Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Diari Perpisahan Ini

Dear Diary, Putus cinta pada usia 25 tahun tu tak kelakar kau tahu tak? Memang tak kelakar langsung bila mana kawan kawan kau yang lain sibuk duk bertunang, berkahwin, post gambar ultra sound kat facebook, post progress pregnancy kat facebook, post gambar anak kat facebook, komen wall to wall dengan INCHEK ASBEN kat facebook, dan macam macam lagi lah kat facebook tu yang mana aku dah hide derang semua dari news feed sebab nak unfriend tak sampai hati. Tapi aku musykil gak kenapa tetibe pas kawen terus nak panggil laki kau tu INCHEK ASBEN. Tak sedap pun. Berbulu aku tau tak berbulu! Kau tau tak ape rasanya bila beberapa tahun kau dah bertungkus lumus mempertahankan hubungan kau tetibe putus camtu je? Rasa celaka. Rasa dia macam hati kau ni kena siat siat tau tak? Kerja tunggang langgang, termenung sana sini, sebelum tido nanges, bangun tido nanges, tengok henpon nanges, pandang PC nanges, sampaikan dengar lagu kat radio pun dah meraung semacam. Rasa diri tu dipersia siakan. Ta

Dilema-dilema

Sekarang baru aku rasa apa yang abang Jamal bagitau aku dulu tapi aku tak percaya. Dan aku dapat rasa perasaan ini kadangkala seronok, tetapi jauh dalam sudut hati ini rasa kurang enaknya, kurang lazatnya. Rasa nak menyumpah pada diri sendiri. Inilah rasa dilema seorang lelaki yang ramai kawan perempuan tapi masih takde calon lagi untuk dibuat bini dan rasa celakanya bila sedara-mara-kawan-kawan asyik tanya ; "Kau bila lagi?" "Sepupu kau dah kahwin, kau bila pulak?" "Kawan kau ni dah kahwin, kau tak nak kahwin?" "Kerja dah sedap. Gaji dah sedap, dah mampu. Perempuan pun ramai. Takkan takde rasa nak kahwin?" Blerghhhh. Tengkorak kau. Kalau memilih perempuan itu seumpama memilih baju baju cotton yang serba menarik kat butik Uniqlo, dah lama aku borong tiga empat bag. Celaka, tak sedap langsung perumpamaan sebegitu. Yelah, takkan aku nak buat perumpamaan, kalau memilih perempuan itu seumpama pilih baju kat Big Bundle, dah lama aku boron

Mimpi Indah Celaka.

Imej
Bila kau bangun, terjaga dari mimpi yang indah. Kau mungkin akan senyum tak sudah. Tolak ketepi semua benda susah. Kau hargai nikmat mimpi meriah. Yang bikin kau bahagia dalam resah. Dan hidup tidak bemakna pasrah. Kau tidur lagi. Terjaga dengan mimpi buruk bagaikan mati. Kau tersentak dan enggan tidur lagi. Otak mengganas memikir mimpi. Apakah itu petanda hubungan ini. Apakah itu satu petunjuk tentang duniawi? Atau hanya mainan durjana penghuni neraka abadi? Kau sayang dia. Dia umpama satu kurnia. Dia kau ibaratkan bagaikan mimpi ceria. Dan engkau enggan terjaga. Dan biarkan segalanya hilang begitu sahaja. Bagi kau dia adalah syurga dunia. Tapi bila dia menyeleweng, kau marah gila. Mulalah kau kata celakanya kau sebab percaya. Pada sumpah dia. Pada janji dia. Pada manusia lain yang konon kawan semata. Walaupun nikmat tertipu itu hanya kau yang rasa. Dia mula jadi neraka. Ya, mimpi ada indah bahagia. Ya, mimpi ada celaka

Perkahwinan adalah lebih indah, lebih romantis, lebih menyengat.

Imej
Perkahwinan membawa aku ke suatu dunia baru yang bernama realiti. Perkahwinan sama sekali tidak serupa dengan alam percintaan. Maksud aku, percintaan sebelum berkahwin. Perkahwinan adalah lebih indah, lebih romantis, lebih menyengat. Yang menyengat itu lah realitinya. Betapa selepas berkahwin, baru aku sedar bahawa bercinta selepas diikat dengan ijab dan kabul adalah lebih manis. Manisnya, apabila segalanya tentang pasangan adalah yang baru sebab sebelum ini kita tak pernah benar benar kenal dengan dia. Segalanya tentang dia adalah sesuatu yang kita harus belajar untuk pertama kali. Segala galanya juga adalah pengalaman untuk yang pertama kali. Faham maksud aku? Misalnya bila merajuk, untuk yang pertama kali kita dipujuk dengan pelukan. Kan manis. :) Bila bercinta lama lama sebelum kahwin, keindahannya adalah berbeza. Sementara nak biasa, kita akan rasa ada saja yang tidak kena. Aku kasi contoh. Leman dengan Timah bercinta tiga tahun. Sepanjang tiga tahun, setiap yan

