Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

An open letter to my future daughter.

Imej
If I ever get married one day *cough,cough*, and have a daughter, I will pick a night with her and talk about love and life.  On that night I shall buy her a scarf, sit by her bedside and tell her this. “My dear daughter, here is a scarf; wear it. Now I know you are going to cringe and sulk right now, and you are going to ask why. And you are going to expect me to lecture you about the justification from AnNur word by word, noun by noun. But no, I’m not going to do that. You can pick the Book later, anytime, and read it anywhere. But I will tell you this—wear it because you want to, not because you need to.   My dear daughter, At one point in your life, you will see your friends in latest trends and fashion. You will see the popular and the pretty, always in their full-faced makeup, tiniest dresses, and colorful tresses. How  they are admired and seemingly loved by many, and you are tempted to follow them. Don’t. Wear normal, simple clothes. Dress to cove

Pesta Buku 1Malaysia

Hai semua. Hanya mahu memaklumkan yang kami akan berada di Pesta Buku 1Malaysia mulai hari ini (30 Januari 2013) hingga Ahad ini (3 Februari 2013), bertempat di PWTC Kuala Lumpur, booth nombor A90. Buat kalian yang hendak membeli buku terbaru kami iaitu; Kitab Terfaktab #3 : Sarkastik Cinta Makan Dalam Diorama Eksisten Silalah datang ke booth kami untuk mendapatkan buku-buku tersebut. Juga terdapat buku-buku lain keluaran Dubook Press dan Moque Press di booth tersebut. Booth di buka pada jam 10pagi hingga 8malam selama 5 hari ini. Terdapat cenderamata iaitu green bag Terfaktab untuk pembeli yang membeli buku kami (selagi stok masih ada). Kalian juga boleh mendapatkan buku pada harga istimewa kerana kami ada melakukan diskaun (potongan harga). Terima kasih kerana membaca dan jumpa di sana! p/s : Hari Sabtu, ramai writers akan datang. :-P

Back To School

Imej

The Terfaktab Blood

Imej

Letters to the Editor: A Precious Loss.

Imej
How does it feel like to lose a friend? Does it hurt as much as losing a lover, or as much as losing a part of you? Friends are the people who shared a part of you, both good and bad and still accept you the way you are (until the friendship breaks, of course). That's why to some, the pain of losing a friend is indescribable. Here is one, written by @moimori from Rojakstory . I have lost a wonderful friend. She is someone whom I met few months ago through an online forum by random; and a blossoming friendship was created between us. It is amazing how we, two people who have never met in real life can talk like a real-life friend, over the Internet. Both of us came from two different worlds. She is an amazing woman leading an awesome life meanwhile I am a student, still struggling with my studies throughout my Degree year. Nevertheless, I’m convinced that I found another soul mate of mine. Who said soul mates are always your opposite gender?  I finally met some

Umar (3)

Cuaca petang itu sungguh baik. Kanak-kanak berlari berkejar-kejaran, tupai-tupai melompat keriangan, burung-burung terbang di awanan, pemuda-pemudi duduk kegersangan. Suhu pada waktu itu sekitar 23 darjah celcius iaitu lebih kurang menyamai suhu bilik. Suhu badan normal pula sekitar 37 darjah celcius. Jika melebihi dari itu, bolehlah dianggap manusia itu sedang demam. Suhu badan Umar pula adalah lebih kurang 41 darjah celcius, ini bukan kerana dia sedang demam tapi ini kerana Umar sedang marah. Seperti biasa. Ibunya sedang ralit mesin kelapa. Telatah anak bujangnya yang sedang menterbalikkan almari itu tidak diendahkan oleh wanita tua berumur awal 50an itu. Kerja mesin kelapa memerlukan fokus. Jika hilang fokus buruk padahnya pada jari-jemari. Apabila dia menjeling sekali lagi, kelibatnya anak bujangnya itu telah hilang. "Oh Tuhan, berikanlah hidayah pada anakku, Umar", katanya sambil memegang erat kelapa. Umar menuju ke arah rumah Tok Ketua. Dia harus bertanya menge

Umar (2)

