Cheapskate Wedding , Part 1

Assalamualaikum wbt.

Hello anda-anda semua! Apa khabar? Sedang ke pesta buku? Alhamdulillah, jangan lupa beli buku baru kami Korban Cinta Remaja. Memang lain dari lain sebab kami menimbulkan kisah-kisah cinta super sedih, super bengong, dan super aneh. Semua orang punya cerpen dalam tu memang best, kecuali yang Bent Pencil buat, apa mende entah, merepek betul. Oh by the way, maafkan saya kerana dah lama tak tulis, sebenarnya saya sibuk berlari sana sini jumpa orang, cari barang, survey harga. Almaklumlah busy nak kahwin. Yeay! kawin!



Seperti yang anda baca entri-entri/status post Terfaktab sebelum ini, kami memang menolak perkahwinan stail besar-besaran. Kami semua sungguh-sungguh kata nak kahwin begitu-begini. Tengok dalam KT2 tak, perkahwinan jimat duit versi Alexia Aqram? Itu cukup lejen, saya pun suka. Tapi bila sampai pada masanya nak kahwin (so far dua writer dah kawin, tiga on the way), kebanyakan dari kami berada dalam dilema. Nak nikah aje lepastu buat kenduri dekat masjid? Hah, merajuk mak bapak sampai ke tua! Jadi saya cari satu jalan tengah di mana saya boleh potong kos di mana patut, dan masih lagi tak perlu berhutang kepada siapa-siapa

Jadi inilah tips yang saya dapat bagi kepada anda-anda semua yang akan kahwin, cara menjimatkan duit untuk kenduri. Terutamanya bagi mereka dengan ibubapa berjawatan tinggi yang materialistik. Muahaha!

Tips Kahwin Cara Cheapskate (tapi masih proper)

1) Mula awal.
Lepas anda decide nak kahwin, mula awal. Research harga sana-sini. Bila anda well-informed, anda tahu mana tempat murah mana tempat mahal.Ini akan prevent orang lain untuk masuk campur. Oh ya, dapatkan "team persiapan kahwin" yang terdiri dari member-member yang banyak contact. Member, bukan family member (kalau nak juga, adik beradik yang sebaya). Kejap lagi saya bagitahu kenapa.

2) Elak libatkan orang materialistik
First thing bila anda decide nak kahwin, mesti ada seorang hamba Allah yang akan terlebih excited. Dia akan bagitahu hantaran apa paling bagus, mana katering paling best, mana planner paling best, mana tempat paling power. Tapi, harganya MASYAALLAH awak ingat saya anak menteri besar Sarawak?

Orang ini, (malangnya) biasanya family member. Makcik, pakcik, sedara belah bakal menantu, atau kalau lagi malang, parents sendiri. Kalau mereka bagi cadangan, senyum je. Kalau mereka cuba influence bakal mentua/parents anda, senyum je. Dengar saja apa kata mereka, tapi cari option lain, dan buat persiapan tanpa melibatkan mereka. Beli cincin, jangan bagitau. Tempah katering, jangan bagitau. Pergi beli baju pun jangan beritahu. Bila mereka marah cakap saja "Ala, dah beli/book dah tak boleh cancel, etc etc". Memang mereka akan merajuk tapi tak adalah lama. Tak adanya makcik/pakcik/ipar/kakak/parents nak merajuk sampai mati sebab awak tak pilih baju kawin kaler champagne buatan Rizalman.

3) Membeli persiapan
Ini tips paling banyak perempuan suka. Yeay! OK saya bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu cincin, baju dan persiapan lain. Tapi sebelum itu ada tips yang sama--tetapkan belanjawan berapa untuk SETIAP barang tersebut, dan survey sebanyak mana boleh. Tak ada masa survey? Itulah gunanya member "team persiapan kahwin" no 1 tadi.

a) Cincin: Ini saya tak ingat tips dari siapa (kalau ada yang ingat mohon beri link di komen). Kalau anda pergi ke kedai, tengok cincin dalam bajet anda sahaja. Contoh, pergi ke kedai emas dan kata "Budget saya RM300-400. Cincin emas dalam harga tu ada?" Usually salesgirl akan tunjukkan anda cincin tersebut. Dan antara cincin tu ambillah yang mana paling cantik/glemer yang pasangan anda berkenan. Ini dapat mengelak daripada masuk kedai, lepastu pasangan ter"minat" satu cincin tapi lepas tu baru tahu harga dia luar budget (tapi terpaksa bayar sebab pasangan dah kempunan). also, a few other tips:
i- Sentiasa check harga emas dunia. Bila jatuh baru beli. (biasanya time tu kalau anda ke mall, nampak kedai emas penuh makcik-makcik, terus le masuk LOL)
ii- Cincin kedai Melayu (aka kedai emas Kelantan) lagi murah dari kedai emas Cina/syarikat femes. Also, silver lagi murah dari suasa. Belilah silver untuk ikut sunnah Nabi.
iii-Cincin ada permata harga dia tetap. Tak ada permata, harga depend harga emas dunia.
iv-Cubic zirconia lebih murah dari berlian. Tak dapat bezakan apa itu zirconia dan berlian? Bagus. Belilah cubic zirconia. Most people tak dapat bezakan anyway, except makcik-makcik yang dah taraf pemastautin kedai emas.

