Mengawal Perasaan Tidak Tenang
Cara terbaik untuk mengawal perasaan tidak tenang akibat berlambaknya isu semasa yang menjengkelkan dan menserabutkan kepala adalah dengan berhenti membaca isu, berita dan khabar angin di laman sosial yakni di Facebook, Twitter dan portal-portal berita. Tetapi cara ini pasti boleh disanggah seperti; "Ketinggalan zaman." "Tak ikut peredaran masa." "Tak dapat luaskan pengetahuan dan hal semasa." "Tak up to date dengan perkembangan." Sesetengah berpendapat; Cara terbaik adalah dengan menyelidik dahulu sumber berita sebelum berkongsi pada yang lain-lain. Namun, sedar tak sedar ini tidak dapat menghalang berleluasanya berita dan isu yang berbentuk 'false-news' atau 'exaggerate news'. Termasuk isu yang tidak penting seperti selebriti keguguran atau anak selebriti kena denggi. Belum lagi video-video loyar buruk dan 'konon kelakar' atau bahasa kasarnya, video bangang untuk buat gelak ketawa. Oh, video ku