Sarka Valentino


Salma mengerling jamnya. Sudah lapan pagi. Ah, hari selasa. Tak ada kelas. Dia berguling kembali memeluk bolster. Cuba melelapkan mata. Tidak berjaya, lalu bangun dan bergerak ke ruang tamu.
Dibukanya sepeket roti yang tertinggal di atas kusyen semalam, sambil TV dibuka menggunakan remote controlnya. Beberapa iklan dimainkan, berselang seli.

“Raikan Hari Kekasih ini dengan himpunan filem-filem hebat khas untuk anda; sepuluh pagi—filem P.S.I Love You, dua belas tengah hari, filem Five Hundred Days of Summer, sembilan malam filem Sweet....”
Salma menutup kembali TV itu, kali ini hanya dengan kaki yang dilunjurkan ke butang Off di TV. Dia pandang ke atas, tarik nafas panjang dan berjalan longlai ke pintu rumah. Oh, ada surat khabar Harian Meat Roll. Tarikh hari ini.

“Aku beli tu, jangan nak memandai buat harta,” kata satu suara dari dapur. Farha rupanya. Sedang memasak telur scramble untuk dimakan bersama roti agaknya. Salma senyum. Boleh minta sikit, lapar ni.

“Farha, nak sikit...” Salma datang dari belakang dengan terkekeh-kekeh. Kemudian dia mengangkat tangan, lalu menguis sedikit telur itu dengan jari.

“Tak boleh! Duk jauh-jauh. Bawa suratkahbar tu sekali. Nanti rosak tak sempat aku baca.” Ditolaknya Salma keluar, lalu dia duduk kembali depan TV dengan surat khabar tadi. Tak apalah, tak dapat santapan pagi, santapan minda pun jadilah.

Diselaknya satu-satu halaman surat khabar itu. Berita Najib di muka satu, penafian Anwar di muka lima, kisah anak digilis lori di muka sepuluh, muka Dr Roshimy di muka sebelas, tiga belas dan seterusnya, dan berpuluh-puluh iklan dan kupon tawaran lunch. Matanya tetangkap dengan rona merah jambu di satu muka surat.

“Hari ini hari kekasih di Basket Robbins! Datang dengan pasangan serta berbaju couple, anda akan mendapat satu skup aiskrim percuma!”

Salma selak lagi muka surat.

“Sushi couple, hanya di Sushi Queen! Sushi khas berbantuk love serta disirami biji sesame, rasanya lebih inzal dari lovebite! Harga istimewa hari kekasih.”

“Wisconsin Fried Chicken menawarkan set nuget berbentuk hati berserta thousand island merah jambu dan hirisan tomato ceri berbentuk ros, untuk sajian dua orang. Cepat dapatkannya, hanya eksklusif minggu ini sahaja!”

Terliur melihat iklan makanan, Salma mengajak. “Jom, Farha, kita pergi makan; aku dan kau”.

“Kau gila? Tengah bulan begini, manakan aku ada duit!” itu saja balasannya, pendek.

Salma menyelak lagi surat khabar. Couple shirt, couple shoes, couple watch, malah percutian couple pun ada. Semuanya pada harga istimewa. Semuanya untuk hari istimewa. Semuanya untuk yang teristimewa. Ah, malaslah. Dia melempar surat khabar itu ke tepi, dan mencapai laptopnya. Alang-alang tak ada kelas hari ini baiklah buka hard disk dan layan satu dua season Dexter. Farha yang sudah selesai memasak, datang dan duduk di sebelah dengan membawa roti telur.

“Apa awak tengok tu...nak join,” pohon Farha.

“Ahh, tadi kedekut,” tempelak Salma sambil menutup skrin dengan dua tangan.

“Hek eleh, dah baca surat khabar kita habis, kita nak tengok movie dia, tak boleh pula,” cebik Farha sambil menarik tangannya. Sambil mereka bertepuk tampar sesama sendiri, rakan serumah mereka Reikha keluar bilik sambil memakai anting-anting.

