Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Makwe vs Rokok

Imej
Smokinnnnn'! "Kalau abang Rosyam nak couple dengan Effa, satu je syarat Effa bagi kat abang Rosyam, abang Rosyam kena berhenti hisap rokok, boleh tak?" Sepanjang aku bercouple dengan gadis-gadis - girlfriend aku yang hisap rokok cuma dua orang - out of 10. Erica dan Ez - itupun si Ez tu givap lepas tengok aku dengan abang dia kemain hisap rokok, givap nak jadi suci dari rokok. Anyway, aku ada satu persoalan yang tak pernah terjawab: Kenapa gadis-gadis prajudis sangat dengan lelaki perokok sedangkan hampir 90% lelaki adalah seorang perokok? Kenapa, warum, pourqoui, tim kay yah? Kenapa aku tanya soalan ini? Sebab nenek aku seorang perokok, mak aku seorang perokok - jadi bagi aku adalah okay untuk awek aku hisap rokok. Jadi kalau awek aku hisap rokok, automatiklah prajudis terhadap perokok dari makwe aku itu akan hilang. Antara sebab-sebab yang aku dengar kenapa makwe prajudis dengan perokok: 1.Rokok merbahayakan kesihatan. Terima kasih kepada iklan Kementerian Kesihatan Mal

Kesukaan Wanita Versus Kesukaan Lelaki

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.   Sudah sekian lama agaknya Isaac Ismael (II) tidak muatnaik artwork baru di Terfaktab ni kan. Kini, aku kembali dengan artwork ringkas berkonsepkan humor. Itupun kalau kelakar lah. Bagi aku tak kelakar pun.   Memang tak dinafikan tak semua perempuan adalah tipikal seperti di atas. Kartun di atas pun bukanlah generalisasi terhadap semua wanita.   Pesanan seterusnya, jangan lupa miliki Kitab Terfaktab 2 April ini kerana sudah tentu karya II ada di dalamnya. Sekian, itu sahaja dari II.

Dari Pejabat Terfaktab 6

Imej
SUBANG JAYA, 24 Feb - Terfaktab, sebuah kumpulan penulis-penulis blog yang berbakat kini boleh menarik nafas lega dengan satu perkembangan terbaru yang bakal memberikan impak positif terhadap hala tuju Terfaktab pada masa hadapan. Terfaktab kini secara rasminya telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama TERFAKTAB MEDIA  bagi melicinkan penerbitan, penjualan dan pemasaran produk-produk penulisan kreatif dari skuad penulis Terfaktab khususnya pada produk Kitab Terfaktab dan blog Terfaktab.           Disamping itu, dengan permulaan sebagai sebuah kolonial media, Terfaktab juga akan menghasilkan produk-produk yang bakal memberi pulangan memuaskan kepada pengikut-pengikut dan pembaca-pembaca blog, facebook, twitter dan kitab Terfaktab diseluruh negara. Antara produk-produk yang bakal dipasarkan ialah t-shirt Terfaktab edisi terhad, cenderahati, aksesori dan sebagainya. Pihak TERFAKTAB MEDIA juga berkenan untuk mengembangkan perniagaan di dalam bidang pengiklanan

(Komik) Suatu Hari di Pejabat Kadi

Imej
“Wahai sekalian anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan maka bernikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” [Muttafaq ‘Alaih] ps. If you are on Tumblr, reblog it! gambar: Penerangan hadith dari sini , Gambar Mufti dari Rusia dari sini dan gambar awek/pakwe dari sini .

Cinta #VanillaCoklat derr..

