Dia



Perjalanan hidup kita tidak pernah mudah. Kita diuji dengan berbagai cara, dan setiap dari ujian itu sebenarnya untuk menjadikan kita kuat. Lebih kuat dari yang sebelumnya. Perjalanan hidup kakak sendiri tak mudah. Koyak rabak punah ranap bersepai-sepai. Pernah. Sampai penat. Sehingga pernah bersumpah untuk kebumikan setiap cebis hati yang bersepai sepai.

Tapi hidup tak seronok pun.
Sepi.

Kakak mula sedar bahawa penat dan putus asa itu sebenarnya lebih membunuh. Namun untuk bangkit kembali dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat sukar. Barangkali hampir kepada mustahil. Namun sebenarnya tidak ada yang mustahil kalau disandarkan setiap perih dan pedih kepada tuhan.

"Hasbunallah wani'mal wakeel"

Allah (alone) is sufficient for us, and He is the best disposer of affairs (for us) - Al Imran 3:173

Jadi untuk mendapatkan bahagia, minta kepada Dia.
Untuk ditemukan dengan teman hidup, minta kepada Dia.
Untuk diberi kekuatan membina semula jiwa yang ranap, minta kepada Dia.
Jangan minta sekali.
Jangan minta dua kali.
Minta berkali-kali.
Semakin kita minta, semakin kita dekat dengan Dia.
Semakin dekat kita dengan Dia, semakin kita menemukan hikmah dan nikmatnya.

Jangan dikeluhkan sangat akan hati yang bersepai sepai.
Kalau dikongsi dengan seluruh isi dunia sekali pun, tak akan mempu merubah apa apa.
Cari Dia.


Ulasan

farah jalikha berkata…
SK macam tahu-tahu je apa y farah sedang rasa. Thanks a lot Terfaktab for this entry!
Semut Senyum berkata…

kuatkan diri,
DIA ada dalam hati.
AdinataGus berkata…
Mendalam sangat entri kali ini :)
shahirahkhairudin berkata…
kakak tak suka tengok orang sedih sedih hilang kasih. semua orang akan jumpa bahagia masing masing. doa. usaha.
aLEEamanina berkata…
Ya. I must admit. Memang bukan mudah.

Terima kasih untuk ingatan kali ini.
Benar, serahkan semua pada Dia.
Kerana hanya Dia yang tahu segala.

InsyaAllah, akan beroleh juga kebahagiaan yang kita pinta. :)
Tanpa Nama berkata…
subhanallah. menyentuh hati. moga tabah menjalani segala dugaan hidup. semakin byk kita diuji, semakin dekat kita pada illahi. insyaAllah.
Tanpa Nama berkata…
jemput singgah, http://theshortylea.blogspot.com
Cik Kaishi berkata…
DIA tak pernah tinggalkan kita,
walau susah or senang..
tapi kita yang selalu tinggalkan DIA.
bila senang kita lupa DIA, bila susah kita meratapi pada DIA. jauh mana keikhlasan dalam hati bila masih ade angkuh, ego dan sombong di hujung setiap doa yang kita minta.nauzubillah

kadang2, ALLAH da takdirkan, semuanya yang terbaik untuk kita, tak pernah ALLAH takdirkan perkara buruk untuk umatNYA. tapi, kita yang berusaha, berdoa, jangan lupakan DIA walau senang or susah. ALLAH sebaik2 pengatur, perancang segala yang terjadi :)
gelaskaca berkata…
tengah mood rabak..bila baca entry SK terus berderai air mata :(

manusia terlalu berharap..
terlalu yakin "mendaki gunung yang tidak tahu mana cerunnya"..
sampai masa,tergelincir..

bila tergelincir takde benda lain boleh tolong..kekuatan kita je sebenarnya..
dan kekuatan kita datang dari Dia..

thanks SK..
anda menyedarkan saya yang harapan manusia tu kadang-kadang menggunung..
sampai kita lupa ada yang lebih berkuasa atas segala-galanya..

:)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.