bergelar suami.

Akhir kata, hanya yang terfaktab mengerti hati yang terfaktab. Annyeong~

Ulasan

Wadi AR berkata…
tuhan suka kita mintak pada Dia sampai bila bila
fifie berkata…
kahwin muda banyak manisnya. huhu
AsyieqiN Rkey berkata…
sdg melalui fasa tersebut...

peace..hehe
AkuBukanLelaki berkata…
tadah tangan,mohon doa

itu jer aku mampu
MoonBulan berkata…
Sama,dah janji nk bersama tapi ditinggalkan tanpa penjelasan. Alhamdulillah,skrg dah jumpa future husband yg bebetol,this weekend nak jumpa bincang pasal kawen.
Ryrin Natasha berkata…
entri terbaik.. suka statement "bercinta untuk buat laki/bini bukan geli-geli."
Gadis Kecil berkata…
ohsem sgt entri ni :)

baca sambil senyum senyum .. hihihi
Tanpa Nama berkata…
aku tak rasa langsung nak kawen umor2 26 camni...takdak makna kawen2 ni
cik FIFFY berkata…
@efyfot : selagi boleh dipercepatkan, sila percepatkan. :)
Carroll berkata…
Macam tu lah rasanya terluka dengan harapan.
Kelingking berkata…
ini situasi aku sekarang..aduhai jinbetolar.
shida berkata…
hu3...sy masih mencari2 dan menanti2..huuu
jodoh tu rahsia Allah...:)
~~
moonera moon berkata…
Insyallah.. tengah menjaga diri daripada terlibat dlm hubungan cinta sebelum berkahwin. :) harap Allah akan tolong pelihara sy dan gadis2 diluar sana.. Aaminn..
iman berkata…
Ak juga pernah lalui payahnya zaman nak move on.
::Papepn, hanya yg terfaktab mengerti hati yg terfaktab::

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.