“Amboi, terkejar-kejar...nak ke mana tu Reikha? Jumpa pakwe?” Salma ketawa mengekek.

“Ikha mana ada pakwe Sal. Erm, Ikha pun tak tahulah nak ke mana hari ni. Tiga orang lelaki ajak Ikha Valentine. Ikha tak tahulah nak pilih mana satu. Ikha nak pergi Coffee Bing makan cheesecake dulu, sambil tu Ikha decide dengan siapa Ikha nak celebrate...” panjang Reikha menerangkan. Sambil itu Salma mengangkat kening manakala Farha pula membuat muka simpati sambil menggeleng.

“Awak ni Ikha, mangsa konsumerisme. Valentine’s Day ni hanya alasan untuk pembuat kad ucapan, teddybear, dan bunga mengaut untung. Buat benda yang ada tema love-love, dan jual dua kali ganda harga asal. Hanya dicipta supaya kita boleh membeli dan mereka boleh untung,” Salma menerangkan panjang lebar. Reikha membetulkan skirtnya sambil menggosok rambutnya yang sedikit bergulung.

“Yalah, lagipun perayaan ini bukankah haram. Valentine itu pun nama saint paderi Kristian. Kita nak raikan amalan agama orang lain ke? Tambah lagi dengan disogok pegang-pengang tangan orang bukan muhrim, berdua-duaan di tempat sunyi, dan membawa kepada zina. Awak tahukan Ikha, kes mengandung anak luar nikah dan membuang bayi semakin meningkat di Malaysia. Kerana apa lagi kalau bukan budaya kebaratan macam ini...”

Reikha mengeluarkan kasutnya daripada kotak di tepi pintu. Kancingnya dibuka dan kaki disarungkan.
“Ah, awak semua. Bercakap berdegar-degar. Jujurlah, awak semua ni bencikan Valentine kerana konsumerisma dan agama....atau kerana awak tiada pasangan untuk diraikan?”

Reikha mengambil kuncinya di muka pintu lalu melangkah keluar. Pada langkah kedua dia berhenti, lalu berpaling.

“Ah, bukan aku tak tahu kau...dulu kau sepertiku juga.”

Ulasan

Cob Nobbler berkata…
Nice one Pensel Bengkok!

Never fail to celebrate V-Day - when I'm single or in a relationship.
Pengejar Bintang berkata…
McRonald dengan Pizza Bungalow takde?
kahkahkah!
Zaidi berkata…
Benci V-Day sebab single? Sempit sungguh jika itulah maksud penulis untuk entri ni.

Cukup2 la buat post2 yg berkaitan dgn Valentine.

Kpd umat2 Islam yg tidak bercouple(declare 'berpasangan' tanpa ikatan sah), TAHNIAH! Anda berjaya menguatkan hati & diri dari termasuk ke dlm golongan yg mendekati zina. :)
Cob Nobbler berkata…
Zaidi:karang kalau cakap bangang, sakit hati.

Ingat V-Day hari nak mengentot je ke?
V-Day hari merayakan cinta - bukan couple je, suami isteri, ibu ayah, semua meraikannya.

Tahniah mende, accept the fact yang kau seorang forever alone yang sour grape sebab kau tak dapat apa yang kau nak. Tak dapat anggur masam katanya.

In before, kau yang sempitkan definisi V-Day ni.

Kalau nak berzina dan bersenggama tak payah tunggu V-Day lah, hari2 lain pun bolehlah.

Fuhhh bila tiba V-Day ramai sungguh "nabi jadian" ni timbul seolah-olah mereka baru turun dari langit.
Cob Nobbler berkata…
Agak-agak bilalah "nabi jadian" ni nak bercakap tentang haram gunakan kereta kerana mencemarkan alam disamping ia dicipta oleh paderi Jesuit Belgium? Bila lagi nak kata haram penggunaan nuklear sebab seorang atheist yang cipta? Bila lagi nak kata haram ada Facebook sebab ia dicipta oleh seorang Yahudi atheist?