b) Baju kahwin beli ke sewa? Beli ke sewa paling murah? Well, melainkan anda ada sedara yang boleh kautim atau pandai jahit sendiri, harga jahit memang mahal. Walaupun kain pasang ada semurah RM250, tapi kalau jahit baju kahwin dia caj ratus-ratus juga. Solusinya? Mass-produced baju kawin.
Ya betul, saya tak tipu. Hari tu ke jalan TAR. Tak ingat nama kedainya--tak ada papan tanda besar pun, bangunan stail lama pulak tu, tingkat atas lagi--tapi bila masuk semuanya baju nikah/kahwin yang mass-produced. Harga paling rendah RM100 (gila kan? tapi sexay sangat saya rasa, so saya ambik yang RM200). Veil, tudung, beli dari kedai tudung borong. Masuk kedai tu penuh makwe-makwe yang rupa macam blogger jual tudung. Nampak diorang, you know you're in the right place. Harga kalau kat butik RM79, kat sana RM19. Jimat Hoi!

Oh ini lagi satu tip dari kawan saya: nikah pagi, kahwin tengahari. Pakai baju yang sama. Tukar sikit je, kalau nikah pakai songkok, kahwin tukar la ke tengkolok. Ikatan samping nikah simple, samping kahwin ikat bunga. Gitu. (p.s. kalau sewa baju pengantin, dia tak akan bagi tudung utk perempuan, dan kasut untuk lelaki. Dua ni anda kena beli.)

c) persiapan lain - benda - benda macam hiasan hantaran, bunga telur (atau mak mertua saya panggil "berkat") memang agak mahal. Melainkan anda rumah memang dekat Nilai, nak cut cost memang susah. Cara saya: pergi kilang. Yes. Kilang barang hantaran untuk cari dulang, hiasan dan goodie bags. Ya, kilang coklat untuk beli dalam bunga telur dan Ya, sekarang tengah cari kilang percetakan pula. Gila tak gila? Pernah kena herdik kot dengan staf kilang barang hantaran sebab beli sikit-sikit tapi muka cheapskate ni tebal. Harini kena herdik, besok datang lagi. Kakaka!

4) wedding planner
Biasanya mereka akan offer baju sewa+pelamin+andaman pakej. Dan pakej untuk kahwin di rumah lebih murah dari kahwin di dewan. Sebab apa? Sebab pelamin. Jadi janganlah ambil pelamin. Bukan amalan Islam pun. (pasangan saya ok pasal ni. mak kitorang pun ok. fuh! *lap peluh*) Makan beradap sudah. Kalau nak spot ambil gambar, buat guestbook booth yang berhias, atau gerbang depan pintu.
Ok persoalan di sini: nak ambil pakej ke tak? Ada orang kata murah. Tapi di sini pakej 2k dan tak murah. Jadi saya tak ambil pakej. Bila ambil asing-asing, rupanya lagi murah sikit dua ratus gitu. Tapi sikit pun OK lah kot!


5) photographer, jurumekap dan lain-lain
Hire a blogger. Yes, hire a blogger. Banyak blogger yang baru nak naik, dan baru nak berjinak-jinak dalam bidang perkahwinan. Mereka caj samada sama dengan planner, or up to 100-200 less. Yang nama-nama besar macam annaseaskey memanglah cantik, tapi tengok baki dalam Maybank2u ni tak berapa nak cantik memang kirim salam jelah nak amik. LOL!

Yang bagusnya pasal blogger ni mereka ada blog atau page Facebook yang tunjuk hasil seni diorang. So boleh lah banding-bandingkan kualiti kerja dan harga. Dan mereka mudah nak contact kalau nak ajak kenal-kenal (kenal boleh mengorat jangan!).


6) catering
katering, cheapskate macam mana pun, ini part yang paling susah untuk di kawtim. Ambil murah sangat takut dapat yang jenis halai-balai kang satu dewan cirit-birit. Dan kalau tetamu adalah ramai, terpaksa ambil syarikat yang dah biasa buat large-scale sebab mereka ada equipment untuk masak banyak. Ini boleh  burn up to RM15k duit korang. Boleh pergi umrah tiga kali woi!

