Percaturan Rindu Seribu Tahun

Berikut ialah kiriman dari pengguna Twitter @ShinaDaniella. Salah langkah. Bawa padah.


Silap sungguh percaturan ini. Perhubungan kita semakin hambar. Mungkin lemau tak disimpan rapi. Atau kering tanpa baja. Bila mana cinta yang disemai semakin kurang berbuah tahun demi tahun. Bila mana cinta berzaman itu disumpah menjadi hanya sekadar tanggungjawab. Lafaz I love you, I miss you, gudmorning, gudnyte sweetheart. Itu semua menjadi satu kata wajib dan bukan lagi terucap dek cinta dan kasih sayang. 


Bukan kita tiada sefahaman, bukan antara kita pernah berlaku curang. Mungkin kerana kita tidak pernah dipisahkan. Lantaran sentiasa bersama siang dan malam. Setiap hari aku hanya menghadap engkau. Dan engkau hanya menghadap aku. Dan titik bosan itu mulai tercipta. Silap sungguh percaturan kita. 

Lantas timbul usul supaya kita menjauh. Mencari semula titik cinta yang entah kemana diterbangkan. Memberi ruang dan masa untuk kita menilai kembali. Kerna kita sebenarnya memang berjodoh, tapi jodoh itu terkabut dek masa yang meribut. Keyakinan kita utuh. Engkau untukku. Dan aku untukmu. Dan dalam kalut mencari sesuatu yang semakin pudar, kita masing-masing mabuk dengan benda melalut. Membuat kita lupa seketika pada janji mencari jodoh yang dikabut. Akhirnya kita sesat semakin jauh. Leka dan alpa menerjah tanpa disedari. Silap sungguh percaturan kita. 

Kita masing-masing semakin jauh membawa diri. Dengan hala tuju yang entah ke mana dan langsung tak terbayangkan. Aku si burung bebas dari sangkar emas. Engkau si rerama yang pantas menarik perhatian. Sedang aku terbang ke utara selatan mencari hala tuju arah hilangnya jodoh kita. Engkau pula dengan tanpa sengaja mengganti permaisuri baru. Hilang sudah sangkar emasku. Tanpa kerelaanku dan juga tanpa kerelaanmu. Silap sunguh percaturan kita. 

Aku hanya mampu menunggu. Akan bilakah munculnya detik itu, di mana sangkar emas itu tidak berpenghuni kembali. Ketaksengajaan itu aku maafi, dan untuk menggoncang sangkar itu bukanlah aku orangnya. Biarlah pemilik itu bertakhta buat seketika. Asal engkau masih menyimpan ruang untuk aku. Walau kita sedar rindu seribu tahun itu sukar nak dibayangkan namun aku yakin. Percaturan yang pertama kita itu silap. Aku menunggu percaturan yang kedua walau perlu diharung sepanjang hayat. Percaturan kedua kita tak mungkin silap lagi. Aku mohon.

Ulasan

biar jarak berbillion kilometer andai sudah jodoh pasti bertemu jua,
biar hati dia terasing terpaut pada teman baru, andai berjodoh dia pasti akan menjadi milik kamu...

tapi jika memang dah takdirnya kau dan dia tak mungkin bersama carilah teman baru, yang boleh menceriakan hari kelam kamu..:")
merah pujangga berkata…
aku suke post nih.tembak hati aku smp rebah.

yang tenang, sentiasa menang.klau bukan disini,tp disisi Tuhan.
misz aisya berkata…
alaahhh sedih lah cenggini.

kdg2, mungkin kita perlu brpisah sementara utk kembali mncri arah cinta kita.

jgn dipersia cinta hati yg sabar itu. please...
~Panda's~ berkata…
aduh. entri menusuk tepat ke jantung.

kisah kita sama. bezanya aku masih bersama si dia. takut untuk melepaskan. takut untuk jadi seperti kamu.
kaisarakhayla berkata…
Same thing happened to me. Aku si burung yg bebas dari sangkar emas manakala die si rerama yg pantas menarik perhatian. Ketika aku jauh berjuang di tempat org, die mula mencari pengganti baru. Finally, die pergi dgn janji2 yg diingkarinya sendiri.. sungguh aku benci dgn org yg tidak tahu erti setia. Yg terlalu mendambakan perasaan hati yg tidak pernah puas!!
kaisarakhayla berkata…
Same thing happened to me. Aku si burung yg bebas dari sangkar emas manakala die si rerama yg pantas menarik perhatian. Ketika aku jauh berjuang di tempat org, die mula mencari pengganti baru. Finally, die pergi dgn janji2 yg diingkarinya sendiri.. sungguh aku benci dgn org yg tidak tahu erti setia. Yg terlalu mendambakan perasaan hati yg tidak pernah puas!!
Unknown berkata…
kelakar pun ada.
Azua Zambri berkata…
"Ketika aku jauh berjuang di tempat org, die mula mencari pengganti baru."

Tembak ke jantung terus entry ni. Hmhmhm

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.