If you can't pick a date for today, or any day, just accept the fact and go find it. Rather than banning this or banning that.

Kalau tak suka topik pasal V-Day, di penghujung window sebelah kanan ada button "x". Sila tekan. Tak payah jadi "nabi jadian" di sini.

Cheers.
Tanpa Nama berkata…
Read between the lines, zaidi.
-bentpencil
Zaidi berkata…
Cob Nobbler, hensem sangat la tu gelarkan org lain yg nak mengingatkan kamu sebagai 'nabi jadian'.

Camni la. Kerja org kafir makin senang sekarang sbb tugas sebarkan 'KEINDAHAN' Valentine's Day dilaksanakan org mereka2 yg mengaku dirinya Muslim.

JANGAN HARAP seseorang yg diberi peluang utk menegur, senang2 nak tekan X & abaikan suadara semuslim mereka menyebarkan fahaman2 bukan Islam yg pada anda acceptable utk anda & rakan2 anda.
Cob Nobbler berkata…
I sense pendarahan anus here....

Zaidi, why not you start bercakap pasal rasuah, polis pau pemandu kereta, bomba tipu spesifikasi keselamatan, tentera ambil wang billion-billion ambil duit kapal selam....

ah....this is not a political blog. but this is not a religious blog either. this is love blog.

so stay out from here because I don't have interest to discuss with "self-elected prophet" like you.

Muncul timbul masa Valentine's Day je. Nak tunggu timbul lagi masa April Fool nanti. Tengoklah. You're just bandwagon from the issue, pal.
nur berkata…
nice sngt2 entry nie :)
Tanpa Nama berkata…
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=J8vL1XG4vMc#!

memang tak payah tunggu hari lain pun couple couple tu nak buat dosa. tapi isu dia; hukum sambut V-day tu sendiri.
Aku bukan nabi jadian atau baik sangat. Cuma a friendly reminder.
Tujuan aku comment- pasal hukum sambut. bukan sbb zina ke apa ke. Mcm Cob Nobbler cakap, tak semestinya V-day je diorang buat benda alah semua tu.

Btw, takde intention nak carik pasal. I have nothing against anyone or this post, cuma aku terbaca conversation Zaidi and Cob Nobbler. Peace out.

p/s; masing masing dah besar boleh fikir pakai kepala sendiri. Kalau kita bertelagah mcm ni pun tkde guna. Setiap orang ada different point of view. Tak selesai masalah apa pun kalau bertelagah mcm ni.
Cob Nobbler berkata…
Huaarrgghhhh believe me it's a season in the sun
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zaidi berkata…
"ah....this is not a political blog. but this is not a religious blog either. this is love blog."

Inilah kejayaan TERBESAR org kafir sebenarnya, org Islam sendiri dah pisahkan agama dari life, love politics etc. Bila saya kaitkan satu isu dgn nilai Islam, mula la.. beri alasan spt kata Cob Nobbler.

Disebabkan Islam tu bkn lagi way of life la, berlaku rasuah, polis pau pemandu kereta, bomba tipu spesifikasi keselamatan, tentera ambil wang billion-billion ambil duit kapal selam dlllll . You name it.

Saya tak paksa anda berubah this instant. As a Muslim, masih ada yg tak tahu kewajipan kita ingat mengingati walaupun bakal dpt tentangan hebat. So, yeah. Step by step.
Tanpa Nama berkata…
Ok,aku nk tanye..tau tak amende v day sebenarnya..v-day tu hari kejatuhan islam tahu..orang islam yang bangang adalah orang yang meraikan hari kejatuhan agamanya sendiri..
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zaidi berkata…
Firdaus, kau MARAH dgn sesiapa yg 'berpesan2'- kau gelarkan kumpulan ni as 'pompang pompang pasal agama vs v-day'. Ya rabbi, SALAH ke? Walaupun AKU belum berkesempatan membantu SEMUA yg susah tu(list2 tu), SALAH ke aku beritahu kat sini- DO NOT PROMOTE V-Day? Hancur lebur ke hidup anda atau manusia2 yg kau sebutkan tadi dgn tiadanya V-day?

