Vappy Valentine Vay

Hai semua.

Aku di sini mewakili seluruh warga kerja Terfaktab ingin mengucapkan Selamat Hari Kekasih kepada seluruh pembaca Terfaktab khususnya Terfaktab-Lovers di seluruh Malaysia dan di luar negara. 

Jika di ingat semula pada Hari Kekasih lepas, kami skuad Terfaktab menganjurkan minggu Single bukan? Malangnya pada bulan Februari ini tidaklah dapat untuk kami mengadakan minggu istimewa kerana seluruh warga kerja sedang gigih menyiapkan karya-karya untuk edisi kedua Kitab Terfaktab yang dijangka akan diterbit pada April nanti.

Sebelum itu, aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas undi-undi yang kalian telah beri pada anugerah Media Social Week 2012 di mana blog Terfaktab ini telah menjadi finalist untuk merebut anugerah Upcoming Blogger Of The Year. Ya, secara tak semena-mena, aku perlu menghadiri summit dan cocktail party bagi menunjukkan komitmen Terfaktab kepada pihak seketariat terutamanya. Tapi, bagus juga. Ada banyak input yang aku dapat dan boleh di aplikasi kepada skuad Terfaktab khususnya. 

Sebenarnya nak cari makwe masa cocktail party. Malangnya, Lisa Suriani jual mahal. Amanda Amani tinggi sangat. Hanie Hidayah dah ada boyfriend, Aida Sue LNJ pula dah kahwin. Gila apa nak rembat bini orang kan?

Apa-apa pun, inilah hari V-Day aku sebagai seorang single. Tak lah teruk sangat rasanya. Sebenarnya, aku tak pernah ambil kisah sangat pasal V-Day sewaktu ada teman wanita dulu. Kalau ada pun pergi dinner makan-makan kat kedai mahal sikit lepas tu balik lah rumah masing-masing. Takdenya nak mengarut-ngarut buat seks lah apa lah. Sebab aku rasa V-Day adalah hari biasa seperti hari-hari lain yang terlalu.... rutin. Jadi, apa jadahnya kalau pergi dinner dengan makwe pada V-Day sampai jatuh haram? Haram jadah kamu.

Ok. aku ingin tegaskan buat mereka yang masih single di luar sana, sama seperti aku. Hari ini V-Day kan? Apa kata kita buat aktiviti dinner ke, makan besar ke, hang-out dengan member-member? Aku rasa itu lagi best. Kan? Jadi, jangan buang masa kamu. Single is not crime. But, I do love crime. Hehe. 

Baiklah, jumpa lagi ya. Aktiviti V-Day aku hari ini ialah menonton wayang. Duduk couple seat dengan member-member lelaki aku, makan pop-corn dan buat gila dalam wayang seperti ketawa berdekah-dekah pada babak sedih misalnya. Peduli apa?

Kalau ada orang kata aku gay, aku peduli apa, pergi jahanam.

Ulasan

Zaidi berkata…
Org Muslim haram sambut V-Day daaa.. Baik buang je entri ni.
Tanpa Nama berkata…
buang je
Ayu berkata…
kita ada 365 hari utk berkasih-syg...takyah tggu 14.2. :)
fi berkata…
untuk org mcm aku, sambut hari kekasih bersama kekasih aku iaitu 'assignment'
Tanpa Nama berkata…
hahahaa..bg aku, setiap hari, hari kasih syg...bukan ngan pakwe or makwe je...ngan family, member2...lgi2 weekend...memg masa melepak bersama member..meluangkan masa dgn family tersyg...hihihii.. =P
Unknown berkata…
v-day..oo...ari ni ek..lupa tarikh daa..
V-day = Hari submit assignment
Tanpa Nama berkata…
Amende ko ni,nak sambut hari kejatuhan islam amende
Tanpa Nama berkata…
Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2
laskar pelangi berkata…
tak perlu nak sambut Vday sebenarnya.setiap hari adalah hari berkasih sayang.
Cikya berkata…
hahaha, double A aka AA.

dang. terasa nak cilok satu quote kat bawah tang ketawa berdekah waktu scene sedih dalam wayang.
itu kauorang punya kerja lah ya!!
*garang*

nasib Aii tengok wayang 2 kali jer, satu raya tak jadi, dua avengers.

tapi agak fed up lar bila orang belakang gelak macam bisik tepi telinga.

*pecut cari dvd movie baru kat kedai*

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.