Siri Surat Cinta Pilihan : Surat Untuk Kekasih di Oversea

Mengutus surat bukanlah jalan yang popular lagi dalam percintaan masa kini. Kerana wujudnya medium komunikasi yang mudah seperti panggilan telefon, SMS, e-mel dan live-video telah menyebabkan pengutusan surat di pandang sepi. Kesannya, ramai antara kita sudah tidak pandai mengutus surat walaupun mendapat gred A dalam Bahasa Melayu. Selaras dengan perkembangan ini, kami di Terfaktab akan membantu anda dengan memperkenalkan siri baru iaitu Siri Surat Cinta Pilihan sebagai jalan rujukan untuk di kongsi bagi membantu para pencinta menulis surat yang baik untuk mengharmonikan hubungan percintaan.

Semoga dengan medium alternatif ini, kalian akan mendapat faedah bersama.

..........................................

Surat Cinta Pilihan Minggu Ini.



Mohd Affan Ngasri
9-3-4,
Kondominium Sri Selasih,
Jalan Wilson, Bandar Baru Puchong
53490 Puchong,
Selangor Da Great.


Kehadapan Nurul Hafizah Zainal yang di rindui, semoga awak dalam keadaan kool sentiasa di samping sejuknya musim salji yang melanda Melbourne kini.

Dengar cerita awak kena baling dengan bola salji? Padan muka. Siapa suruh tak pos ekspress bola salji kepada saya? Hehehe.

Pertama-tama sekali, saya cuma nak cakap yang saya betul-betul rindu kat awak sejak awak pergi menggagahkan diri melanjutkan pelajaran ke oversea. Dah berapa lama eh kita berpacaran? Em, maaflah saya tak ingat tarikh lah, setahun setengah kan?, memang saya tak reti ingat tarikh. Tapi, saya sentiasa ingat yang saya cuma ada seorang teman wanita saja iaitu awak. Dulu kini selamanya. Aww, terjiwang plak.

Sejak awak di sana, saya sangat risaukan awak. Namun, berbekalkan baju couple yang awak beri sebelum awak pergi, itulah satu-satunya bahan saya melepas rindu dan risau. Macam mana saya lepaskan, awak jangan fikir bukan-bukan. Erk? Hehe, mestilah saya pakai kalau saya rindu.

Saya betul-betul risau kat awak. Macam mana lah awak nak sesuaikan diri bila musim sejuk? Awak dah lah kuat sendawa. Musim sejuk macam ni memang allergic untuk orang kuat sendawa. Saya harap awak tak lah sendawa depan orang ramai ok? Kalau nak sendawa, tutup mulut sikit bagi sopan. Baru cun, baru lah makwe saya. Hehe.

Apa lagi eh yang saya risau? Oh, hari tu saya ada datang rumah mama awak kat Serdang, saja singgah lagipun memang mama awak ada ajak datang untuk habiskan baki lauk yang tak abes masa kenduri kesyukuran kat rumah awak. Saya memang suka makan, awak faham-faham lah kan? Btw, mama awak ada cakap yang awak akan pergi melawat Gold Coast masa cuti nanti. Mama awak risau kalau ada apa-apa masa awak nak terjun bungee tu. Biasalah, naluri ibu.

Tapi, itu naluri ibu, ni naluri pakwe saya ni lagilah risau. Saya tahu awak ada cakap kat saya di fesbuk nak pergi gold coast tu nak bungee jumping. Saya cuma risau, dengan siapa lah nanti awak pergi. Saya harap awak dapat lah jaga hubungan kita ni. Jangan curang-curang k. Jangan pegang2, biar renggang2 bak lagu 'Kalau Berpacaran' tu. Awak kena layan lagu tu, best. Ingat-ingat lah saya kat sini. Saya janji lepas awak habes belajar, saya akan masuk meminang.

Oh, saya lupa cerita pasal saya pulak. Em, kerja saya kat sini ok jek. Hari tu ada dapat bonus sikit, saya ada beli sesuatu untuk awak taww. Hehe, nanti saya courier kat awak. Tungguu!.

Kawan-kawan saya asyik tanya pasal awak, lagi-lagi yang perempuan. Saya tau diorang jeles sebab saya ada makwe belajar oversea. Hehe, riak pulak. Sorryy. Hehe, sebenarnya diorang pun tak sabar nak jumpa awak, atau maksudnya tak sabar nak rasa nasik minyak. Gatal kan diorang? Kita rilek je, diorang lebih-lebih. Entahapaapaentah.

Hmm, ok lah awak. cukup lah sampai sini pena saya menulis. Tak larat nak tulis panjang-panjang. Nak kata penat menulis cakar ayam, padahal print computer je. Mungkin saya tak reti tulis banyak-banyak sebab saya hanya tau word ni je. Last word saya nak bagitau, I love u so much and really miss u. Muah!

Ubat batuk satu camca,
telan panadol air panas,
kalau dah reti baca,
pandai-pandailah membalas.

Yang Merindui,
Affan Budak Baik

p/s : sori, pantun tak kelakar.

Ulasan

Rebelle berkata…
indah!
cukup indah..
ceghap berkata…
ni apan mana ni? hahaha
Tanpa Nama berkata…
seorang balak yang cool sje mampu buat macam ni
TheBentPencil berkata…
Serdang?

Awat hang orang kedah kaa...

gatai no oghang kedah ni. *cubit*
AlexiaAqram berkata…
@ceghap

apan ke yg tulis? penat aku tulis weh. apan dapat nama. hahaha!

@sha

ye ke?

@the poyo me

serdang kat kedah ke? ang biaq betui.
Amak Kongsi berkata…
serdang bkn kt selangor ke? UPM Serdang... Serdang UPM... begitu sinonim...
The Poyo Me berkata…
Gua trolling la.

gua duk serdang UPM dekat 20 tahun da, sampai mamak tepi SMK Serdang pun kenal apa feveret dish gua.

"nasi ayam cam biasa?"

hahahaha

p.s. Ada satu lagi serdang kat utara. serius.
Burungman berkata…
Lol hahaha surat yang mantap! Teringat aku time otak gila2 dulu, aku ada curi surat dari pendrive sorang kawan aku dulu masa sekolah menengah. How sweet diorang balas surat main pakai pendrive. wahaha
nadia berkata…
awww...sweeet~~reminds me of someone back there in malaysia...we used to sms and e-mail..na call mahal..egypt-malaysia..

tp, skrg ad crisis..he decided to take some time off to think..been dating for three years, though...
Tanpa Nama berkata…
layan gila duhh. kalau lah aku ade awek dekat oversea nih. pehhh. akan ku copy n paste je. then bg kat awek aku. hahaha. serius style !
Tanpa Nama berkata…
sweet giler kot..hehe..:)
yaya salvatore berkata…
nice bro. telah meng share kan di fb :)
Nur Syafiqa Emelia berkata…
sengAL...hahahahah..macam pakwe aku je =.=.. aku selalu dapat ayat cam ni...sejibik cam ni..hahahhaha.. >.<
Dr. Amirah berkata…
pengalaman sendiri..study kat oversea..cik abang every nite bagi mesej sebelum dye tido..hik3..takde nak sekaipnye sebab dye tade lappy..AAAAA tak sabar pula nak balik Malaysia <3
+luvly ada+ berkata…
HAHA

sweet je ,

teringat cousin yg
awek nye d london ,

every day wajib call even though 5 minutes , lame2 mahal ,hemm,bley ckp ape je kan ?

tp , dyorg epy wif that way :)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.