Adakah maksud anda- AKU & agamawan, para2 umat Islam yg sedar ni perlu bantu SEMUA org2 susah/cetek dlm list kau tu, BARULAH kitorang dibenarkan berpesan2?

Request asal aku simple, NO MORE VALENTINE POSTS. Aku tak sampai pun meminta2 korang karangkan entri khas mengaitkan cinta & kasih sayang dgn Maulidur Rasul yg selang beberapa hari je dgn V-Day. Simple & mudah seperti Islam itu sendiri.
ellie berkata…
I think this is a good entry dan Aku x nmpk pun yg entri ni promote v-day or whatsoever.
Cob Nobbler berkata…
Zaidi,

Kejayaan orang kafir paling besar ialah mencipta komputer dan internet supaya manusia Islam seperti awak, dapat rant kat blog yang tak sehaluan dengan awak.

Itulah kejayaan yang sebenar.

Accept it, pakai kereta pun kafir cipta, pakai komputer pun kafir cipta, pakai handphone pun kafir cipta, pakai kasut pun kafir yang cipta.

None of your life datang dari ciptaan orang Islam, am I right?

Tahu tak kejayaan paling terbesar orang kafir ke atas diri awak sendiri, Zaidi?

Orang kafir berjaya make a lots of dough, and people - including Muslims don't give a shit about you. Admit it, you're getting bitter because semua orang dah tunjuk jari tengah dalam golongan macam awak.

As for me, simple. Saya meraikan kepelbagaian. Saya percaya Zaidi pun turut bercuti pada hari Christmas, pada hari Deepavali dan pada Hari Wesak. Itu kejayaan orang kafir, dan saya rasa tak payahlah nak rebel sangat - sebab anda sendiri tahu yang anda sudah tewas.

Jangan persoal orang lain, tanya diri sendiri. Berapa peratuskah kehidupan anda dibantu oleh orang kafir.

Come on, perlu ke saya beritahu yang beras yang awak makan tu pun datang dari Thailand yang terang-terang kafir?

Raikan kepelbagaian. Memetik kata-kata Carl Sagan, "semua kebudayaan, ugama, teknologi, ketamadunan berada di titik biru pudar ini."

Mungkin perlu ada seekor alien untuk turun ke bumi untuk kau tanya apa ugamanya. Kalau dia mungkin menyembah Yoda of Jedi, I rest my case.
Zaidi berkata…
lol, Cob. Kelakar la kau ni. Ada ke aku suruh kau memusuhi org kafir & boikot teknologi ciptaan2 diorang? Yg paling sedih kau anggap org Islam TAKDE menyumbang apa2 kpd life kau & aku. Sangat mendukacitakan. Sori la, aku TAK ACCEPT pemahaman kau ni terhadap org Islam.

Pehal pun, aku dh suarakan apa yg perlu, Muslim don't need any Valentines related posts.
wan berkata…
aku tahu blog ni tentang bercinta..tapi kene jugak ambil tahu pasal agama..even thou korang meraikan v-day dengan borak-borak,tengok wayang dengan awek dan tak buat apa yang maksiat..yes,definately tak salah,memang tak salah..tapi korang tahu tak erti sebenar hari v-day itu..v-day adalah hari kejatuhan ISLAM,aku repeat,hari kejatuhan ISLAM..so bangang ape kalau seorang muslim meraikan hari kejatuhan agama dia sendiri..tolongla adik-adik oi..kok ye pun nak tulis pasal bercinta bercintun..janganle jahil pasal agama..memalukan diri sendiri tahu
Abu berkata…
zaidi,aku sokong 100% dengan pendapat kau..
ini bukan soal jealous pasal xde pasangan nk sambut v-day tu..
ini soal agama,v-day tu sendiri dh name seorang paderi kristian lagi mau sambut2 buat ape?..
orang islam xde menyubang ape2?
kenal tak al-farabi,inbu sina?
Cob Nobbler berkata…
Abu, Ibnu Farabi and Ibnu Sina are secularist.