Makanan Pantang Perempuan Sewaktu "Dating"

Imej
[#SedangMendengar : Kelly Clarkson - Dark Side] Semalam usai penat mendengarkan taklimat pilihanraya, waktu makan tengah hari pun tiba. Tetapi malangnya, makanan yang tidak mencukupi menyebabkan aku mencari pilihan lain dengan satu tekad - Lepas pergi selesaikan urusan bank, marilah kita makan benda yang paling banyak diperkatakan di Twitterjaya sejak kebelakangan ini : Burger Samurai McDonalds. Kebetulan ternampak beberapa budak sekolah perempuan yang sedang makan bersama pasangan masing-masing (mungkin sebab waktu balik sekolah) - masing- masing hanya minum dan makan kentang goreng berbanding dengan teman lelaki (atau kawan baik kot?) yang makan burger dengan berselera. Sama ada mereka sudah kenyang makan di sekolah ataupun punya alasan lain, aku terus teringat beberapa makanan yang digariskan oleh kawan-kawan aku sebagai pantang semasa keluar bersama teman lelaki. 01 - Burger. Tak kira apa sahaja jenis burger walaupun burger itu hanya setingkat sahaja

Kata Lima - Perihal Menjolok Mata

Imej
Disebabkan ramai wanita di dunia, ada sesetengah mereka memilih untuk memakai pakaian yang menjolok mata bagi menarik perhatian lelaki kerana gusar dengan nisbah 9:1 yang dikhabarkan golongan ulama untuk menakutkan umat Islam di akhir zaman membuatkan mereka rasa terancam dengan banyaknya saingan di dalam sirkulasi kehidupan mereka. Harus diketahui bahawa menjolok mata itu bukan sahaja yang tidak cukup kain dedah sana dedah sini, bahkan yang berwarna meriah di sana di sini juga sama menjolok mata sebenarnya. Jalan sahaja ke mana-mana, maka segala gerak-geri menjadi bahan perhatian lelaki. Bagi aku, aku lebih memilih dan lebih nampak gadis yang memakai warna-warna biasa. Putih, hitam, biru cair, kuning cair dan segala warna cair lain yang mampu mencairkan hati aku melihat memandangnya sepanjang masa. Bukan warna-warni seperti trend semasa yang digelarkan colour-block dalam seni fashionista yang pelbagai rupa entah apa-apa itu. Sumber Ya, hari ini aku bercakap pasal Sains

Cinta Derhaka.

Imej
Assalamualaikum (bagi yang boleh jawab), What's up? (bagi yang tak boleh jawab salam atas tadi yang Assalamualaikum tadi tu). Kita tak sepatutnya menulis dalam terfaktab ni. Kita sepatutnya buat video sedih-sedih, romantik cheesy , kelakar pecah perut je dekat terfaktab ni. Tapi harini kita emo. Emosi kita jadi berkecamuk sikit harini, tak tau pasaipa tah. Tangan jadi gatal nak sama-sama menyambut emosi kecamuk ni. Sebelum awak semua baca apa yang kita nak cerita ni, kita nak awak semua klik butang play dekat video bawah ni. Sambil baca, sambil dengar lagu. Volume biar bagi slow sepoi-sepoi je. Pernah tak kita semua terfikir apa jadi kalau hubungan kita dengan pasangan kita sampai bila-bila tak dapat restu Ibu kita? Pernah? Mungkin Ibu mula-mula tak suka dengan pasangan kita, tapi lama-kelamaan Ibu boleh menerima pasangan kita seadanya. Lepas tu kita jadi bahagia. Ever after . Tapi pernah tak kita terfikir yang "Ibu boleh terima pasangan kita seadanya&quo

Cinta vs Komitmen.

Seperti biasa, ini pendapat saya. Anda bisa menyetujuinya, dan anda juga bisa menyangkalnya. Pada dasarnya, khusus untuk orang orang yang sudah lama berpacaran ada dua kategori: 1) Cinta itu masih bisa jadi cinta  2) Cinta itu sudah jadi komitmen semata Untuk yang pertama, tidak masalah. Mungkin siapa saja di kalangan ini bisa sukses dalam perjalanan cinta mereka.  Nah tapi untuk yang kedua, harus ada sedikit usaha. Mungkin antara kalian ada yang kurang jelas dengan pernyataan saya. Cinta sudah jadi komitmen semata ?  In a relationship sudah lama, mau putus tapi sayang. Karena apa? Karena mereka biasanya lebih mendahulukan apa pandangan orang lain untuk mengatur jalan cinta mereka. Dan parahnya lagi, kalau sampai sudah tahap saling tidak mencinta, tapi karena sayangkan perjalanan tahun yang lama, sayangkan hati orang orang lain, mereka tetap bertahan meski dalam keterpaksaan.  Jodoh itu di tangan Tuhan, tapi doa itu di tangan kita. Berlanjutan kalau keterpaksaan it