Umar berlari ke pantai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hanya berada dalam anggaran 5 batang pokok kayu jati yang tumbang. Pergi ke pantai pada waktu golongan hantu sedang tekun bekerja memang kerja gila tapi bagi seorang Umar, dia memang handal melakukan pelbagai kerja gila. Sampainya di pantai, Umar menjerit. Untuk menghilangkan stress konon-kononnya. Perangai ini dicedok Umar dari filem-filem yang banyak menunjukkan scene kalau tengah stress, pergi mana-mana lepas tu jerit kuat-kuat sorang-sorang. Bangang. Dia masih memikirkan tentang suara yang menyuruhnya mencari cinta jika ingin megubah sikap pemarahnya. Sebenarnya takde sebab pun dia nak stress tapi anggap je la untuk menyedapkan cerita. Umar melihat jam di tangannya. 4.32 pagi. Oleh kerana suara itulah, lenanya terganggu. Umar tiba-tiba jadi marah. "Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil berlari ke arah laut. Sampai di tengah laut, barulah Umar teringat yang dia tidak pandai berenang. Ombak besar

Dari Pejabat Terfaktab : Car-Boot Underground dan Borang Penempahan

Imej
Tahun 2013 adalah tahun reformasi untuk kami di Terfaktab menggalas tanggungjawab lebih banyak selepas berakhirnya tahun 2012 yang cukup meriah dan mencabar. Permulaan tahun 2013 ini bakal menampilkan banyak pembaharuan dari segi jenama, produk dan aktiviti untuk semua peminat-peminat Terfaktab di seluruh Malaysia. Maka, sebuah aktiviti dinamakan sebagai Car-Boot Underground Terfaktab telah diadakan dan telah bermula sejak 13 Disember 2012 lepas. Menampilkan destinasi UiTM Lendu sebagai jelajah pertama. Apa itu Car-Boot Underground? Merupakan satu jualan ringkas selama 2 jam dengan menggunakan kereta. Selama 2 jam itu, kereta akan membuka 'bonet belakang' dan menjual barangan kepada pembeli yang berminat. Mengapa Underground? Hanya 2 jam sahaja dan ia diadakan secara tersembunyi tanpa dihidu oleh pihak berkuasa seperti pihak majlis tempatan, pihak polis, polis bantuan, pak guard hatta pensyarah yang mungkin gila kuasa suka mengadu buat cerita bukan-bu

Umar

"Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil menendang televisyen. Hanya kerana satu iklan bangang mengenai amalan sopan santun dalam masyarakat, Umar gagal menahan perasaan. Televisyennya berasap. Ibunya hanya menggelengkan kepala. Anak tunggalnya itu mempunyai sikap yang amat teruk, dia pemarah dan tidak sabar. Sudah berkali-kali ibunya menasihati, sudah berbotol-botol air yassin diminumnya, sudah dua tiga puluh orang pawang serta jurulatih motivasi dipanggil, sudah cukup sudah, Umar masih lekas marah. Sambil melompat keluar dari tingkap yang terbuka, Umar menjerit, "Keluar kejap mak!". Ibunya terus berlari ke muka pintu. "Umar, apa gunanya rumah kita ada pintu kalau engko masih menggunakan tingkap?", ibunya bertanya lembut. "Pintu dicipta untuk membuang masa, mak!", Umar menjawab sambil membawak keluar basikalnya dari bawah rumah. Ibunya hanya mampu menggelengkan kepala. Baru sahaja Umar hendak mengayuh, rantai basikalnya tercabut. Um

Jangan Hilang Harapan.

Aku percaya setiap orang akan sampai lowest point on their relationship in life. Been there, done that. Hati sakit macam kena pijak. Kehilangan separuh jiwa. Atau mungkin seluruh jiwa. Aku pun pernah lalui zaman itu. Hati sakit sampai tak terluah dek kata kata. Dan sedar atau tak, kebanyakan dari kita hanya sedar akan adanya Tuhan bila waktu susah begini. Dia lah menjadi tempat mengadu dan meminta bila mana sudah tiada telinga yang mampu lagi untuk mendengar kesedihan kita. Sekadar nak berkongsi pengalaman lepas, masa zaman meroyan aku ni, memang setiap hari pun menangis, mengenang nasib dan sebagainya. Aku pun naik menyampah dengan diri sendiri. Tapi perasaan ni memang bukan saja saja buat. Memang tak dapat dibendung. Soalan yang kerap aku tanya kat diri sendiri “Kenapa? Kenapa jadi macam ni? Kenapa dia tak pernah nampak susah payah aku selama ni? Kenapa?”. Aku pun takde jawapan untuk itu. Aku anggap itu adalah karma. Mungkin dalam relationship sebelum ni aku kejam dengan orang