Ai Lep Yu, Yu Pay.

Ah, dah lama tak menulis *regang-regangkan jari*. Ye la maklumlah sibuk naik London turun Paris kan. Kejap-kejap orang kat Milan panggil, kejap-kejap orang kat Amsterdam buzz. Lepas tu kene berulang-alik Bandung-Surabaya-Jakarta jumpa klien-klien, nak duduk menulis pun payah. Eh tipu je lah. Saja je tulis gaya Abang Borhan. Mana tahu jap lagi penuh inbox FB dengan ayat-ayat mengorat para peminat. Hihi.

Ok berbalik kepada isu utama, ni terfikir-fikir juga la. Fasal hantaran. Maskahwin. Ala, time single la kena pikiaq. Kan nanti dah kahwin buat apa nak pikiaq lagi, nasi sudah menjadi congee.  Kalau jadi kari, makan dengan congee pun tak inzal lagi.
Ada ke orang makan congee inzal? <gambar dari sini>

Haa! Nah, ramai sangat lelaki sekarang merungut fasal harga tinggi. 5-6k tak pa lagi (kalau dah kerja la, kalau Boxer pun rembat rumet pastu pakai sampai rabak jangan la memandai nak meminang); tapi kalau dekat 20k 30k parah jugak nak mencari. Nak suruh tunggu lagi lima tahun kang panas hati si bakal mentua. Mapuh anak dara orang korang simpan lama-lama. Nanti dia tension dengan korang, terus pergi cari orang kaya untuk jadi isteri nombor dua. Oh jangaaaaan!

Tapi bakal mentua ni pun satulah. Bukan apa, kebanyakan masalah tu berpunca daripada diorg jugak. Yang letak harga tinggi-tinggi bukan perempuan tu, biasanya mak dia yang gatal-gatal letak harga macam nak beli menara Petronas. Kalau ikutkan hati si perempuan tu, seploh hinggit pun dia orait je. Tapi idoknye. Letak rege tinggi, pastu kalau mintak kurang dia tarik muka "aihh, kalo tak mampu wat pa gatai kahwin..." isk! kalau nak duit banyak pi kawin je dengan peti besi kat bank tu!
Kot ye nak kahwin pakai la baju dulu...isk isk kelabu mata kita noks. <sumber gambar>
OK, jangan la marah adik-adik perempuanku sekalian. Bukan saya taknak defend anda-anda semua yang cun meletup hotsetap ni. Tapi nak kata apa kalau dalam Islam pun takde benda hantaran ni. Ada jugak saya korek sana-sini dalam Zaharuddin.net ke, saifulislam.com ke Iluvislam ke. Takde la jugak. Yang ada ialah maskahwin.  “ÙˆَØ¢َتُوا النِّسَاءَ صَدُÙ‚َاتِÙ‡ِÙ†َّ Ù†ِØ­ْÙ„َØ©ً yang bermaksud “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskawin-maskawin mereka sebagai pemberian yang wajib.” <--saya bukan ustaz, saya kopipes je dari sini tau.


Err...jadi siapa yang reka amalan hantaran ni? Puteri Gunung Ledang ke? Ah, dah agak la dia, mesti dia. Tau la lawa hot meletup mengalahkan Neelofa. Menggedik-gedik bagai nak tujuh dulang itu tujuh tempayan ini. Takpe la sultan yang meminang awok Puteri. Itu pun nak dekat kopak jugak sultan tu cari hantaran tu. Kalau tak dah lama sultan kita kaya raya mengalahkan Sultan Brunei.
Pastu Hang Tuah jugak yang sangkut. Ini tidak adil, tidak adil baginya. <sumber gambar>

Ah, menyusah je kan hantaran ni? Tapi ada je cara nak selesaikan. Nak bincang pun boleh, nak hutang pun boleh, nak tolong tong-tong pun boleh tau! Macam ada member kepada member ni dia “aci tipu” sikit kat mak dia. Camne? Well, dia yang hulur duit kat bakal suami buat jadi hantaran. Suami pun hulurlah kat bakal mentua. Bakal bentua pun senyum sampai ke telinga sambil melompat-lompat arnab ke mesin deposit di Maybank. Eh tu kita tambah je. LOL

Salah ke tak salah? Er...memandangkan dari segi hukum Islam takde sebut pun fasal hantaran (mahupun hantaran dulang-dulang tu), jadi kalau tak bagi memang takde salah. Lainlah kalau awal-awal cakap pumpang nak kasi sepuluh ribu tapi dari nikah sampailah ke cerai tak nampak-nampak duit tu. Oops!

Jadi, tepuk dada (dada sendiri tau, jangan nak memandai kata saya ajar kome cabui-cabui kat sini), tanyalah selera sendiri. Gegadis semua, nanti kalau kome kahwin dan bakal suami korang tak cukup duit untuk hantaran...sanggupkah kome tolong tong-tong bayar?


