Catatan

5 Beautiful Things After Marriage (actually more).

Imej
This piece of write up suits everyone, not just to those who are just married, but to you who have years married, about to get married or not yet married. Here are 5 beautiful things after marriage. 1.       You can date every day. During dating years, when both of you were an item, you felt that you never had enough of dating time especially if you were in a Long Distance Relationship (LDR). Even though you were in Short Distance Relationship (SDR), you can’t be meeting every day too. But, you wished to see her/him every day. There were always obstacles or restrictions like money, distance, work, study and etcetera. Now, the vast difference after marriage is, you can date your partner every day, in truth, 24 hours a day! In halal way some more! That is the beautiful part. Every moment after marriage is a dating moment. Every moment with her/him is a moment you will cherish all your life. How wonderful. You date in the kitchen, in the car, at every ...

Senyawa

Kita semua ingin hidup yang senang dan tiada siapa pun yang ingin hidup susah. Mungkin ada orang yang memilih hidup susah kerana tidak mahukan nikmat dunia melalaikan diri. Namun, lebih ramai yang selesa memilih hidup senang di dunia. Itu normal. Hidup senang ini seperti memiliki kereta agar boleh ke mana-mana tempat yang jauh dengan masa singkat walau apa jua keadaan cuaca. Ini sebab kereta lebih selamat dipandu dan mempunyai bumbung untuk berteduh dari panas dan hujan. Kereta telah menjadi tempat berteduh yang penting buat manusia kini. Ramai manusia yang menghabiskan masa dalam kereta dalam 6-7 jam sehari. Lebih lama dari masa membaca dan menghisap rokok. Seharusnya juga, ramai pasangan lebih gemar berbual dan bercakap dari hati ke hati di dalam kereta. Begitu juga dengan Red dan Blue. Red dan Blue di dalam kereta tanpa penghawa dingin. Enjin dimatikan, tingkap terbuka sedikit, lampu kereta dipadamkan oleh Red, dan kedengaran lagu Korea terpancar dari radio. Malam ini Red dan...

Apa Yang Kamu Perlu Cari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur?

Imej
1. Pada 24 April hingga 4 Mei ini. Pergi ke Putra World Trade Centre atau nama singkatannya PWTC. Terletak di Kuala Lumpur. Terpulang nak naik kereta, bas atau LRT. Tapi kami suggest naik LRT. Sebab buat sesak je naik kereta ni. Bazirkan masa. 2. Masuk dalam PWTC, cari Dewan Tun Hussein Onn. Cari booth H16-H19 kat dalam Dewan Tun Hussein Onn. Jangan pandang booth lain, pedulikan. Anggap booth lain itu sebagai dugaan. Sedangkan booth H16-H19 itu satu nikmat. Cari booth yang dinyatakan tadi. Ingat H16-H19. 3. Sampai di booth H16-H19, cari rak buku-buku Terfaktab. Ya, Terfaktab. Kalau tak tahu, boleh tanya akak-abang yang jaga. "Bang, nak beli buku Terfaktab". Nanti abang-akak akan tunjuk. Pun sama jangan pegang buku lain. Kalau tak nanti tidak fokus pada tujuan. Ambil buku-buku baru ini (sila rujuk gambar-gambar di bawah) (Bakal di pasaran pada 1 Mei 2014 di PBAKL)   (Bakal di pasaran pada 24 April 2014 di PBAKL)  (Bakal di pasaran pada 27 April 2014...

Dari Pejabat Terfaktab April 2014

Imej
Salam sejahtera. Apa khabar para pencinta sekalian? Semoga kekal dalam dakapan si dia tercinta dan sihat senantiasa bersama orang-orang yang tersayang. Kami warga Terfaktab mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Pada 21-13 Mac lepas, team Terfaktab telah mewakili Malaysia dalam acara Festival Sastera Asia Tenggara bertempat di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Diwakili oleh penulis Alexia Aqram dan Sofia Nin, kami meneroka pasaran baru di Indonesia disamping mahu memperkenalkan penulisan kumpulan Terfaktab ini. Kami turut membawa buku puisi tulisan Sofia Nin yang bertajuk Puisi Berantakan yang  ditulis dalam bahasa Indonesia. Alhamdulillah, banyak input yang kami dapat dan kami komited untuk meluaskan lagi arena penulisan kami di Indonesia dan Singapura melalui persefahaman antara kami dan penerbit-penulis di sana. Alexia Aqram dan Sofia Nin bersama pembaca dari Jakarta. Kami ingin mengumumkan terdapat beberapa buku baru dari kami yang dijad...

