Cheapskate Wedding , Part 1
Assalamualaikum wbt. Hello anda-anda semua! Apa khabar? Sedang ke pesta buku? Alhamdulillah, jangan lupa beli buku baru kami Korban Cinta Remaja. Memang lain dari lain sebab kami menimbulkan kisah-kisah cinta super sedih, super bengong, dan super aneh. Semua orang punya cerpen dalam tu memang best, kecuali yang Bent Pencil buat, apa mende entah, merepek betul. Oh by the way, maafkan saya kerana dah lama tak tulis, sebenarnya saya sibuk berlari sana sini jumpa orang, cari barang, survey harga. Almaklumlah busy nak kahwin. Yeay! kawin! Seperti yang anda baca entri-entri/status post Terfaktab sebelum ini, kami memang menolak perkahwinan stail besar-besaran. Kami semua sungguh-sungguh kata nak kahwin begitu-begini. Tengok dalam KT2 tak, perkahwinan jimat duit versi Alexia Aqram? Itu cukup lejen, saya pun suka. Tapi bila sampai pada masanya nak kahwin (so far dua writer dah kawin, tiga on the way), kebanyakan dari kami berada dalam dilema. Nak nikah aje lepastu buat kenduri d