Ahhh.. Cinta cinta, kahwin muda, Kononnya nak elakkan berzina, Kalau rasa nak cegah dosa, Dari awal tak payah nak mengada, Duit takde, nak perjuangkan cinta, Ya, cinta tu suci dalam agama, Tapi tak salahkan kalau kau ambil langkah berjaga, Ni tak, belajar ke mana cinta je ada, Kau ingat kahwin muda tu setakat sweetnya pergi kelas bersama? Nak halang nafsu bergelora? Apa kata kau berpuasa, Kau ingat masa belajar tu dah masuk syarat wajib bersenggama? Cuba kau kejar dulu impian masa muda muda, Dah kerja, bayar balik jasa ibu bapa, Senangkan mereka, travel satu dunia, Baru kau berumah tangga, Ni nak nikah gantung aja, Lagilah nanti nak support keluarga, Habis mak bapak lagi macam mana? Lain lah kau tu jenis kaya gila, Cuba bukak mentaliti tu kasi luas punya, Banyak lagi benda patut di dahulukan sebelum cinta, Ni aku tengok bersepah semua bermesra-mesra, Duit nak top-up pun bergantung kepada keadaan semasa, Diri sendiri tak terjaga, Rasa dah boleh pikul tanggungjawab bawak ke syurga? Pel

Perempuan Dan Tangan Kaki Pukul.

Imej
Harian Metro: Pelakon dipukul suami KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini. Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami. Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3. “Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. “Namun, selepas mengeta

Sarka Valentino

Salma mengerling jamnya. Sudah lapan pagi. Ah, hari selasa. Tak ada kelas. Dia berguling kembali memeluk bolster . Cuba melelapkan mata. Tidak berjaya, lalu bangun dan bergerak ke ruang tamu. Dibukanya sepeket roti yang tertinggal di atas kusyen semalam, sambil TV dibuka menggunakan remote control nya. Beberapa iklan dimainkan, berselang seli. “Raikan Hari Kekasih ini dengan himpunan filem-filem hebat khas untuk anda; sepuluh pagi—filem P.S.I Love You, dua belas tengah hari, filem Five Hundred Days of Summer, sembilan malam filem Sweet....” Salma menutup kembali TV itu, kali ini hanya dengan kaki yang dilunjurkan ke butang Off di TV. Dia pandang ke atas, tarik nafas panjang dan berjalan longlai ke pintu rumah. Oh, ada surat khabar Harian Meat Roll. Tarikh hari ini. “Aku beli tu, jangan nak memandai buat harta,” kata satu suara dari dapur. Farha rupanya. Sedang memasak telur scramble untuk dimakan bersama roti agaknya. Salma senyum. Boleh minta sikit, lapar ni. “Farha, nak sikit..

Vappy Valentine Vay

Hai semua. Aku di sini mewakili seluruh warga kerja Terfaktab ingin mengucapkan Selamat Hari Kekasih kepada seluruh pembaca Terfaktab khususnya Terfaktab-Lovers di seluruh Malaysia dan di luar negara.  Jika di ingat semula pada Hari Kekasih lepas, kami skuad Terfaktab menganjurkan minggu Single bukan? Malangnya pada bulan Februari ini tidaklah dapat untuk kami mengadakan minggu istimewa kerana seluruh warga kerja sedang gigih menyiapkan karya-karya untuk edisi kedua Kitab Terfaktab yang dijangka akan diterbit pada April nanti. Sebelum itu, aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas undi-undi yang kalian telah beri pada anugerah Media Social Week 2012 di mana blog Terfaktab ini telah menjadi finalist untuk merebut anugerah Upcoming Blogger Of The Year. Ya, secara tak semena-mena, aku perlu menghadiri summit dan cocktail party bagi menunjukkan komitmen Terfaktab kepada pihak seketariat terutamanya. Tapi, bagus juga. Ada banyak input yang aku dapat dan boleh di aplikasi kepada

