Dari Pejabat Terfaktab April 2014

Salam sejahtera.

Apa khabar para pencinta sekalian? Semoga kekal dalam dakapan si dia tercinta dan sihat senantiasa bersama orang-orang yang tersayang. Kami warga Terfaktab mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kalian selama ini.

Pada 21-13 Mac lepas, team Terfaktab telah mewakili Malaysia dalam acara Festival Sastera Asia Tenggara bertempat di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Diwakili oleh penulis Alexia Aqram dan Sofia Nin, kami meneroka pasaran baru di Indonesia disamping mahu memperkenalkan penulisan kumpulan Terfaktab ini. Kami turut membawa buku puisi tulisan Sofia Nin yang bertajuk Puisi Berantakan yang  ditulis dalam bahasa Indonesia. Alhamdulillah, banyak input yang kami dapat dan kami komited untuk meluaskan lagi arena penulisan kami di Indonesia dan Singapura melalui persefahaman antara kami dan penerbit-penulis di sana.

Alexia Aqram dan Sofia Nin bersama pembaca dari Jakarta.

Kami ingin mengumumkan terdapat beberapa buku baru dari kami yang dijadual akan terbit pada April ini. Kesemua buku ini akan terbit dan dilancarkan di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Juga kami ingin mengumumkan pembelian 6 buku RM100 melalui talian whatsapp juga telah disediakan sejak sebulan yang lepas.


Mengenai perkembangan para penulis pula. Rata-rata penulis sedang giat menulis untuk projek-projek cerpen dan novel terbaru. Ada yang terbongkang-terbalik, ada yang tak tidur malam, ada yang rilek-rilek tepi pantai, tak lupa juga ada yang kena acah-acah konflik untuk cari mood penulis. Gila diorang ni.

Tapi ada sorang penulis ini rilek je jadi model video klip Alif Satar. Tahniah buat She dan semoga ke hadapan dalam bidang peragaan yang diceburi.



#PrayForMH370

Itu saja dari kami. Kami akan ke Unimas Sarawak sekali lagi pada 28 April hingga 3 Mei kelak. Dan ya, juga di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC dari 24 April hingga 4 Mei. Jumpa di sana~~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.