Umar Khayyam pernah berkata,

"kalau susu masam halal, kenapa wain jernih haram".

Dah banyak kena tipu dah korang ni.
Cob Nobbler berkata…
Abu, I know Ibnu Sina and Umar Khayyam more than you ever do. They are the secularist. Mereka yang membawa aliran sekularisme yang dibawa Eropah untuk Renaissance.

Jangan jadi bebal. Kalau kau ikut Ibnu Sina, Ibnu Battuta - takkan sampai sekarang kau stuck kat sini je? Mana pergi pencarian ilmu sains kau? Cari herba penguat konek?

Haha - actually djaman ketamadunan Timur Tengah (as I prefer to call) sebenarnya musnah dihancurkan oleh tentera Mongol masa Gengkhis Khan conquest sekitar 1200M dan semua bahan buku, tulisan Ibnu Sina, Batutta semua habis dibakar di Kota Baghdad. Siapa yang selamatkan sebahagian lagi tulisan mereka ini semua kalau bukan orang Eropah yang kau panggil kafir ni?

Dulu, sebelum apa yang berlaku sekarang ni - Eropah terbalik dengan Timur Tengah. Dulu Eropah ni - konservatif macam hangpa, sikit-sikit gunakan ugama. Apa benda pun nak guna ugama. Sementara itu Timur Tengah - sebuah kawasan sekular - sampai alkohol pun dicipta di dalam tamadun ini.

Lain kali baca, iqrak! Jangan jadi burung belatuk. Jangan jadi burung kakak tua. Zaidi dan Abu ini hanya memalukan umat Islam sebab benda kecik nak dikecohkan, tapi benda besar macam rasuah, kemiskinan - tak ambik pot.
Tanpa Nama berkata…
Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2
Zaidi berkata…
Heh.. terpaksa panjang lak kali ni, memandangkan makin marah sorang umat tu.

"memalukan umat Islam sebab benda kecik nak dikecohkan, tapi benda besar macam rasuah, kemiskinan - tak ambik pot"

Aku tak pasti kenapa kau emosi bebenor. Aku baru perasan reply kau yg pertama "Never fail to celebrate V-Day - when I'm single or in a relationship." Sbb ni ke?

Relax, brader. Kau rasa macam TERHUKUM ke bila aku menulis balik? Sampai senang2 anggap kitorang tak peduli 'the bigger issues(rasuah, kemiskinan dll)'? Heheh.. suka hati je kau yek?

Bila dah ramai umat islam Malaysia yg makin sedar akan 'haram'nya Valentines Day, aku tak rasa apa rasionalnya seseorang individu Islam berusaha utk revive atau 'hidupkan' the spirit of V-Day. Simple, takde aku hukum kau ke apa2. Ni kau dah terlebih emosi, siap SALAHKAN SEMUA org ISlam yg lain. Adeh...

"Dulu Eropah ni - konservatif macam hangpa, sikit-sikit gunakan ugama. Apa benda pun nak guna ugama. Sementara itu Timur Tengah - sebuah kawasan sekular"

Dude, as a MUSLIM, EVERYTHING you do is ABOUT ISLAM bukan agama. 'Agama' ialah satu istilah yg dicipta sekadar utk bezakan aktiviti ibadat(sembahyang, kahwin dll) dgn dgn agama2 lain. Agama lain ialah ciptaan manusia. ISLAM dari ALLAH. Rasul2 diturunkan utk remind kita, kita semua akan KEMBALI kpd ALLAH.

Daripada kau terus menerus nak berhujah nak samakan ISLAM dgn pegangan AGAMA lain, please IQRA' juga ya? Err.. kau ni ISLAM kan? Takut bebenar kau dgn ISLAM itu sendiri ye? Seolah2 Islam menghadkan & menghancurkan hidup kau.

So, cukup2 la burukkan Islam & those nak defend the beauty of Islam. Pelik betul kau lebih suka kaitkan org Islam dgn rasuah, penguat konek dll. Serious, NOW you need help. Don't BLAME ISLAM, penganutnya yg MENOLAK utk CINTAKAN ISLAM. Please stop HATING Islam because of sebilangan penganutnya yg lemah.

