Awak, ini jawapan.

Awak.
Kawan saya cakap saya ini sudah dikategori public figure.
Celah mana public figure saya pun tak tahu. Yang penting sudah ramai orang mengenali saya.
Lebih ramai orang kenal, lebih banyak kawan saya jumpa.

Dan saya sendiri tidak akan tahu yang mana satu kawan, yang mana satu kawan berlawan.

Sebab itu saya mengecilkan ruang berkawan saya.
Cuba awak lihat dengan siapa saya berkawan.
Tidak ramai bukan?

Jika kawan saya yang kecil ini juga gunting dalam lipatan.
Ya saya kecewa.
Tapi saya tahu saya perlu hadapi juga satu hari nanti.

Saya sudah tidak peduli tentang makwe, kekasih, tunang, isteri dan sebagainya.
Bila saya berjumpa dengan kawan-kawan lama saya. Iaini kawan-kawan saya yang mengenali saya sejak sekolah dan universiti. Mereka mengenali saya pada sifat yang awal, bukan yang terkini.
Mereka juga hadapi hal yang sama.
Curse.

Saya rasa saya setuju bahawa kalau ada makwe. Baik kita simpan.
Tapi saya tak nak jadi macam Deus. Dia ada makwe. Dia simpan.
Tapi dia ketawa tengok phone serupa orang gila.
Lalu hal ini mengingatkan saya tentang Leplep.
Bila entah Deus dan Leplep nak kembali bersatu semula seperti dahulu.

Maaflah kalau saya terlalu berterus-terang atau menghebahkan.
Saya memang begini. Saya seorang yang prihatin. Lebih prihatin dari Anwar Ibrahim.

Saya kalau nak mengorat makwe. Pick-up line saya memang bodoh-bodoh.
Contoh seperti;

"Awak ni bukan Lisa Suriani kan? Kalau bukan, saya nak berkenalan"

atau seperti

"Awak baca Kasarnova? Apa kata awak try baca Heroin. Orang perempuan banyak baca yang ini."

See? Saya memang bodoh dalam berkenalan dengan perempuan yang saya tak kenal. Selalunya saya melihat reaksi pertama bila si dia membuka mulut. Dari situ saya tahu dia ni jodoh saya melalui syaitan, melalui jin atau melalui Tuhan.

Tapi tu lah.
Semuanya bila membuka mulut. Saya rasa saya yang syaitan sebenarnya.


Ulasan

semoga satu hari nanti kamu punya idea untuk mengurat makwe....ehehehehe..:)

ku doakan semoga kamu bertemu jodoh yg baik dan semoga kamu terus punya idea segar utk berkarya..:)
shida berkata…
ha3..sempoi...
one day u will find one...
dun worry..~~
aLEEamanina berkata…
Satu hari nanti you'll find the one who will actually laugh at your pick up lines.

I myself tengah cari (hamboih) a person that can maturely accept my immaturity.

Hahahaha. Serius. Terasa lawak apabila kita cuba 'assure' orang lain untuk jangan risau. Sedangkan kita risau jugak.

Good luck.
Monamanishati berkata…
Dari dulu kita selalu baca awk punya post, mmg jatuh cinta lah kan.

And tanpa sedar, rupanya kita pernah berbual sama2 dalam satu event baru2 ni, tp kita tak kenal awk time tu.

Balik tu baru lah kita tau, orang yang kita borak tu ialah org yang kita nak sangat jumpa, and orang tu ialah awk :)
Hafeez Darraji berkata…
saya rasa awak nih biasa biasa je. macam orang lain yang biasa biasa jugak. tapi dieorang lupa yang biasa tuh melengkapkan yang sempurna

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.