Perempuan Dan Tangan Kaki Pukul.
Harian Metro: Pelakon dipukul suami
KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.
Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami.
Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3.
“Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. “Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007.
Menurut sumber, pelakon itu dipukul suami sebaik tiba di rumah.
“Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri.
“Bagaimanapun, suaminya menarik baju mangsa sebelum menghentak kepala di almari menyebabkan pelakon terbabit jatuh,” katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu.
“Suami mangsa yang melihat isterinya itu mengalami kesukaran bernafas berhenti berbuat demikian dan kesempatan itu diambil pelakon terbabit keluar dari rumah bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun,” katanya.
Katanya, pelakon berkenaan membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya dan difahamkan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Aku pernah berbual dengan @FaridzRidzwan berkenaan dengan Ombak Rindu. Kenapa filem ini mencecah RM10 juta dan masyarakat Melayu amat menggemarinya. Kenapa filem seperti ini cukup laku dengan masyarakat Melayu?
Entah, melihat kepada imej visual, pelakon seperti Maya Karin dan Aaron Aziz, kot? Atau mungkin peminat-peminat Lisa Sughihani nak menonton filem-filem terakhirnya sebelum dia menjadi isteri orang, entah. Sebab dalam seumur hidup aku, aku cuma menonton filem Melayu moden - Kami oleh Sudirman jadi Tookoo, Papadom Afdlin Shauki, dan juga filem Setem, juga Afdlin Shauki. Ada filem yang aku consider bagus - macam Songlap, tapi bila aku dah sampai panggung wayang - Songlap sudah lesap, atau jadual tidak kena waktu. Sayang.
Anyway, kawan aku fikir satu benda yang sebenarnya subconscious kita tidak sedar - wanita Asia memang suka dikawal oleh lelaki. Aku tak tengok cerita Ombak Rindu, tetapi berdasarkan cerita dari kawan aku - watak Izzah itu memang benar-benar dikuasai sepenuhnya oleh lelaki, satu imej visual yang memang disukai oleh lelaki Asia. Simbol keegoan dan simbol kekuatan lelaki dengan otot-otot stoic dan perkasa, membelasah dan memukul wanita yang sedia lembut dan lemah. Tapi malangnya, bukan lelaki je yang suka imej visual ini, tapi perempuan pun ramai yang suka imej ini. Perempuan itu lemah jadi lelaki perlu melindunginya, gitu?
Actually aku pernah ditegur Ez - tentang statement "lelaki kena lindungi wanita" - dia kata siapa yang buat statement itu, dia seorang yang misogynist (anti perempuan). Statement suami kena lindungi isteri adalah misogynist, kenapa? Kenapa nak lindungi isteri sedangkan sepatutnya yang paling penting ialah memperkuatkan isteri itu sendiri? Ayat "melindungi" itu seolah-olah menunjukkan perempuan itu lemah dan tak boleh buat apa kalau tak ada lelaki yang melindunginya.
Tapi bila aku against "koc wanita", perempuan pula tuduh aku seorang misogynist (in fact aku rasa aku lebih feminist dari kebanyakan wanita Meleis), sebab "koc wanita" melindungi wanita. See, that word, "melindungi". Bagi aku, kenapa "melindungi" kalau kita boleh "memperkuatkan" wanita?
Nah, dari sini imej visual Ombak Rindu ini menampakkan segalanya. Wanita di sini sebenarnya lebih suka dikawal lelaki. Keputusan semuanya diserahkan kepada lelaki. Lelaki decide nak beli rumah kat mana, lelaki decide nak makan apa, lelaki decide nak kerja ke tak kerja - itulah perempuan Asia punya pemikiran.
Dalam hubungan aku dengan girlfriend aku - bukan aku tak suka buat keputusan - tapi kalau aku buat keputusan, alamatnya satu hape takkan buat. Sebab 1) aku skizo mental aku tak stabil 2) aku mempunyai memori yang lemah - nombor I/C pun aku tak boleh ingat, sebab tu aku prefer untuk girlfriend aku yang decide, atau at least, berbincang bersama.
Tetapi seperti @FaridzRidzwan kata kepada aku, aku bakal menghadapi masalah jika aku tak boleh buat keputusan untuk perempuan. Ini kerana - perempuan Asia - yang kebanyakan budaya, ugama, adat dan undang-undang bersifat patriachy - akan menganggap aku ini tak reti buat keputusan. Tapi aku, seorang yang menganut kepercayaan "wanita lebih kuat dari lelaki - sebab itu wanita yang lahirkan semua bayi termasuk lelaki", aku rasa sepatutnya kuasa "membuat keputusan itu diserahkan kepada wanita".
Ini ada beberapa sebab kenapa aku rasa "wanita lebih kuat dari lelaki"
-wanita lahirkan lelaki dan wanita lahirkan wanita.
-jangka hayat wanita seluruhnya purata berusia 76 tahun, sedangkan lelaki hanya 72 tahun.
-lebih banyak bayi lelaki mati dari wanita sebelum mencecah usia 2 tahun.
-IQ wanita lebih tinggi dari lelaki(ini fakta sains, bukan statement 9 nafsu 1 akal whatever)
-Apabila usia tua otot dan rambut lelaki lebih cepat rosak dari wanita
Sebab tu bila Hillary Clinton nak jadi Presiden dulu, aku sokong sebab aku rasa, bila wanita memimpin dunia - dunia tidak berminat lagi untuk berperang. Ini kerana lelaki, kerana IQ mereka yang rendah - lebih suka bergaduh daripada mencari damai. Well, kecuali wanita bodoh yang kerja gaduh tarik tudung tarik rambut. Itu bodoh.
