Dari Pejabat Terfaktab : Car-Boot Underground dan Borang Penempahan
Tahun 2013 adalah tahun reformasi untuk kami di Terfaktab menggalas tanggungjawab lebih banyak selepas berakhirnya tahun 2012 yang cukup meriah dan mencabar. Permulaan tahun 2013 ini bakal menampilkan banyak pembaharuan dari segi jenama, produk dan aktiviti untuk semua peminat-peminat Terfaktab di seluruh Malaysia.
Maka, sebuah aktiviti dinamakan sebagai Car-Boot Underground Terfaktab telah diadakan dan telah bermula sejak 13 Disember 2012 lepas. Menampilkan destinasi UiTM Lendu sebagai jelajah pertama.
Apa itu Car-Boot Underground?
Merupakan satu jualan ringkas selama 2 jam dengan menggunakan kereta. Selama 2 jam itu, kereta akan membuka 'bonet belakang' dan menjual barangan kepada pembeli yang berminat.
Mengapa Underground?
Hanya 2 jam sahaja dan ia diadakan secara tersembunyi tanpa dihidu oleh pihak berkuasa seperti pihak majlis tempatan, pihak polis, polis bantuan, pak guard hatta pensyarah yang mungkin gila kuasa suka mengadu buat cerita bukan-bukan. Lebih underground kerana berita kedatangan car-boot hanya diketahui secara minimum dan tidak terlalu terbuka.
Apa yang dijual di Car-Boot Underground Terfaktab?
Kami menjual pelbagai buku alternatif dari pelbagai syarikat penerbitan yang berminat. Antara buku yang kami jual ialah buku dari Terfaktab Media sendiri, Lejen Press, FIXI, Moque Press dan terbaru, Dubook Press. Tidak ketinggalan cenderahati seperti baju dan cawan.
Car-Boot Undergorund Terfaktab sehingga kini telah menjelajah ke lima destinasi iaitu UiTM Lendu, UTHM Batu Pahat, UTEM Melaka, UiTM Segamat dan terbaru di UiTM Kuala Pilah. Sambutannya amat meriah dan menggalakkan.
Berikut ialah antara gambar sempat ditangkap sewaktu car-boot diadakan;
Di UTHM Batu Pahat |
Pembeli di UTEM Melaka |
Serbuan di UiTM Segamat |
Santai di UiTM Kuala Pilah |
Bagaimanakah destinasi di pilih?
Ia dipilih melalui maklum balas peminat yang diadakan di Twitter. Pihak kami akan menilai tempat yang boleh diadakan car-boot haruslah menepati kriteria seperti mendapat permintaan ramai dan berada dalam lingkungan perjalanan 2-3 jam dari pusat kami di Muar dan Subang Jaya.
Ke manakah destinasi car-boot underground selepas ini? Ikuti kami di Twitter Terfaktab dan Facebook Terfaktab. Woha!
*****
Baiklah. Pre-Order dan Penempahan Kitab Terfaktab; Sarkastik Cinta, Makan Dalam dan Diorama Eksisten telah dibuka. Berikut ialah link untuk borang penempahan. Sila klik -> https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGpJU2JTNGdnZTU2SEcwTzU4STZtclE6MQ#gid=0
Untuk promosi ;
Makan Dalam adalah buku penulisan pendapat dari tujuh penulis iaitu ;
Hamka Kereta Mayat
Cik Srikandi Mistisfiles
The Other Khairul
Nizam Archibald
Karl Naim
Penulis. Sahaja
Alexia Aqram
Pastinya menarik dan meletops noks!
Ulasan