Membuka Ruang Penulisan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun 2014 ini kami ingin membuka ruang penulisan seluas-luasnya kepada semua pembaca Terfaktab yang mempunyai bakat dalam bidang penulisan untuk menulis di bawah penerbitan Terfaktab. Kami merasakan hal ini amat penting untuk memeriahkan lagi industri penulisan kreatif di Malaysia ke tahap yang lebih baru dan dinamik.

Kami membuka ruang untuk kalian menulis novel berunsurkan cinta yang lebih kreatif, berkonsepkan gaya Malaysia yang lebih realiti dan menyelitkan konflik menarik untuk menjadi tatapan bacaan berjuta pembaca Terfaktab di seluruh Malaysia.

Hantarkan manuskrip anda berupa dua bab awal karangan anda kepada kami melalui emel ke publishing@terfaktab.com . Atau, anda boleh menghantar karangan penuh yang mengandungi 40,000 hingga 60,000 patah perkataan juga ke email publishing@terfaktab.com

Jika anda rasa penulisan berunsurkan cinta bukan gaya anda, usah risau. Kami juga menerima untuk anda menghantar novel berunsurkan pengembaraan, sci-fi, pulp, thriller, urban mahupun kisah epik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran biasa. Hanya layangkan dua bab awal karangan atau karangan penuh yang mengandungi 40,000 hingga 60,000 patah perkataan ke email publishing@terfaktab.com

Apa? Anda bukan jenis menulis novel? Usah risau, kerana kami juga menerima penulisan berbentuk antologi cerpen. Jika anda dan rakan-rakan anda ingin bergabung tenaga menulis buku antologi cerpen atau anda mempunyai zine yang bagus untuk kami terbitkan menjadi buku? Layangkan karangan cerpen-cerpen anda atau penulisan zine anda itu juga ke publishing@terfaktab.com .

Kami juga membuka ruang untuk anda untuk menerbitkan buku puisi. Tetapi, dengan syarat anda juga adalah seorang penyampai puisi dan berani menyampaikan puisi-puisi anda ke khalayak ramai agar puisi anda itu lebih bermakna didengari oleh para pembaca.

Semoga 2014 ini kita semua lebih aktif menulis dan dapat mengeratkan hubungan antara penulis dan pembaca dengan lebih muafakat dan mesra.

Terima kasih atas perhatian kalian.

Bahagian Penerbitan
Terfaktab Media
TTDI Jaya, Shah Alam.

Ulasan

Unknown berkata…
Syarat nak hantar puisi kena berani? kenapa? krna buat show ke ape?
kupu-kupu_cinta berkata…
peluang yang baik untuk para pembaca yang punya bakat tersorok tu. :)
Nusyu Salman berkata…
Kalau buat puisi kena berapa patah perkataan.?
hj berkata…
Masih terbuka lagi ruang dan peluang? :) *i hope its not too late for me*
Ili berkata…
Cerpen tu mcm fiksyen ke ? Klau ade org hntr citer tu ala-ala korea boleh ke ?
Ili berkata…
Cerpen tu mcm fiksyen ke ? Klau ade org hntr citer tu ala-ala korea boleh ke ?
Unknown berkata…
Still ad peluang lagi ke nak hantar karya sbb skrg ni dh tahun 2016..
Unknown berkata…
Still ad peluang lagi ke nak hantar karya sbb skrg ni dh tahun 2016..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.