Perkahwinan adalah lebih indah, lebih romantis, lebih menyengat.

Perkahwinan membawa aku ke suatu dunia baru yang bernama realiti. Perkahwinan sama sekali tidak serupa dengan alam percintaan. Maksud aku, percintaan sebelum berkahwin.

Perkahwinan adalah lebih indah, lebih romantis, lebih menyengat.
Yang menyengat itu lah realitinya.


Betapa selepas berkahwin, baru aku sedar bahawa bercinta selepas diikat dengan ijab dan kabul adalah lebih manis.

Manisnya, apabila segalanya tentang pasangan adalah yang baru sebab sebelum ini kita tak pernah benar benar kenal dengan dia.
Segalanya tentang dia adalah sesuatu yang kita harus belajar untuk pertama kali.
Segala galanya juga adalah pengalaman untuk yang pertama kali.

Faham maksud aku?
Misalnya bila merajuk, untuk yang pertama kali kita dipujuk dengan pelukan. Kan manis.

:)

Bila bercinta lama lama sebelum kahwin, keindahannya adalah berbeza.
Sementara nak biasa, kita akan rasa ada saja yang tidak kena. Aku kasi contoh.
Leman dengan Timah bercinta tiga tahun. Sepanjang tiga tahun, setiap yang dilihat oleh Timah indah belaka. Asal merajuk, Leman pujuk. Mahu apa, semua Leman tunaikan. Timah buat apa pun, Leman tak pernah tinggi suara. Tapi bila dah kahwin, Leman jadi lain. Bila merajuk Leman buat tidak peduli. Kemahuan Timah jarang tertunai. Leman bukan berduit sangat sebenarnya. Timah pulak, tidak boleh buat silap sikit. Menyinga lah si Leman, suaminya itu nanti. Timah makan hati. Timah jauh hati.


Nampak apa yang cuba aku maksudkan? Timah sudah terbiasa dengan  Leman versi bujang, Leman yang selalu mengambil hati (alaaa.. sementara nak dapat...). Bila Leman jadi berlainan, sukar untuk Timah terima. Timah jadi blur, tak tahu nak buat apa. Padahal kalau sifat Leman itu adalah sesuatu yang baru, pasti Timah boleh terima tanpa banyak soal. Pasti isu 'kenapa Leman berubah' tidak akan timbul.

Cuba kalau sebelum ini kita tak cukup kenal dengan perangai Leman. Kan semuanya jadi indah. Kalau kemahuan tak dapat ditunaikan pun tidak mengapa. Marilah kita bersama sama mengharungi kesusahan dan kepayahan di dalam hidup ini. Kalau Leman cepat naik angin, Timah pasti akan belajar cara cara untuk menjinakkan Leman misalnya membuat muka comel, main ba ba chak, atau apa saja alternatif asalkan Leman tak jadi nak naik marah.

-- Bagi diri aku sendiri, perkahwinan adalah sesuatu yang sangat adventure. Setiap hari aku akan belajar perkara yang baru tentang suami. Setiap hari, suami juga akan belajar perkara yang baru tentang aku.

:)

Setelah berkahwin baru aku tahu bahawa suami mampu setia dengan channel espn untuk sepanjang hari sampaikan aku nak tengok drama pun jadi serba salah nak minta. Haha.

Setelah berkahwin baru aku tahu betapa organize nya suami sampaikan aku jadi susah hati -- dapat ke aku adapt dengan cara suami sedangkan aku ni jenis bersepah sepah dan messy.

Itu di antaranya lah. Tak kan aku nak cerita semua kan?

Reliti yang menyengat

Kita selalu dihidangkan dengan cerita cerita cinta di saluran televisyen dan novel novel. Segala galanya nampak indah. Tengok Seth dengan Elina bergaduh pun kita rasa macam comel. Padahal kalau dibawa watak mereka menjadi realiti, Seth dengan Elina tu bukan main membara lagi perasaan dia.