Puisi Untuk Erica Micheal Dan Sherina Ellyana

Imej
Erica Micheal - the coolest girl from East Suez. Sempena Valentine's Day - sama ada saya ada kekasih atau menjadi seorang gagalist - refer Isham Rais - saya akan tetap merayakan hari ini. Tahun ini bersyukur pada Yang Maha Kuasa - saya tidak tersenarai dalam golongan gagalist. Harapnya begitulah sehingga ke akhirnya. Saya selalu menulis puisi untuk kekasih saya pada hari Valentines - dan tradisi ini tidak pernah gagal dilakukan walaupun saya seorang gagalist sejak 2005. Bagi saya hari ini adalah hari merayakan cinta - hari merayakan perasaan paling indah dan bila tiada ia menjadi gundah. Ia adalah anak kunci kepada pintu hati. Bermula dari tahun 2008 - saya menulis warkah puisi ini untuk arwah kekasih saya - Sherina Ellyana. Walaupun menjadi seorang gagalist - tetapi saya tetap menulis untuknya. Tahun ini - saya menulis dua puisi - satu untuk kekasih - Erica Micheal yang anggun berbusana jersi Liverpool bernama Luis Suarez, dan satu lagi untuk arwah kekasih - Sherina Ellyana - yan

Ai Lep Yu, Yu Pay.

Imej
Ah, dah lama tak menulis *regang-regangkan jari*. Ye la maklumlah sibuk naik London turun Paris kan. Kejap-kejap orang kat Milan panggil, kejap-kejap orang kat Amsterdam buzz. Lepas tu kene berulang-alik Bandung-Surabaya-Jakarta jumpa klien-klien, nak duduk menulis pun payah. Eh tipu je lah. Saja je tulis gaya Abang Borhan. Mana tahu jap lagi penuh inbox FB dengan ayat-ayat mengorat para peminat. Hihi. Ok berbalik kepada isu utama, ni terfikir-fikir juga la. Fasal hantaran. Maskahwin. Ala, time single la kena pikiaq. Kan nanti dah kahwin buat apa nak pikiaq lagi, nasi sudah menjadi congee.   Kalau jadi kari, makan dengan congee pun tak inzal lagi. Ada ke orang makan congee inzal? < gambar dari sini > Haa! Nah, ramai sangat lelaki sekarang merungut fasal harga tinggi. 5-6k tak pa lagi (kalau dah kerja la, kalau Boxer pun rembat rumet pastu pakai sampai rabak jangan la memandai nak meminang); tapi kalau dekat 20k 30k parah jugak nak mencari. Nak suruh tunggu lagi lima tahun

Siri Kalau Kau Nak Pergi Dating 2

Imej
Benda simple aku mintak. Tolong.. Jangan k-pop sangat. Maksud aku pakaian k-pop sangat. dan juga tolong.. Jangan Zahrina Lavocah sangat. Faham? Aku jumpa member-member yang dating pakai macam ni. Aku sebat, aku rejam. Series.

Bukan Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Abang tahu, abang tahu. Mesti engko terfikir-fikir kenapa hari ini abang tulis. Bukan hari Ahad. Kisahnya begini, abang cuti hari ini. Jari manis abang bengkak sebab main golf itu hari dengan Datuk Seri mana entah. Kuat sangat abang hayun agaknya. Tu yang bengkak. Abang ni kalau engko nak tahu, tak boleh kalau jari abang sakit, lagi-lagi jari manis. Gile engko, jari manis nak sarung cincin woi. Sakit jari manis, tak manis lah diri abang untuk terus memikat wanita seluruh dunia. Hohoho (gelak seloroh). Ini hari pendek je cerita abang. Engko bagi masa abang 5 minit okeh? 5 minit je. Tak lama. Abang bukan nak jual Hai-O. Abang nak cerita pasal "Bercintalah sebab keperluan, bukan sebab kehendak" Ini abang ambil dari ku-ot kat fesbuk terfaktab. Ade lah auter-auter yang tulis. Bagus! Bagus ku-ot ni. Sebab memandangkan abang ni pun orang meniaga. Bab-bab keperluan dan kehendak ni memang ' line ' abang. Engko yang pakai cermin ma