Dear Diary,
Putus cinta pada usia 25 tahun tu tak kelakar kau
tahu tak? Memang tak kelakar langsung bila mana kawan kawan kau yang lain sibuk
duk bertunang, berkahwin, post gambar ultra sound kat facebook, post progress
pregnancy kat facebook, post gambar anak kat facebook, komen wall to wall
dengan INCHEK ASBEN kat facebook, dan macam macam lagi lah kat facebook tu yang
mana aku dah hide derang semua dari news feed sebab nak unfriend tak sampai
hati. Tapi aku musykil gak kenapa tetibe pas kawen terus nak panggil laki kau
tu INCHEK ASBEN. Tak sedap pun. Berbulu aku tau tak berbulu!
Kau tau tak ape rasanya bila beberapa tahun kau dah
bertungkus lumus mempertahankan hubungan kau tetibe putus camtu je? Rasa
celaka. Rasa dia macam hati kau ni kena siat siat tau tak? Kerja tunggang
langgang, termenung sana sini, sebelum tido nanges, bangun tido nanges, tengok
henpon nanges, pandang PC nanges, sampaikan dengar lagu kat radio pun dah
meraung semacam. Rasa diri tu dipersia siakan. Tak berbaloi berkorban masa,
tenaga, duit selama beberapa tahun. Perasaan dia macam kau dah bersusah payah
tanam kobis, kau siram, baja setiap hari tapi bila nak pungut hasil, kobis tu
dah takde. Orang lain dah rembat. Haa macam tu lah rasa dia.
Semenjak putus cinta ni kemain pisang (baca : jiwa
kacau) aku rasa. Sampai terpaksa bawak diri dan bercuti sensorang. Hati aku ni
punye la sakit, bengkek semacam sampai aku curse dia memacam tahu tak? Selama
suku abad aku hidup ni aku tak penah curse ex boyfriend sendiri. Ni first time.
Kau tau ape aku curse dia? Aku curse dia kena gilis dengan treler 16 tayar.
Muahahaha. Biar padan muka dia. Biar dia tau sakit hati aku macam mane. Tapi,
jahat jugak mulut aku ni kan? Kemahiran memaki aku pun dah semakin meningkat
semenjak dua menjak ni. Tapi jangan cemas sangat, setakat ni aku belum komplot
dengan mana mana driver treler lagi untuk langgar kau. Esok lusa belum tau
lagi.
Dear Diary,
Kau tahu tak ape yang paling menyakitkan hati aku
bila putus cinta kali ni? Sebab aku dah commit my whole life untuk dia. Aku
tolak pendirian aku ke tepi yang hanya akan introduce boyfriend aku kalau
bebetul nak kawen je. Cis. Beriye iye aku introduce dia kat family tapi lepas
tu tak jadi ape ape. Adehh. Pedih la hati aku ni. Mana aku nak letak muka ni? Ego
aku dah jatuh sampai tapak kaki. Dan yang lebih memisangkan aku sebab aku pun
dah kenal dengan family dia. Dah baik. Dah rapat. Nak let go benda tu semua
aduyai begitu payah pun adoi.
Tapi lama lama aku dah boleh terima kenyataan dah. Aku
anggap je janji janji manis yang dia tabur selama ni cuma cakap kosong yang tak
boleh pakai pun. Dan bila aku request for a fresh start, dia menolak dengan
macam macam alasan, aku anggap benda tu normal. Hendak seribu daya, taknak
seribu dalih. Aku berhenti berharap. Aku anggap je takde jodoh. Dia bukan jodoh
aku. Walau pun selama ni puas aku yakinkan diri yang dia tu jodoh aku. Sebab tu
aku bermati matian bertahan. Kau nampak aku dah bertenang dan macam dah tak
pisang kan? Tapi, aku bukan macam perempuan lain yang saya-akan-doakan-kebahagiaan-awak-walaupun-bukan-dengan-saya-asalkan-awak-bahagia-saya-pun-bahagia
type. Aku takkan doakan dia bahagia pun. Aku tak harap dia bahagia. Sebab ape?
Sebab aku bukan
saya-akan-doakan-kebahagiaan-awak-walaupun-bukan-dengan-saya-asalkan-awak-bahagia-saya-pun-bahagia
type la. Ape ingat senang senang je aku nak doakan kebahagiaan dia padahal aku
kat sini menderita macam nak mati?
Dear You,
Thank you and fakyu.
Tah zaman bila nak tulis tulis diary lagi.



