Sosial Media yang Gagal ke, Awak yang Gagal?


“Gadis dirogol lelaki yang ditemui dalam facebook”
“Anakku dilarikan rakan facebooknya”
“Jejaka kasanova mencari mangsa dalam Facebook”
“jerat facebook mamat Afrika”
“Hilang dara kerana Facebook”
“Facebook membawa kepada keruntuhan akhlak”

Apa lagi? Apa lagi? Banyak betul kisah pasal Facebook dan gadis yang tertipu cinta ni. Daripada guru, selebriti, ustaz, hinggalah menteri semua sibuk membincangkan isu ini. Sampaikan media cetak, dan forum dalam TV juga membincangkan isu yang sama. Sehinggakan ibu bapa zaman sekarang cepat mencegah anak-anaknya daripada mencari jodoh dalam Facebook. Bahaya, banyak penipu katanya.

Apakah benar Facebook ini satu alat yang kejam dan membahayakan? Yang direka khas oleh Zuckerberg dengan hanya keuntungan di minda tanpa memikirkan natijahnya kepada anak gadis seluruh dunia?
Cukup tinggi kebencian golongan bukan-muda (cara sebut yang lebih berhemah) kepada laman sosial Facebook. 

Tapi betulkah ia salah Facebook, atau salah anak gadis itu sendiri?

Zaman saya dulu- masa Mark Zuckerberg masih dalam boxer dan main Mario World dalam bilik tidur dia- tak ada Facebook. Tetapi anak gadis masih hilang dara. Masih ditipu sang kasanova. Berita-berita macam ini selalu ada;

“Gadis dirogol lelaki yang ditemui dalam MIRC”
“Jerat lelaki kasanova dalam Chat Room”
“Hilang dara kerana #kampung chat”
“MIRC membawa ketagihan dan keruntuhan akhlak”

Dan entah banyak lagi.

Isu sama, masalah sama.

Cuma gantikan perkataan MIRC dengan Facebook.

Zaman sebelum itu lagi—zaman senior-senior saya—zaman anak gadis dan jejaka menulis biodata ke ruang sahabat pena dan bertukar-tukar surat. Dan pada zaman itu juga, ada penipu; dan ada juga orang yang ditipunya.

Secara logiknya, makin ramai orang dalam satu komuniti, makin ramailah juga penjahatnya. Tetapi bukan bermakna tiada orang yang baik, yang jujur, yang bertatasusila. Sedangkan ada juga pernah berjumpa jodoh melalui Myspace, Friendster, MIRC malah email, jadi mengapa tidak Facebook?

Mungkin orang zaman “lebih makan garam” lebih curiga terhadap inovasi zaman sekarang—seperti ibu bapa mereka juga pernah curiga tentang inovasi pada zaman mereka.

Biarpun jenayah terang-terangan berlaku dalam landas sosial media namun, bukan salah ia sepenuhnya.

Tetapi salah para manusia yang belum cukup matang, yang mengharungi media ini tanpa membawa sekali common sense mereka.

Dari zaman 'Sahabat Pena', ke Myspace, Friendster, MIRC, hinggalah Facebook.

Pemangsa dan mangsa akan sentiasa ada.

Mana-mana zaman pun ada gadis yang kurang akal tetapi dahaga cinta, dan lelaki yang kurang adab tetapi dahaga senggama.

Bak kata orang putih;

 There’s a sucker born every minute.



Ulasan

enni_amat berkata…
Hebat,saya setuju dgn sang pemikir !
Tanpa Nama berkata…
klu read between the lines...ini mcm kes mazidul akmal sidek ngan superbike ni.
http://www.mazidulakmal.com/2012/12/bukan-semua.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Faulty_generalization
fifie berkata…
Ini betul, kita yang patut sedar diri be careful jangan mudah terpedaya dengan orang di facebook.
setuju 100% dengan kamu..! (^__^)


Media sosial nie tak salah pun, yang salah pengguna tue sendiri..
macam mana cara dia gunakan media sosial tu, samaada untuk tujuan baik atau sebaliknya...untuk tujuan merapatkan ukhwah persahabat atau meramia kan scandals...=,="
Aprimia ✿ berkata…
Kesian Facebook :D
misz aisya berkata…
setuju. sgt2 setuju.

kita boleh kawal penggunaan FB, sbb kita pengguna maka biarlah kita yg guna FB bkn FB yg gunakan kita.

pemangsa ada di mana2, kdg2 hanya menunggu mangsa masuk perangkap tanpa perlu melangkah jauh. :)
Unknown berkata…
yup..perkara mcm ni tetap berlaku dr dulu smpi la ni. cuma mangsa dan pemangsa ja mungkin yg berlainan.Kenapa?sbb tak amek iktibar.Sebab tak sangka perkara cm ni leh jadi kt diri sendiri.besa dengaqkan ayat,"sebelum ni besa duk baca dalam berita,tapi tak sangka lak leh jadi kt diri sendiri"...
hmm...masa kita kecik,mak pak kita jaga kita betoi2 bila dah besaq,kita buat mcm2 smpi memudaratkan diri sendiri.tak pkiaq orang tua kita tu sedih ngn apa yg kita buat.semua nak salahkan orang atau benda lain sedangkan kita yang tak pandai menilai dan tak amek iktibar. apa aku merepek ni?

hmmm....

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.