Konversasi Si Sent dan Si Received

23:58 : "Hai. Saya suka awak. Nak kahwin dengan awak." Sent 00:05 : "Haha. Kita kan kawan. Mana boleh kahwin." Received 00:06 : "April fool!" Sent 00:10 : "April fool balik! Saya pun suka awak. Nak kahwin dengan awak. <3" 00:11 : "Really? Omaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. :DDD" Sent 00:12 : "Amboi panjangnya terkejut. :)" Received 00:13: "Mestilah. Saya crush dekat awak dah lama kot." Sent 00:13: "Yakah? Sejak bila?" Received 00:14 : "Sejak mata bertemu mata. :)" Sent 00:14 : "Eh. Samalah. Omaiiiiiii (Saja tiru awak) :P" Received 00:15 : "Haha" Sent 00:15 : "Awak awak awak" Sent 00:16 : "Ya saya." Received 00:18 : "Sudikah awak jadi kekasih hati saya selamanya?" Sent 00:19 : "Erm. Kejap. Bagi saya 10 minit. Nak buat istikharah." Received 00:19 : "Baik! *Taksabar menunggu*" Sent 00:35 : "Maaf lambat. Saya pe...

Surat untuk saudari

Sepanjang malam saya merenung skrin laptop dan saya membuat keputusan untuk menulis surat maya secara ringkas buat saudari yang selalu lekat di hati sekurang kurangnya untuk hari ini. Ketika saya menulis surat ini, dinding sedang berbunyi dan tivi kehilangan fungsi. Saudari, Bagaimana angin 28 Mac bertiup? Saya pasti ia memberi kesan yang menyelesakan dan juga membahagiakan. Bagaimana awan 28 Mac berarak? Saya yakin ia masih menjadi hari yang cerah walau hujan turun sekalipun. Dan bagaimana senyuman 28 Mac? Saya tahu ia merupakan senyuman paling berseri dalam hari seorang wanita. Maaf saya ucapkan kerana tidak dapat hadir. Kadang kala saya fikirkan yang saya sudah cukup bersedia tapi seperti yang orang lain mengenali saya, saya seorang yang cukup sukar diduga. Boleh jadi saya hadir dengan karekter lelaki paling riang atau boleh jadi saya datang dengan watak yang paling garang. Lebih bagus tidak mengambil sebarang risiko dalam situasi seperti ini. Jika ini satu perang, saya...

Sedih

Lelaki. Mana pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana mereka control hati, mereka jarang luahkan rasa sedih. Tak macho konon-kononnya. Putus cinta, lelaki akan tumbuk dinding dua tiga kali, menjerit dan pergi main snuker dengan member. Itu je. Perempuan. Memang pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana hati mereka, luahkan sedih dah jadi tabiat. Tak gadis la kalau tak beremosi. Putus cinta, meraung dua tiga jam, tumbuk tumbuk bantal, pergi makan, masuk bilik sambung menangis, pergi mandi, menangis bawah shower, jumpa kawan-kawan, cerita sambil menangis, balik, menangis lagi. Itu je. "Jangan cengeng sangat, itu pun nak menangis," kata lelaki pada perempuan. "Jangan ego sangat, lega kalau menangis," balas perempuan pada lelaki. Tapi tunjukkan atau tak, pendamkan atau tak, rasanya tetap sama. Rasa yang buat kau sesak nafas, rasa yang membunuh segala logik, rasa yang akan menghilangkan segala rasa. Rasa macam celaka. Lelaki atau perempuan, bila ti...