Solution saya ialah ambil yang syarikat paling kualiti tapi ambil pakej yang paling rendah. (mana-mana adik saya yang baca ni tolong jangan bagitau mak. haha!). Saya sendiri pergi premis dia dan puas hati tengok dia pakai steel cooking pot ala-ala kilang. Makan pun, sedap juga (ya, anda boleh jadualkan sesi food tasting. Telefon dia untuk confirm). Jadi ambil pakej paling basic yang ada nasi minyak, lauk briyani, dalca dan air berperisa. basic stuff. Asal tak ada orang sakit perut kena salmonella sudah.

Jangan risau takut malu dengan kawan-kawan sedara mara kalau lauk simple. Be logical. Takde dosanya buat katering tak ada bubur kacang atau soft-serve ice cream. Kawan anda yang sebenar kawan, cuma akan datang nak tengok anda kahwin, berkenalan dengan pasangan anda, ambil gambar dan upload ke facebook. Yang jenis mengumpat tu bukan kawan namanya, tu acah-acah wedding reviewer. Jadi wedding reviewer boleh dapat mende? At least jadi sports reviewer masuk TV Astro Arena. Trololol.

OK lah setakat tu je saya nak kongsi. Ada banyak lagi, but I'll post as I go along. Yang penting, biar anda dan pasangan sekepala. Selagi perkahwinan ni menggunakan duit anda berdua, selagi tu anda berdua berhak menentukan ke mana perginya duit anda dan bukan makcik, pakcik, kakak, abang atau ibubapa anda. Saya syukur sangat dalam hal ini kami sama-sama anti kawin mahal. Dia kata nak buat parti Kelab Kahwin Kenduri Murah tapi kita kena tunggu PRU14 la baru boleh bertanding.

Ok dah merepek panjang sangat ni. Tata!


Ulasan

chekodok berkata…
bagus betul tips ni.
eZmALiZa berkata…
terbaikkk!! patik pon anti kawin mahal!! i am very cheapskate! dulik hape.

kemewahan sewaktu majlis perkahwinan belum tentu menjamin kebahagiaan. tapi, bila kita mewah selepas perkahwinan, insyaAllah, kebahagiaan sudah pasti akan terjamin.
TheBentPencil berkata…
thank you! thank you!

oh ya dan adakah kita tahu bahawa dalam islam, kos nikah sepatutnya ditanggung oleh ibubapa pengantin?
sebab pemberian wang dari pihak suami hanya jatuh wajib selepas akad nikah. maknanya sebelum nikah semua kos siapa yang tanggung? wali sah la.
haaa gitu.
Unknown berkata…
Harus di suggest pada pasangan yang nak berkahwin tapi takut belanja besar ni. Mohon share. Ehehe
Hushu berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hushu berkata…
murah x semestinya x b'kualiti. ari tu my sis kahwin, pelamin wat sendiri. hantaran pn deco sndr. beli bunga dkt kedai borong jer. kain pun dkt kedai murah2, semeter rm1 jer utk pelamin. bila msuk gmbr, cantek jer. abeh kenduri kain tu my mum guna wat langsir. hahaha... photog pn mmbr sndr yg bru start wat photog. cun jer pict dia. hahaha... make up, mmbr punya mum, include skali dgn photog. untungnya duk kg, xyah catering. jiran2 dtg masak dkt umah. hehehe... :)
Mahirararara berkata…
Hah bagus punya tips ni. untuk perancangan masa depan saya. dah ada dah bahan rujukan hihi
Nurin Farhanah berkata…
memang berinformasi punya tips..heheheh

rasanya ibu aku boleh kawtim dengan aku
phaz berkata…
entri yg bagus..keep up the good work..:)
Unknown berkata…
hahaa . nice .. kalau kelab tu dah ditubuhkan , make sure dihebahkan pada saya juga okey sebab saya pun anti kahwin mahal :D
Unknown berkata…
Ahhhh saya pun dah nak kahwin ni, duk pening tengah pikior pasal baju, boleh x beri description lebih detail pasal kedai di jalan TAR tu? Dan kedai tudung borong tu di jalan TAR juga ke?
TheBentPencil berkata…
@Nurfarhana:

Kedai tu barisan bertentangan gulatis. lintas jalan, lepastu masuk kedai yg byk jual tudung tu, ada tangga naik atas. atas ada area yg ada mannequin pakai wedding gown, ha tulah!

yg kedai borong tu tak ingat tp dekat dgn semua house. apa2pun kedai borong tudung ada byk. round semua sekali maybe dpt harga lagi murah.
Tanpa Nama berkata…
wah....nak kawen la camni...aahahah
suha berkata…
bagus gile tips..erk tapi boleh tak selit tips nak cri calon pngntin lelaki..eh???

(^____^)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.