Umar

"Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil menendang televisyen. Hanya kerana satu iklan bangang mengenai amalan sopan santun dalam masyarakat, Umar gagal menahan perasaan. Televisyennya berasap. Ibunya hanya menggelengkan kepala. Anak tunggalnya itu mempunyai sikap yang amat teruk, dia pemarah dan tidak sabar. Sudah berkali-kali ibunya menasihati, sudah berbotol-botol air yassin diminumnya, sudah dua tiga puluh orang pawang serta jurulatih motivasi dipanggil, sudah cukup sudah, Umar masih lekas marah.

Sambil melompat keluar dari tingkap yang terbuka, Umar menjerit, "Keluar kejap mak!". Ibunya terus berlari ke muka pintu. "Umar, apa gunanya rumah kita ada pintu kalau engko masih menggunakan tingkap?", ibunya bertanya lembut. "Pintu dicipta untuk membuang masa, mak!", Umar menjawab sambil membawak keluar basikalnya dari bawah rumah. Ibunya hanya mampu menggelengkan kepala.

Baru sahaja Umar hendak mengayuh, rantai basikalnya tercabut. Umar terjun dari basikal dan menghumban basikalnya ke batang pokok rambutan. Burung-burung yang baru hendak mengupas buah rambutan habis kucar-kacir terbang akibat terkejut. Umar melangkah meninggalkan perkarangan rumahnya.

Tidak sampai 3 batang rokok dari rumahnya, Umar sampai di satu simpang 3. Dia tidak tahu mahu ke kanan atau ke kiri, ini kerana dia masih tidak mempunyai halatuju ketika keluar dari rumah tadi. "Kuasa memilih ini menaikkan amarahku!", Umar menjerit lagi. Beberapa orang penduduk kampung menggelengkan kepala. Mereka juga sudah cukup masak dengan perangai Umar. Malah beberapa orang bijak pandai di kampung itu pernah mengeluarkan pepatah, "Ibarat Umar tidak marah" yang bermaksud satu perkara yang tidak logik. 

"Boleh tak perempuan bersalin dari pusat?", tanya seorang budak kecil berusia dalam lingkungan sekolah rendah kepada kawannya. "Mana boleh, bersalin melalui pusat itu kan ibarat Umar tidak marah", kawannya menjawab. Budak yang bertanya tadi automatik menganggukkan kepalanya laju-laju. "Diam-diam, abang Umar datang", kawannya memberikan amaran. Mereka berdua diam sambil melihat Umar melepasi mereka dengan muka yang bengis.

Umar duduk berehat di atas sebuah jambatan sambil merenung air sungai. Wajahnya sedikit muram, dia juga menyedari tentang sikap buruknya namun cukup sukar untuk dia mengubahnya. Beberapa ekor ikan kelihatan sedang mengambil nafas di permukaan sungai. Umar ralit melihatnya. Tiba-tiba satu pelepah kelapa yang kering jatuh ke dalam sungai dan membuatkan ikan-ikan itu lari. "Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil berlari laju membuat satu "jump kick" pada batang pokok kelapa itu.

Waktu bertukar. Siang menjadi malam. Umar sedang tidur lena di rumahnya. Itupun selepas beberapa kali dia melempiaskan kemarahannya akibat beberapa perkara yang tidak logik. Dia menendang kipas anginnya kerana terlalu sejuk walaupun pada speed nombor satu, dia menumbuk seekor cicak kerana berbunyi kuat dan mengoyakkan bantalnya kerana lari sedikit dari kepala, sesudah itu barulah dia mampu tidur.

"Umar, Umar, kalau kau tidak mahu marah, carilah cinta Umar. Cintaaaa. Ini kerana kalau cinta, jangan marah. Carilah Umar, carilah."

Umar terjaga. Mimpinya pelik. Dia masih mampu mengingati tentang nasihat dalam bentuk suara ghaib tanpa visual itu. Cinta? Umar berkata sendirian. Kalau cinta jangan marah? Umar bertanya seorang diri. Adakah itu yang diperlukan untuk mengubah sikap buruknya itu.


Bersambung...


Ulasan

Judh berkata…
serasa ingin ketawa disaat-saat rabak ini. Umar umar....
Myera Nyera berkata…
hahak kalau cinta jangan marah? hahahahhahaha
Anis Zafeerah berkata…
Ibarat Umar tidak marah hahaha
Fairuz Zainal berkata…
pepatah baru!! ibarat umar tidak marah!! hahahahahaa bongok leplep buat aku bace ulang kali pepatah tu! =.=
fifie berkata…
Umar tu gila ke apa benda kecik pun naik angin. hahaha
EzrafelEffendy berkata…
Burung mengupas kulit rambutan?.
Tanpa Nama berkata…
Pintu dicipta untuk membuang masa. Lagi cepat keluar ikut tingkap. Bhahahahaha!
Unknown berkata…
"Umar, Umar, kalau kau tidak mahu marah, carilah cinta Umar. Cintaaaa. Ini kerana kalau cinta, jangan marah. Carilah Umar, carilah."

ape punye mimpi laaaaa

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.