Ha, ce komen, ce komen. Assalamualaikum!


Ulasan

nadea roslan berkata…
ahaha!

bak kata ustaz azhar, perkahwinan yg paling berkat adalah yg paling murah mas kahwin dan paling murah belanjanya. :)

good entry!
zey berkata…
bab kawen sbnrnya susah kita nk ubah mentaliti org2 tua. payah. payah.
Wadi AR berkata…
mak gua lg best. nak 5 ribu je. tak mahal kan
viva 2202 berkata…
aku sayang boipren aku.. tapi aku syg gak ngan duit aku..... hemmmph dah la aku sendiri pnye hutang keliling pinggang. camne nk bgtau boipren ni? kut kut la dia mintak tong-tong? tolong jawap soklan aku ni, please
fi berkata…
kalau nak bagi, ikut kemampuan pihak lelaki dah la.. RM5K dan ke bawah.

Tp kalau aku nak mintak hantaran spesial ; 'pengantin lelaki kena belajar kat sekolah pondok selama sebulan sebelum kahwin' agak2 boleh tak?
Nur Liyana berkata…
I do think hantaran ribu riban menyusahkan. Kalau boleh bersanding pun tak mahu. Cukup majlis akad nikah, kenduri untuk sanak saudara. Takdok laa membazir duit masa majlis kahwin but then bila DAH kahwin, tanggung hutang banyakbanyak.
Cik Ina Do Do Cheng berkata…
jangan sampai nak beranak pinak hutang kahwin tak habis udah, sapa susah mereka dan keluarga mereka gak yang susah.
Nazrul Ashraff berkata…
mula2 ingat abang borhan! haha. dia punya intro kerlas kau nyah.

haha. i loike this statement yang pasal peremnpuan bagi duit kat laki then laki bagi duit kat mak mertua. gittew!
TheBentPencil berkata…
time kasih semua kerana membaca. hihi

@viva2202: kalau dua2 pun ada bebanan hutang, tak payah buat wang hantaran, hantaran dulang2 tu terus. bukan wajib pun. korang ni, macamana muda-muda tak berhutang, lepas grad terus beli kereta...haha (saya pun sama der)

@azea roslam: itu bukan kata-kata ustaz azhar idrus. tu hadis nabi Muhammad SAW, "خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا ". tak memasal awok kene gelak dgn abam @cobnobbler tu. >_<

@yana, @cik ina: yang penting, kahwin tu ikut kemampuan. kalau sampai berhutang memang lebih kemampuan la tu. apa salahnya nikah dengan mahar rendah dan kenduri kecil kalau kita bukan kaya pun kan. hihi
d.e.e.n.a.YAYA berkata…
mak saya tetapkan paling rendah rm5k....x mampu gak tataw la nk wat cmne..huhu
TheBentPencil berkata…
5K dah ok dah, lepas kenduri punya kos....
Tanpa Nama berkata…
hantaran tanak kalah..nk minimum 15k..tp masak xpandai,kemas rumah malas,mekap berinci2..sua dalam pn mak stil basuhkan lgi..cene tuhh??? -_-"
TheBentPencil berkata…
@Tanpa Nama

hantaran mahal bising, kata "dapat laki pun kira syukurla". tapi lakinya jadi imam xpandai, baca quran ketar-ketar, daki berinci-inci, seluar baju pun mak tolong basuh...camne tu?

^ moral of the story: dua2 kene rendah diri. hihi

trololol
Tanpa Nama berkata…
Pendaftaran Streamyx dan Unifi..pendaftaran PERCUMA..sms dan kol ke nombor saya 0175246910..Ahmad..agent TmPoint Seremban2
laskar pelangi berkata…
Kahwin ni, tak perlu nak tiptop sangat. Nak tiptop kalah artis. Bajet hotsetap konon kan. Nak pulak hantaran punyalah tinggi. Kena pandai-pandailah bertolak ansur antara kedua-dua family. Btw, bagi pendapat saya kan, saya tak kisah nak bantu untuk tong tong duit mana yang tak cukup. Buat apa kita menyusahkan pihak lelaki, last last si lelaki tu jadi suami kita jugak kan. Simpanan duit lepas kahwin lg penting. Duit untuk support life lepas kawen lg penting sebenarnya daripada majlis kawen yang tiptop:)
fRaMe+LenSeS berkata…
suka amat entry ni. :D betoi la tu. kawen2 juga. duit2 juga. ni mai la bertahun laki nak simpan tara nak cukup pn, ppn pn da bosan, pastu putuih. tak ke busuk nama anak dara depa? shiannn~~

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.