Cik Ipah.

Zaman-zaman dulu, zaman sekolah dulu (entah tahun berapa dah, maklumlah saya dah tua), ada seorang kawan ni, saya panggil Ipah. Masa kat asrama dulu Ipah duduk block B tingkat 2. Ipah orangnya ramah senyumnya manis, saiznya sederhana dan tinggi lampai (OK tak tahulah betul-betul tinggi ke camana, sebab saya ni pun, lagi rendah dari Alexia Aqram).

Ipah ni dalam bilik dia penuh buku, dah macam mini library. Ada novel, ada komik, ada VCD, semua cerita-certita jiwang. Maka student-student yang kopak duit tapi mahu entertainment selain TV1, TV2 dan TV3 selalulah berkunjung ke bilik Ipah mintak pinjam buku. Saya pun pernah pinjam 1-2. Amboih kemain novel grafik dia, boleh buat orang yang baca macam nak kawen kat situ jugak. kakaka.
Mini library Ipah tak lawa camni, tapi buku dia power-power. (sumber gambar)
Satu lagi perkhidmatan Ipah ni ialah, kaunseling. Tak kira petang ke malam ke, adalah yang jumpa Ipah buat sesi kaunseling. Kalau lalu depan pintu dia mesti nampak sorang tengah duduk tepi pintu sambil mengangguk-angguk faham dengan Ipah ada kat depan, kasi nasihat panjang lebar. Dah macam YB Ipah ni.  Ipah bukan pengawas pun, bukan ketua blok pun, bukan wakil dorm pun, tetapi pantang takde kelas memang dia orang cari. Punyalah power Ipah ni, sampai next sem dia terus dijadikan ketua aras dia biarpun dia cakap dia tak reti nak jadi ketua orang. Tapi member se-aras cakap, tak payah buat benda lain dah; asal rajin dengar masalah dan pandai kasi nasihat, itupun dah cukup bagi kami.

Yang peliknya, semua orang tahu Ipah tak ada pasangan. Malahan Ipah dah lama single. Tapi tiap hari orang masih bersusun depan bilik Ipah, minta pendapat dia pasal pasangan curang, pasangan kuat merajuk, pasangan diganggu orang ketiga dan macam-macam lagilah. Kadang-kadang saya pun duduk dengar nasihat dia--pergh, memang solid sebijik la advice dia. Macam budak belajar psikologi biarpun dia course Fizik. 

Dan setiap hari rakan-rakan masuk dari bilik Ipah dengan muka monyok, keluar dari bilik Ipah dengan senyum lega. Kadang-kadang ada yang datang balik 2-3 hari kemudian, bukan nak complaint tapi sebab nak berterima kasih bila advice tu menjadi.

Begitulah hebatnya dia, rakan saya dulu, Ipah.

Eh tapi kenapa saya cerita pasal Ipah? Bukan korang kenal pun?

Beginilah, sebenarnya saya nak menyebutkan, tak semestinya kena ada relationship dulu (dah kapel, dah tunang, dah kahwin) baru boleh bagi advice. Seperti kata Elmi, kalau nak beli kereta takkanlah kita tanya salesman tu dulu dia ada kereta ke tak baru nak beli? Pernah tanya salesman Vios samada dia beli Vios? Atau salesman Ferarri samada dia dah punya Ferarri? I bet paling dekat pun dia dengan Ferarri itu ialah bila dia lap Ferarri tu dekat showroom dan usap-usap dashboard sambil pegang stereng.

"Ha, akak, ce main butang wiper tu kak. Best tau, saya selalu buat bila bos takde."- ujar salesman itu. (sumbergambar)
Tapi tak semestinya dia tak tahu apa-apa tentang Ferarri. Mungkin dia dah baca banyak majalah auto. Mungkin dia pergi setiap autoshow. Mungkin dia dah tanya setiap feedback pelanggan dahulu yang menggunakan Ferarri itu. 

Samalah juga seperti Ipah. Biarpun beliau tak ada kekasih (pada masa itulah, sekarang tak tahu), tapi beliau pandai observe orang lain punya relationship. Beliau banyak baca buku (bilik macam mini-library, remember?), beliau banyak berborak dengan orang dan bertukar pendapat. Dan mungkin juga itu sebabnya beliau single pada ketika itu--sebab dah tahu macam-macam, dia lebih berhati-hati dan tak 'main redah' je dalam relationship. Dan saya percaya jika suatu hari nanti bila Ipah dah ada relationship, dia juga akan dapatkan nasihat dari rakan-rakannya, yang single juga. Sebab mungkin orang single ni melihat dunia relationship dari perspektif yang berbeza.

Kesimpulannya, lihat nasihat yang dibawakan, dan bukan penasihatnya. 

Ada faham? 

Itu saja untuk hari ini. Okbai. Assalamualaikum.

Ulasan

Mikael Sahaja berkata…
Aku terbayangkan wajah dia pakai spek, muka ala-ala nerd sikit. Mohon pencerahan.
Laserquest berkata…
ipah belajar melalui pembacaan
Eppy Ismail berkata…
Ko cakap sal aku eh? Hahak!
Eppy Ismail berkata…
Ko cakap sal aku eh? Hahak!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.