"Siapa yang selamatkan sebahagian lagi tulisan mereka ini semua kalau bukan orang Eropah yang kau panggil kafir ni?"
Yo, aku ULANG lagi sekali. Nobody's asking you to HATE atau bermusuh dgn org kafir. Cuma tolak AMALAN agama mereka. Payah eh?
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zaidi berkata…
Firdaus, berdegar2 ke? Hehee.. well, HONESTLY, aku tak kejar kemenangan. Dari mula lagi, tiada paksaan di sini. Mcm kata Tanpa Nama, its just a friendly reminder among Muslims.

And let say suatu ketika dahulu, aku pun seperti kau & Cob, so what? Takde halnyer..

Anyway, kalau korang nak bincang apa2, aku rasa lagi elok secara private dari degar2 kat sini ek? Ni valid email aku - zaidi@hushmail.com . Boleh sambung kat situ, jika perlu. :-)
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
TheBentPencil berkata…
God..

you people...

this is a cerpen. =_='
Redhzuan Indera berkata…
assalamualaikum saudara ZAIDI, saya sambut hari kekasih. = ) . sama macam saya sambut hari pekerja . sama macam ayah saya sambut hari buruh . sama macam mak saya sambut hari guru .

setiap apa yang kita buat bermula dengan niat . bukan niat kami sambut v-day untuk meraikan kejatuhan Islam. tak sama sekali .

fikir menggunakan akal . kenapa perlu ada hari guru? untuk menghargai jasa guru. kenapa perlu ada hari pekerja? untuk menghargai jasa pekerja. dan kenapa perlu ada hari kekasih ? untuk menghargai kekasih(mak,ayah,isteri,kawan,keluarga,pasangang) kita. kena faham saudara zaidi. kita tak boleh sekadar menghukum orang lain dengan fahaman kita sendiri.

terima kasih. assalamualaikum
Redhzuan Indera berkata…
@Zaidiassalamualaikum saudara ZAIDI, saya sambut hari kekasih. = ) . sama macam saya sambut hari pekerja . sama macam ayah saya sambut hari buruh . sama macam mak saya sambut hari guru .

setiap apa yang kita buat bermula dengan niat . bukan niat kami sambut v-day untuk meraikan kejatuhan Islam. tak sama sekali .

fikir menggunakan akal . kenapa perlu ada hari guru? untuk menghargai jasa guru. kenapa perlu ada hari pekerja? untuk menghargai jasa pekerja. dan kenapa perlu ada hari kekasih ? untuk menghargai kekasih(mak,ayah,isteri,kawan,keluarga,pasangang) kita. kena faham saudara zaidi. kita tak boleh sekadar menghukum orang lain dengan fahaman kita sendiri.

terima kasih. assalamualaikum
Zaidi berkata…
@firdaus.9898, cool, thanks!!!

@Redhzuan Indera, spt ditulis sblm ni, peringatan yg diberi bkn utk menghukum 'sekadar fahaman sendiri', tapi utk difikir & dinilai dr pelbagai sudut sebagai seorang Muslim. Saya decide utk tidak ulas lbh panjang krn dikhuatiri ada yg makin 'terasa'. Tq.
RastaMat berkata…
Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2

Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2

Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2

Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2

Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2

Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2

kahkahkahkahkah!!!!!
Tanpa Nama berkata…
Aku rasa skuad korg ni masih belum matang dalam penulisan blog lagi...
Pandangan dan usaha korg dalam hal Valentine Day pun tak selari dengan kehendak majoriti org ramai.kalau korg ni bijak hal2 valentine ni sebenarnya tak perlu korg wish pun.Jangan emosi cube pk secara positif utk kemajuan blog ni lagi.Cari kebenaran dr kenyataan ni.Selamat2.
Tanpa Nama berkata…
Cob Nobbler ko ni jahil lagi bodoh la

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.