Dalam alam perkahwinan ni, kadang kadang isu yang kecil pun boleh membawa kepada pergeseran. Fasa lima tahun pertama adalah fasa penyesuaian. Suami dan isteri saling mengenal dan cuba untuk fit in dengan sikap dan sifat alami masing masing. Misalnya aku yang messy dan suami yang organize ni la. Rasa renyah gila nak susun susun baju ikut jenis dan occasion. Tapi bila suami susun sendiri aku rasa kecik hati pulak. Rasa macam isteri yang tak berguna lah, tak boleh diharap lah, apa lah. Padahal apa yang sepatutnya aku buat ialah lihat dan belajar. Suami tak ada niat pun nak guris perasaan kita. Dia tahu kita tak reti, jadi dia buat lah sendiri. Kita pulak yang nak feeling feeling menyengat. Tapi inilah realitinya adik adik.

Berbekalkan pengalaman kawan kawan, dan juga pengalaman diri aku sendiri, maka aku sangat sangatlah menggalakkan hubungan yang pendek sebelum berkahwin. Tak payah nak bercinta makan tahun. Cukup sekadar kau kenal dengan latar belakang keluarga bakal suami serba sedikit, dan tahu tentang diri bakal suami itu serba sedikit. Lepas tu kawan kawan dalam dua tiga bulan untuk tengok cara berfikir dia dengan kita ni boleh masuk tak. Tak payah nak kenal hati budi lama lama sangat. Nanti kau jadi kejutan budaya pulak sebabthe true colours will come out selepas beberapa bulan kau berkahwin.

Till then, aku tinggalkan engkau orang dengan lagu ini.

-- menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah sorga, bersyukurlah pada yang kuasa, CINTA kita di dunia.. SELAMANYA..

Ulasan

AkuBukanLelaki berkata…
alhamdulilah

bakal imamku tidak kukenali
Unknown berkata…
betul3...setuju sgt2!!!!
Anis Zafeerah berkata…
saya yang baca pun terasa indahnya :)
yongpropaghandi berkata…
pujuk dengan pelukan...ouch ouch..haha
Nur_cahayamataku berkata…
hi... setuju sangat dengan apa yang ditulis..
setuju walaupun pahit.kalau berkenalan lepas kawin lebih bahagia kot...tapi ada gak kes,jadi sebaliknya...huhu~
waz berkata…
Masalah pasal selekeh vs organized tu, sama mcm sy dan suami hehehe
Fawwaz Anuar berkata…
Sokong (Y) walaupun belum kawen lagi , :B
Ariff berkata…
nice entry..the truth can be hurt sometimes but that is the reality and adaptation is the key..
p/s: blh ajar cmne nk maen ba ba chak tu?

KKU et.al
shahirahkhairudin berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shahirahkhairudin berkata…
a ba chak tu contoh je. ahaha.

marriage is reality while couple mapel ni semua fantasi guys. soooo apa lagi ? yang laki laki tu, silakan !
OmmaWany berkata…
agreed..aq ngn dy alomst 2yrs...ermm so kteorg decide awl tahun dpn bertunang and getting to next serious phase...even da hmpir 2thn bersme pn blum ckup aq knal dy..so pray for me :)
The Fakhirin berkata…
errr...tapi lain pantai, lain ombaknya
Unknown berkata…
berkahwin dengan bercinta ni sebenarnya berbeza sangat2.. kadang bila bercinta smua indah, bila dah kahwin, haru! setengah orang, msa bercinta haru, tp dah kawen, gila punya indah! tp yang ni jarang la kan??
shahirahkhairudin berkata…
true radzi.
berbeza sangat sangat.
Farhana Hameed berkata…
nak kahwin jugak? eheh. bahana membaca entri terfaktab. >_<
gelaskaca berkata…
dear SK,
ingat lagi time dekat penang,akak ada datang Khaleel untuk ambil novel terfaktab..
dan akak baru je lepas kahwin time tu..inai masih pekat di jari..

saya tengok rasa sayu..
rasa gembira..

perkahwinan itu memang semua orang inginkan..
sampai satu tahap kita jadi memaksa pasangan masing-masing untuk ke arah itu..
bersungguhnya kita (khususnya yang perempuan)

tapi,
saya kena tahu..
perkahwinan itu bukan senang direncanakan..
bukan senang untuk terjah..
dan bukan bertambah mudah untuk yang bercinta bertahun-tahun..


doakan saya ke arah itu kak :)
regards,
the silent reader

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.