Rupa Paras Jaminan Bahagia?


Bila manusia mahu menjadi Tuhan,
Segala apa yang tidak disukai dijatuhkan hukuman.

Rupa paras bukankah satu kurnia?
Mengubahnya dengan sengaja bukankah mengundang dosa?



Bila melihatkan orang menilai manusia lain dengan bangsa, agama --- seringkali terfikir, apakah dalam hidup mereka, mereka sendiri tidak pernah dinilai sedemikian rupa. Adakah dengan membezakan setiap orang dan mengganggap mereka semua adalah jahat, itu menjadikan hidup anda lebih baik?

Entahlah.
Padahal benda begini sudah dipupuk sejak dari kecil. Kita diajar melayan setiap orang sama rata, tidak mengira siapa pun mereka. Apa latar belakang mereka dan sebagainya. Adakah kalau kita sakit dan pergi ke pusat perubatan yang di mana pengamal perubatannya tidak sama bangsa dan agama dengan kita, kita akan dihalau pergi begitu sahaja?

Sesuatu untuk difikirkan barangkali.
Begitu juga dengan orang yang melihat warna kulit, saiz tubuh badan dengan pandangan hina dan mengagungkan warna kulit serta saiz badan dia dan keluarga dia sebagai yang ideal. Jadi, bagaimana dengan orang lain yang tidak serupa? Hinanya mereka di mata manusia yang berperangai sedemikian rupa ya?

Barangkali sebagai manusia yang baru mendaki tangga kematangan --- banyak benda yang perlu dipelajari. Tapi aku jujurnya tidak mengerti bagaimana boleh wujud manusia yang membezakan manusia hanya disebabkan paras rupa, warna kulit dan saiz tubuh badan. Dengan kenyataan bahawa jika bersama dengan orang yang 'kekurangan' dalam segi paras rupa, fizikal ini menjadikan keturunan tidak dikembangkan dengan baik, aku hanya mampu meraup wajah mendengarkan ada lagi yang berfikiran dangkal sedemikian rupa.

Terjaga awal pagi dan terbaca satu pesanan begini di kumpulan FB :

"Tidak diakui kewujudan sebagai ahli keluarga baru disebabkan kekurangan dari segi fizikal berbanding keluarga si dia yang kebanyakannya berkulit putih, berwajah mulus, bersaiz kecil dan kurus. Apakah salah saya disebabkan dalam keturunan sebelah saya kebanyakannya berangka badan besar, gemuk dan berkulit gelap? Adakah saya mahu menyalahkan Tuhan yang menjadikan saya sedemikian walaupun saya sudah berpuluh kali menjalani diet, rawatan dan sebagainya sejak usia remaja bila diejek sebegini? 

Luluh hati apabila terdengar kenyataan : "Bukan dia tak baik, bukan dia tak bijak, tapi sebab kulit dia hitam, gelap. Lepas tu, kau tengoklah badan dia gemuk. Gempal. Pendek pula tu. Bosanlah bila keturunan kita pendek, rendah, rendang selama ni. Kenapalah kau boleh pilih budak macam dia tu? Macam mana dengan keturunan kita nanti? Takkan selamanya nak pendek, rendang semata? Anak yang bakal lahir nanti, kalau mengikut dia macam mana? Nak akui keturunan pun malu?"

Apakah demi memenuhi tuntutan keluarga baru yang mahu fizikal terbaik pada saya, saya perlu buang rangka tubuh saya dan mengubah diri saya sepenuhnya seperti mereka untuk diterima dengan baik? Tidak cukupkah dengan taraf akademik, pekerjaan dan layanan saya? Mengapa manusia mahu melihat kepada ciri fizikal lagi?"

Dalam keadaan manusia makin maju, lebih canggih rupanya ada manusia yang dangkal dan daif pemikirannya. Kalau paras rupa yang menjadikan seseorang itu hebat dan bukan amalannya, perlakuan dan akhlaknya, barangkali tidak ramai yang layak menjadi baik. Lebih ramai yang akan beratur untuk mengubah penampilan, tubuh yang telah Allah kurniakan.

Bagi sahabat yang aku pinjam luahan hatinya ini, ketahuilah bahawa aku sangat mengerti apa yang kamu lalui. Barangkali tidak berada di tempat kamu, tapi aku sangat mengerti dibezakan oleh masyarakat dan oleh orang sekeliling aku disebabkan oleh paras rupa dan fizikal.

Dunia tidak kejam.
Hidup tidak kejam.
Manusia-manusia yang hasad dengki menjadikan ia kejam.

### Olahan  dari sini.

Sukakah kalau kau dinilai tidak tentu hala?
Jadi jangan mula menilai dan menghukum ikut suka.
 

http://farm6.staticflickr.com/5247/5356667314_ffab463f96.jpg
[Sumber gambar]

Ulasan

M. Faiz Syahmi berkata…
Tapi gambar tu even laki tu pun still hensem lagi.

:S
@MFaizSyahmi

Aku rasa dua2 pun menarik.
Aku tak tahu macam mana yang dikatakan hodoh ni.

:(
phaz berkata…
cantik tu subjektif,kan..cantik di mata kita,mungkin kurang cantik di mata orang lain..jangan judge rupa orang,itu kurniaan tuhan.
Apexer berkata…
Beauty is in the eye of the beholder.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.