Harapan

"Jadi awak mengalah?", tanya Amni pada Adli yang dari tadi diam membisu.

Adli menghembus keluhan panjang. Tidak, dia bukan mahu mengalah tapi dia sudah tiada harapan. Tanpa harapan, manusia akan mati, pokok akan berhenti berbunga dan burung akan berhenti berkicau. Kita semua perlukan harapan.

"Bukan saya mengalah Amni, tapi kita terlalu jauh. Jauh sehinggakan cinta itu terhalang-halang. Apa saya boleh lakukan kalau suatu hari nanti saya terima berita kecelakaan tentang awak sedangkan saya berada beratus kilometer dari awak?", jawab Adli perlahan.

"Jadi awak mahu tinggalkan saya hanya kerana jarak? Awak sudah ada gadis lain?", tanya Amni sedikit mendesak. Wajah manis itu tidak lagi menguntumkan senyuman. Bukan baru semalam mereka menyulam cinta tetapi sudah begitu lama dan kali ini lelaki kesayangannya itu memberikan alasan jarak untuk memutuskan kasih.

"Saya tak pernah ada gadis lain, saya cuma tidak mahu awak menyesal atau saya menyesal. Demi Tuhan, Amni. Saya tidak akan mengalah sekiranya saya masih mampu pertahankan.", Adli mendongak merenung langit.

"Awak cinta pertama saya Adli. Macam mana saya mampu lupakan awak!", Amni berdiri dan air mata mula menitis dari kelopak matanya. Hatinya begitu berat menerima berita perpisahan ini.

"Amni, cinta pertama tak selalunya berjaya. Bukankah cinta pertama buat kita semakin matang dalam menilai hati?", Adli memalingkan mukanya. Dia tidak mahu hatinya lemah melihat air mata gadis tersebut.

"Awak kejam Adli, awak hipokrit! Saya benci awak! Mulai ini saya takkan jumpa awak lagi!", jerit Amni sambil berlari meninggalkan Adli.

Adli melihat Amni hilang dari matanya. Dia menyeka air mata yang mula tumpah. 

"Ya, saya hipokrit kerana tidak mahu melihat awak sengsara. Dan ya, mungkin saya akan lenyap selamanya dari ingatan awak. Demi cinta kita, ini adalah hari terakhir awak menangis", kata Adli sendirian.

Dua minggu sebelum kejadian itu...


"Encik Adli Irfan, maafkan saya. Kanser awak sudah sampai ke tahap terakhir. Tuhan punya kuasa,manusia punya usaha tapi saya khuatir awak hanya ada masa 3 bulan sahaja."




Kadang-kadang, kebahagiaan bermaksud melepaskan.

Ulasan

e4ezzati berkata…
amboih leplep,dah serupa drama petang2 punya cerita . kihkih
my name is Aida. berkata…
hish. tak suka mcm nih. lagi suka dia berterus-terang dia ade kanser tuh. :(
Tanpa Nama berkata…
sedih la pulak.
Tanpa Nama berkata…
amboihh dia..
tanpa-nama berkata…
sedang melalui situasi yang hampir serupa...cuma bezanya, kami masih bersama, dan akan terus bersama sehingga ajal memisahkan...
Sis AI berkata…
Pergh.. Meresap dlm jiwa, turun ke otak..

Ada ssetengah bnda psl cinta ni kita tak fhm.. Still, for me love is too wonderful. Tak mmpu dgambarkan. :)
muCux berkata…
teruk dah leplep nie
tula org kabo jgn suke sangt tgk drama melayu
kan dah terpengaruh
pesen cepat terpengaruh
Tanpa Nama berkata…
Pakcik kenape buat cite sedih ni??tengah emo ke?
tunteja berkata…
oh..oh.. another side of leplep.. (big grin).. hihihi..
KiD berkata…
kebahagiaan adalah melepaskan.Hahaha.entah apa sebab ,aku rasa benda ni betul.
Tanpa Nama berkata…
better berterusterang daripada pergi begitu saja.. pedih woo kalau macam nie :'(
Tanpa Nama berkata…
~sedang menghadapi situasi ini...
'ilie.R berkata…
leplep byk sgt layan drama ptg2 kt tv3 aa ni~
Unknown berkata…
tacing ah. ya kekadang kebahagiaan itu melepaskan hmm :'(

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.