tips: nak ubah diri jadi mature di depan perempuan yang kita minat.




Hye hye hye !! SK in the house !

Ah tak payah nak gedik sangat. Terus kepada isi perbincangan kita pada hari ini.
Orang kabo, masa baru-baru bercinta, semuanya wangi. Segalanya indah. Tapi bila dah lama lama, mula lah satu persatu kelemahan pasangan ini tersingkap. Lepas tu mula lah nak mengungkit bagai.

"Dulu abang tak macam ni pun. kenapa sekarang macam ni pulak?"

"People change. So do I"


Kikiki. Cliche !
Sebelum SK pergi lebih jauh, gemar lah SK untuk mendisclaimer kan di sini, bahawa intipati entry ini applied for both gender. Tak ada erti kata bias ke hape. Ngerti?

Kita ni masa baru baru nak tekel perempuan yang kita minat, macam macam kita buat semata untuk meng-impress kan perempuan yang kita minat tu. Betul? Masa ni lah kita nak tunjuk kita tak tinggal solat lima waktu, masa ni lah nak tunjuk yang kita ni pesen pesen lelaki penyabar, masa ni lah kita nak tunjuk yang kenkonon kita ni pemurah-tak kedekut. Nak tarik perhatian perempuan yang kita minat lah katakan. Pulun ! Macam macam kita sanggup.

Tapi.. bila dah masuk setahun bercinta, mula lah reveal sikit demi sikit perangai kita yang sebenar. The true colors lah bak kata orang Bota. Masa ni kau dah mula pandai tinggal solat maghrib sebab nak tengok wayang, showing mula jam enam setengah petang. Masa ni kau dah pandai maki maki. Segala mak nenek, everything under the sun kau sebut. Masa ni pun kau dah mula pandai nak berkira. Kau mula la nak mention selama ni asyik kau je yang belanja makan.

And again, bila dipersoalkan..

"People change. So do I"


Gini lah.
Ekceli, kita tak payah nak pulun sangat nak market diri kita. Tak payah pulun sangat nak tunjuk yang kita ni memang worth to be with sedangkan hakikatnya nanti, hempeh ! Highlight kan kualiti diri yang kita memang ada. Bukan mengada-adakan yang belum ada. Cinta bukan datang dengan pakej - dapat semua lima belas kriteria dalam list pasangan impian. No such thing. Cinta adalah menerima segala kurang dan lebih pasangan tanpa syarat. Kau tanya lah pasangan yang dah kahwen namblas - doplohnam tahun tu. Ada ke dia dapat asben yang betul betul menepati lima belas kriteria yang dia list kan masa zaman bujang bujang dulu? Takde dek non. Tak ada.

Jadi diri sendiri. Pilih lah orang yang boleh menerima setiap kekurangan dan kelemahan diri kita, dan berbangga dengan setiap kelebihan dan keistimewaan kita. Kita boleh berubah untuk jadi baik, untuk jadi lebih baik. Tapi kita jangan sesekali tunjuk yang kenkonon kita ni baik.

Akhir kalam, SK tak ada tips nak ubah diri. Jadi diri sendiri je sudah. Ngerti ?

Ulasan

Sis AI berkata…
Haha! Serius cliche gila pmbuka entri ni. Tp btul lah. Just be yourself. Sbb tu lah kot byk yg khwin mcm tak cerai kbanyakannya msuh adat bila zman muda atau so-called bestfriend.

Sbb lg byk reveal prangai sbenar kita kat dia.
Myra.KS berkata…
setuju! pasal tak jadi diri sendiri ni lah yang kadang2 boleh meruntuhkan sesuatu hubungan.

yelah, lame mane nak bertahan kalau asyek nak cuba jadi orang lain. satu saat mesti ko penat jugak. huhuh.

buat naye kt org je yg dah syg kat diri ko yg serba topeng tuh. kiki. xemo pun terpanjang je :P
Tanpa Nama berkata…
aku memang reveal perangai buruk2 ja kat bf aku....dia boleh ja terima...syukur....

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.