Jadi, bila aku fikir macam ni, aku jadi hairan kenapa perempuan tak boleh melawan balik dengan lelaki scumbag macam contoh di atas ni? Apakah perempuan tidak pernah ada daya untuk melawan balik - atau mereka diajar untuk tidak melawan?
Here's my style in relationship. Bila ada sesuatu masalah berlaku dalam perhubungan, aku lebih suka perempuan yang serang aku, sebab aku percaya - bila wanita lebih dominan dari lelaki - masalah boleh diselesaikan dengan mudah. Believe me, masa couple dengan Ez, pernah kena baling botol nescafe, pernah kena terajang, pernah makan penampar, tarik kolar, semuanya - dan aku tak melawan - sebab aku rasa ego is waste of time. Aku tau most of guys akan panggil aku bacul - tapi bagi aku melempang perempuan dan memukul perempuan lagi bacul dari kau biar je tak melawan, gitu.
Dalam hubungan aku dengan Erica, dia lagi banyak suruh aku buat ini buat itu - sebab kalau aku sendiri nak buat alamatnya memang takkan buat. Sebab tu bila dia buat macam tu, although some might say macam queen control - tapi aku suka, sebab dengan cara itu aku akan lebih organized.
Jadi, aku rasa dalam satu hal - lelaki, yang biasanya minta couple dengan perempuan. Masa mula-mula mintak couple dulu, punya lembut, punya baik, punya bodek. Tak boleh ke lembut, baik dan bodek tu kau terus kekalkan sampai ke akhir nyawa? Kenapa bila once kau dah dapat - kau nak control segala-galanya dalam hidup dia? Apa kau ingat awek/bini kau apa? Kereta control?
Jadi, dalam orang "Timur" sering berkata "budaya Barat ni buruk dan teruk, dan bercanggah dengan ugama dan adat" (aku tak percaya dengan konotasi Timur dan Barat by the way - berenang dari Barat California ke arah barat eventually akan tiba di Timur China juga) - sebenarnya sama je dengan conservative Texan rednecks yang banyak mendera wanita. Ini bukan isu Asia atau Amerika atau Eropah, ini isu sejagat. Aku boleh katakan "busted" jugalah kepada member aku ni yang kata "wanita Asia lebih suka dikawal", sebab di Asia jugalah ada adat Perpatih, dan di Amerika jugalah si redneck Stone Cold Steve Austin menstunner bininya Debra. It's not about geographical issues. It's about conservatism.
Aku rasa negara seperti Arab Saudi dan Iran, lebih banyak mendera wanita dari Finland atau Norway - which lead to my question, kenapa?
In b4 - serbanistas boleh cari surah mana yang mengatakan suami boleh pelangkung isteri dan perempuan tak boleh bawak kereta.
p/s:Kemajuan sesuatu bangsa itu boleh diukur dengan bagaimana bangsa itu melayan kaum wanitanya - Karl Marx.
Ulasan
That is the best advice ever. My lecturer who's a guy said almost the same thing as well. My other lecturer lagi best, dia cakap once a guy hit you, grab something and hit him back.
I never like controlling people in relationships. Relationship and marriage is not about who's the master and who's the servant. It's about making the marriage/relationship work as a team.
Leave your husband. He's a douche. I know that it's not right to judge but since he beat you and strangled you, his acts justify my words.
Sincerely,
Me
And, honour killing. Man! It's just wrong. Really wrong. Nak minta cerai pun nak bunuh? Dah lah suami abusive. Keluarga perempuan tu pergi bunuh dia apasal? The one who brings shame to the family is the man who abused his wife!!!
As I said, mereka lebih berminat jadi "nabi jadian" dan tak keterlaluan menjadi "Tuhan" untuk tell off people apa yang boleh dan apa yang tak boleh...
Isu keganasan wanita mereka tak ambik pot pong...
Senang cerita, cakap je lah "ikut je kata-kata aku kalau nak masuk syurga, kata-kata aku ini mewakili surah suci..."
kahkahkah!
Barangkali mereka sendiri tak berminat nak membela wanita, sebab tu buli entry Bent Pencil kahkahkah!
MINDSET kau ialah those yg berpesan2 sesama Muslim ialah org berlagak suci & 'tell off people apa yang boleh dan apa yang tak boleh'. Aku tak boleh ubah mindset & assumption kau bertaraf ekstrim ni. Lagi aku proceed, lagi emosi kau.
So, simple reply utk Cob(bkn penulis entri), Arab Saudi dan Iran banyak penganut Islam tapi negara2 tu TAK PUN mewakili nilai Islam. So its NOT ISLAM's fault, benda2 buruk(keganasan wanita, rasuah etc) camni berlaku. Ni sekadar nak tenangkan kau dari marah2 kat 'pejuang' Islam.
I tak suka Ombak Rindu & novel2 cinta Melayu. Menggambarkan masyarakat Melayu bodoh sangat2.
http://www.comicsalliance.com/2012/02/16/liv-stromquist-whitney-houston-comic-domestic-abuse/
Ok saya dah letak ni dalam entri nami, jadi saya letak kat sini gak. sila2 baca. kehkeh
Kejahatn dan keburukan itu datang dari manusia sendiri. Bukan Islam.
Islam is perfect, not the people.
ish, ade ke patut kate " itulah perempuan Asia punya pemikiran. "
ingat, X semua same ye :) Most of them lah yg mcmtu, bukan semua perempuan asia.
http://www.blogkencang.com/2012/04/kenali-puak-puak-kecil-dalam-kaum.html