Surat untuk bakal bekas kekasih

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.


P.S : Surat ni hanya valid kalau tiba-tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih. Kalau belum, anggap sahajalah saya menulis di bawah pengaruh dadah.

Ulasan

Unknown berkata…
Nice one bro!hehe
Baru nak fefeeling deep...sat g samp part "terasa genius jugak"...terus tergelak besar n dah xleh feeling dah...adeh...
Ape2 pun leplep mmg best...kipidap...hehe
Dale berkata…
Kahkah, macam gampang lu Leplep
sakuraspicelife berkata…
sedih kalau dpt titipan macm nih.nmpak sgt laki tuh dh beralih arah.hmmm ntah la.
amira_hasrori berkata…
terbaik. aku dah terlepas nak tulis booo~~
►NFN◄ berkata…
stylo gila surat nih. perghhh !
szumika sakni berkata…
ayat-ayat lelaki yang nak tinggalkan gilfren dia tapi buat dalam keadaan yg sgt sweet. tp sbnrnya ia menyakitkan..pada awal mgkn girl bole terima tapi bila fkr 10 kali confirm dia merana..lelaki memang slalu bermadah2 time nak clash..dammnnn..
gadishebat. berkata…
deep pulak surat ni, dapat dr bf sendiri, mahu sy mengamuk dgn awk ni.
iz berkata…
nak tmbh sikit, mungkin jodoh itu bukan milik kita.. =)
ecececehh.. =P
iz berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nuryusra berkata…
mmg mantap. double thumbs up ! :)
Tanpa Nama berkata…
Sempoi habis. Aku gemar !
eiqa berkata…
Cool..lindungi isi hati dgn ayt2 penuh senyum..hebat
eiqa berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hahahaha!!!

adoiyai~ kelakar tapi awesome surat ni.. :)
Spongebob berkata…
nice :) mohon share ye.
farizah farr berkata…
Haha..mmg kita gelak x abis..

Best lhh!!
Monica berkata…
Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.